Ahad, 31 Julai 2011

WAN JIJAH PUN TIDAK SEHEBAT WANITA INI.

Golden Dragon avatarApa ada pada Wan Jijah pun ? Setakat menjadi seorang yang dinobatkan oleh pentaksob suaminya sebagai isteri setia lagi mithali tetapi apabila diajukan dua persoalan pokok, dia menjadi tidak keruan. itu baru dua persoalan pokok yang amat mudah yakni dimanakah Anwar pada masa kejadian kes prima facie meliwat Saifol dan dimanakah jam Omega? Berbanding dengan seorang wanita ini. walaupun bertalu-talu dan di asak dari pelbagai arah sudut, namun dia nampak bersahaja. Apa yang penting bagi wanita itu ialah dia sentiasa berada di samping suami tersayang. Wanita itu tidak pernah pun merungut mahupun tergugat oleh pelbagai fitnah ke atas dirinya, Wanita itu tetap meneruskan kerja-kerjanya membantu masyarakat mengikut kemampuannya.

Lantaklah apa pun fitnah dan rekayasa yang dilemparkan kepadanya, Tidak sedikit pun dia meminta bantuan para bloger seperti kami untuk mempertahankannya.Wanita itu sanggup menempuh pelbagai cemuhan, kejian, celaan, makian, sumpah seranah dan macam-macam lagi lah yang sekiranya dilontarkan kepada Wan Jijah sudah pasti ramai para jejuak suaminya turun gelanggang dan berpencak silat mempertahankannya. Tapi tidak wanita ini. Wanita ini tidak pernah merungut mahupun ambil pusing tentang segala cemuhan kepada dirinya. Wanita itu sentiasa tabahkan hatinya dan memujuk hatinya. Seolah-olah dunianya sedikit pun tidak berkocak dan terkesan.

Kita tidak pernah pun mendengar wanita itu melenting, melatah atau menjadi marah di atas setiap tohmahan ke atas dirinya. Wanita itu tidak pernah pun memberikan sebarang kenyataan balas mempertahankan dirinya dan jika dia membuat kenyataan balas itu hanya kerana ada desakan dari dalaman untuk dia berbuat begitu. Kekuatan dan keyakinan dirinya amat tinggi berbanding dengan Wan Jijah yang bergantung sepenuhnya kepada kekuatan suaminya yang berlaku curang. wanita itu mempunyai kekuatan yang sungguh luarbiasa yang tidak langsung nampak di mata para pengkritiknya. Sungguh mengkagumkan wanita itu !

Errr ... siapakah wanita tersebut ? Sila lihat gambar di bawah ini. Jangan terkejut, tapi itulah WANITA YANG DIMAKSUDKAN, wanita yang paling banyak menerima fitnah daripada pembangkang tetapi wanita itu mempunyai kekuatan jatidiri yang amat ampuh. Bayangkanlah, seluruh jentera pembangkang mengasaknya tapi masih gagal menumbangkannya. Waduh, jika difikirkan secara waras, seluruh jentera pembangkang pun tidak mampu menumpaskan seorang wanita. Sungguh memalukan ! Wanita ini mampu menewaskan seluruh jentera pembangkang seorang diri ! Kalaulah semua pemimpin-pemimpin lelaki UMNO dan BN mempunyai kekuatan jatidiri dan semangat kental sepertinya sudah tentu pembangkang akan TUMPAS! TERSUNGKUR TERSEMBAM KE BUMI....!!!!!


DATIN SERI ROSMAH MANSUR.

Jika anda berada di dalam situasinya, anda pun akan goyah segoyahnya tapi tidak bagi 
DATIN SERI ROSMAH MANSUR !
WANITA PERTAMA YANG BERANI LAGI KENTAL
benar-benar seorang yang tabah dan penyabar

WA CAYA SAMA DATIN SERI ROSMAH MANSUR!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya telah lama berfikiran sedemikan juga. DS Rosmah tabah dengan segala Fitnah Pembangkang dan yang lain lain yang "Jealous". Biasalah orang Melayu, hasad tak boleh habis.

Kadang kadang orang terlalu menilai LUARAN. Inilah kesilapan kita. Semuga DS Rosmah terus tabah dengan segala dugaan dunia. Begitu juga diri kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah cakap sebelum ni. DS Rosmah adalah seorang ahli usahawan yang telah lama berkecimpung dalam hal ehwal perniagaan sebelum DS Najib menjadi terkenal lagi. Beliau memang seorang yang bijak menguruskan situasi. Syabass.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...