Isnin, 1 Ogos 2011

PERMULAAN SOSIALISMA NAMA JALAN DI TUKAR SELEPAS ITU PERLEMBAGAAN DI TUKAR

Golden Dragon avatarBILA LAGI rakyat yang cintakan DEMOKRASI BERPARLIMEN yang tidak berpaksi kepada fahaman Sosialisma Demokrat mahu menghukum para sosialisma laknat di Malaysia ini? Tidakkah anda sedari bahawa asimilasi dan hegemoni sosialisma semakin ketara di sana sini? SOSIALISMA DEMOKRAT tidak mahu mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan, institusi Islam, Majlis Raja-raja dan bahasa kebangsaan. Sosialisma Demokrat berminat hendak menubuhkan sebuah kerajaan dan negara bercorak Republik yang mana agama dismaaratakan dan konsep meritokrasi berpilih diutamakan. Sosialisma di Malaysia berjuang untuk meletakkan Dominasi Cauvinisma menjadi tonggak segalanya.

Janganlah di harapkan kepada orang kerana sudah tentu pengharapan itu menjadi asing kepadanya. Umat Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang boleh berlaku adil saksama kepada bangsa lain. Syaratnya Melayu itu tidak berada di luar lingkungan budayanya dan agamanya. Sosialisma adalah sesuatu yang amat asing bagi Melayu.

Alam Melayu hanya menerima kedaulatan kesulatanan berbentuk Raja Berperlembagaan demokrasi berparlimen. Contoh terdekat kegagalan rumpun Melayu berkembang maju ialah Republik Singapura , Republik Filipina dan Republik Indonesia. Contoh Melayu masih Melayu ialah Kesultanan Brunei dan Persekutuan Malaysia. 

Kita sudah terlalu lama membiarkan minda terpengaruh dengan dogma-dogma imperialisma yang menjelma di dalam rupa bentuk fahaman sosialisma membelenggu perhambaan minda. Kita membiarkan saja di hambat dengan pelbagai cemuhan makian celaan daripada Sosialisma yang angkuh dan bongkak. Kita membenarkan asakan dan serangan sosialisma kepada kita. Kita hanya berpeluk tubuh melihat sosialisma meludah dan menginjak lambang-lambang kedaulatan kita. Kita tidak perlu berlaku lunak dengan Sosialisma yang berkeras dengan kita.


Kita tidak perlu melakukan REVOLUSI dan tindakan ekstrim untuk bangkit melawan kejahatan Sosialisma. Kita hanya perlu membangkitkan benih yang sudah lama tertanam dalam jiwa-jiwa Melayu. Kita tidak perlu merasa malu dan tunduk kepada ejekan dan sindiran Sosialisma. Kita tidak memerlukan Politik Baru dan Kuasa Politik Ketiga untuk memperkuatkan semangat juang kita, KITA HANYA PERLU MENJADI KITA.

KITA TIDAK PERNAH MENDISKRIMINASIKAN ETNIK LAIN. KITA TIDAK PERNAH MENGOBARKAN API KEBENCIAN PERKAUMAN, KITA TIDAK PERNAH MENGIBARKAN PANJI-PANJI KEBENCIAN ANTARA AGAMA. KITA TIDAK PERNAH MENGATAKAN KITA BANGSA TERPILIH. KITA HANYA MENGATAKAN SELAMA INI, TANAH INI MASIH BERTUAN ! LAGIPUN LIM KIT SIANG SUDAH BUTA SEBELAH MATANYA,

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...