ISU MURTAD INI SUDAH LAMA KEDENGARAN DAN BUKANNYA BARU. ISU INI SEOLAH-OLAH TIDAK LANGSUNG MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
Dalam keadaan kelompok cauvinis dan kumpulan pendesak kerajaan membuat pelbagai tuntutan yang yang tidak munasabah mencabar Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan. Fasal 4 Perkara 11 Perlembagaan sudah amat jelas mengenai larangan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama Islam. Kenapa sesetengah kelompok-kelompok ekstrimis agama lain masih mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam di negara ini? Kenapa kelompok-kelompok bengong dalam Islam turut memberikan sokongan kepada aktiviti pengembangan agama lain di kalangan orang Islam?
Kelompok-kelompok berhaluan SOSIALIS RELIGUS dan ektrimis agama di dalam MAJLIS PEGUAM telah banyak campurtangan di dalam mempertahankan kermurtadan orang Islam. Sewajibnya, soal yang menyentuh seseorang Islam dimurtadkan atau menjadi murtad diletakkan terus di dalam bidangkuasa mahkamah syariah yang berkenaan. Bukankah Perkara 121 A Perlembagaan sudah jelas mengenainya?
Anda bacalah entri-entri YB ZULKIFLI NORDIN mengenai isu campurtangan kelompok peguam berhaluan Sosialis Religus di dalam Majlis Peguam memainkan peranan mereka menyokong dan mempertahankan kemurtadan orang Islam dengan memanipulasikan ARTIKEL 3 & ARTIKEL 11 Perlembagaan mengikut salahtafsir mereka sehingga menyebabkan ibu, bapa, abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan saudara mara si murtaddin tidak adapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kembali si murtaddin.
Kepada anda semua samada anda adalah umat Islam atau bukan Islam, anda perlu ketahui bahawa pengembangan agama lain di kalangan umat Islam adalah DILARANG DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. ! HENTIKANLAH SEMUA AKTIVITI PENGEMBANGAN AGAMA LAIN DI KALANGAN UMAT ISLAM.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan