Benarlah apa yang disarankan oleh bloger MYKMU bahawa sepatutnya PAS senada dan bersama UMNO menangani isu murtad dan kristianisasi. Agak malang kerana PAS memilih untuk menyesatkan umat Islam manakala PKR berpendirian eloklah dimurtadkan saja orang Islam supaya DAP bertambah nekad.
Sepertimana yang didedahkan oleh bloger media permatang pauh bahawa esuk Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh Nasaruddin Tantawi akan melakukan demonstrasi membantah kejadian di Syria dan tindakan itu akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Syria. Seharusnya , mereka buat dmeonstrasi di depan DUMC atau di pejabat NECF mendesak agar permohonan maaf dan kerja-kerja misionari mereka dihadkan kepada orang bukan Islam sahaja.
Dr Rani juga hampir waras apabila mengeluarkan kenyataan sokongan bersyarat jika benar terbukti 100% kegiatan memurtadkan orang Islam oleh DUMC. Bukti apa lagi? Kalau PAS boleh reka bukti mengenai PATI jadi warganegara, kenapa hendak bersyarat pula dalam isu DUMC?
Khalid Samad Gereja pula memberikan amaran kepada mana-mana ahli PAS agar tidak mengheret DYMM Sultan Selangor dalam isu DUMC. Khalid Gereja tidak sudah-sudah dengan gelabah beroknya cuba melindungi kepentingan DAP dalam isu DUMC. Tidak sepatutnya Khalid Gereja menghalang DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Rasmi di Selangor campurtangan dalam isu DUMC. Awat Khalid Gereja menunjukkan reaksi takut sekali dalam isu DUMC ini?
TIADA APA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS YANG SEMAKIN TENGGELAM DI DALAM HALOBA KUASA, HARTA DAN WANITA. INILAH HASIL DOA-DOA DAN SOLAT-SOLAT HAJAT PERDANA MEREKA SENDIRI. AKHIRNYA MEREKA TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN YANG DI POHON OLEH MEREKA !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
Bro
Mana yang Betul?
Allah bersama UMNO atau UMNO bersama Allah atau Allah melindungi UMNO ????
Catat Ulasan