Sabtu, 6 Ogos 2011

PAS SOKONG SOSIALIS KECAM HASAN ALI & JAIS.

PEPATAH MELAYU ada mengatakan 'Genggamlah Bara Api Sampai Jadi Arang' pepatah ini berdasarkan kepada sebuah hadis sahih baginda Rasullullah s.a.w. mengenai keadaan umatnya di akhir zaman dimana sesiapa sahaja di kalangan umatnya yang mempertahankan agama ibarat memegang bara api. Begitulah keadaannya umat Islam di Malaysia pada masakini menghadapi serangan demi serangan daripada puak Sosialis yang kini berada di dalam PKR dan PAS.



Sepuluh tahun yang lalu, jika siasatan yang JAIS lakukan di gereja DUMC, pihak PAS akan menyanjung dan mempertahankan tindakan itu sepertimana tindakan bekas Mufti Selangor yang menghukum wanita Islam memasuki pertandingan Ratu Cantik dulu. 

Tapi itu suatu masa dahulu, kini PAS telah 'Masuk Sosialis' dan mengarahkan semua ahli-ahlinya berdiam diri saja dan tidak bercakap apa-apa mengenainya. Kecaman terhadap tindakan Hasan Ali mempertahankan JAIS di lihat dari sudut kepentingan Sosialis yang ingin mendirikan sebuah Republik mengamalkan PLURALISMA AGAMA. 

Karpal Singh seorang Sosialis tegar pernah mencabar PAS untuk melangkah mayatnya dulu jika hendak tubuhkan sebuah Negara Islam, kini ahli PAS pula kata langkah mayatnya dulu jika hendak tangkap Karpal Singh. Jauh PAS berubah. Terus jadi makhluk mutasi Sosialis. Bacalah artikel menarik YB Zulkifli Nordin mengenai perubahan mutasi PAS ini di sini ZUL4KULIM.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...