Selasa, 23 Ogos 2011

DS NAJIB SEMAKIN TEGUH.

SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA DS NAJIB SEMAKIN MENGUKUH. PIHAK SOSIALIS DAN MELAYU LIBERAL TIADA PILIHAN MELAINKAN MELANCARKAN KEMPEN ANTI NAJIB. PADA HUKUM AKAL & ADAT ADALAH MUSTAHIL KELOMPOK ANTI NAJIB MAMPU BERJAYA DUA KALI. Bermula dengan kemenangan berturut-turut dalam PRK dan PRN Sarawak serta janji-janji yang terlaksana memberikan banyak kelebihan kepada kepimpinan DS Najib. Kempen memburukan imej DS Najib semakin hari semakin menemui jalan buntu. Tamparan paling hebat apabila KOMPAS memohon maaf kepada DS Najib sekeluarga. 

Dalam lawatan kedua ke Hulu Langat, DS Najib bercadang untuk melupuskan salah satu dari dua tol yang membebankan rakyat di sana. Saranannya di sambut baik oleh para penduduk Hulu Langat. Pada masa yang sama Anwar Ibrahim semakin tertekan dengan kes liwat keduanya. Keengganannya bersumpah di dalam mahkamah menjadikannya sebagai Bahan Lawak Terbaik buat mana-mana calun RAJA LAWAK ASTRO musim akan datang. Rakyat akan mengenang kejadian itu sebagai KEAIBAN ANWAR IBRAHIM. Sendiri sepak masuk gol sendiri. 

Dato' Seri Rais Yatim mencabar bloger pakatan sosialis pembangkang memohon maaf dan menyindir kelompok tersebut dengan halus. Beliau menyatakan alangkah baiknya jika bloger pakatan sosialis pembangkang mempunyai kewibawaan seperti KOMPAS. 

KDN pula bakal mengambil tindakan terhadap Zuraida (Geng Kod 71) dakwaan palsu tanpa  bukti mengenai SURAT AKAUN dalam Program 6 P kerajaan. Kejayaan sistem Biometriks telah menampakkan hasil positif bilaman tertangkapnya enam orang yang terlibat di dalam pemerdagangan manusia. 

Semakin hari, Pakatan Sosialis Pembangkang menghadapi tekanan demi tekanan. Provokasi yang mereka lancarkan kini menimpa diri mereka sendiri. Padan muko !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...