Ahad, 31 Julai 2011

PSM 6 & EO: WAJARKAH PEMBEBASAN MEREKA?

Golden Dragon avatarRamai di kalangan bloger pro kerajaan dan pengundi atas pagar mengeluh mengenai pembebasan PSM 6 baru-baru ini. Pembebasan tersebut menimbulkan lebih banyak tanda tanya dan prasangka buruk. Paling ketara apabila terdengar suara-suara yang membuat kesimpulan penguatkuasaan keselamatan negara adalah lemah dan dalam keadaan membimbangkan. Pada pandangan mereka pembebasan PSM 6 adalah begitu mencurigakan sekali.





Isu tersebut merupakan isu yang menyentuh soal dasar keselamatan negara dan awam daripada ancaman fahaman komunisma yang telah lama diharamkan. Luka dan parut lama akibat pemberontakan bersenjata komunisma masih belum terpadam dan terubat. Ada beberapa persoalan yang dilontarkan kepada pihak berkuasa mengenainya. Persoalan-persoalan itu adalah wajar dan munasabah bagi pihak yang tidak menyokong pembebasan tersebut kerana bimbangkan keselamatan nyawa dan hartabenda mereka bakal terancam di masa depan akibat tindakan-tindakan melampau kelompok-kelompok yang terkenal dengan falsafah komunisma bersemangat revolusioner.

Pembebasan tersebut tidak seharusnya di pandang dan di nilai dari segi keuntungan politik dan soal sentimen pengundi kaum minoriti India semata-mata. Pengalaman di masa pentadbiran Pak Lah dahulu banyak mengajarkan pengalaman pahit. Tindakan-tindakan yang di lihat dilenturkan oleh desakan-desakan dan ugutan-ugutan bersifat politik dengan jaminan -jaminan palsu ternyata banyak memakan diri dan mengurangkan sokongan kepada kerajaan BN. 

Tunduk kepada desakan-desakan sebegitu tidak akan membawa pandangan positif kepada kerajaan sebaliknya lebih banyak mendatangkan pandangan negatif. Pihak pembangkang akan kelihatan lebih kuat daripada kerajaan sedangkan jika pihak pembangkang memerintah negara, UMNO dan BN akan diharamkan terus oleh mereka. Pembangkang sudah pasti akan mempermainkan dan menjaja isu pembebasan itu sebagai peluru yang ampuh terhadap kerajaan. Natijah sedemikian kita tidak mahu berlaku dan terjadi.

Jika siasatan oleh pasukan polis yang bertanggungjawab melakukan tangkapan adalah lemah maka perbaikan wajib dilakukan segera. Ianya amat memalukan kepada PDRM seluruhnya. Penjelasan wajar diberikan oleh pihak berkuasa mengenai pembebasan tersebut namun ianya tidak akan mendatangkan impak seprtimana kerajaan mahukan. Dibimbangkan sebarang penjelasan tidak akan di layan oleh rakyat.

Episod pembebasan tersebut di lihat sebagai usaha-usaha mensabotaj kerajaan oleh sesetengah pencatur politik negara untuk mengaibkan dam memalukan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan KDN. Ada beberapa cadangan dan usul dari akar umbi agar tradisi melantik KPN dari kalangan Ketua Pengarah Cawangan Khas diteruskan kembali dan begitu juga perlantikan Penglima Turus Angkatan Tentera di ambil dari Tentera Darat.

Kita sangat-sangat berharap agar kerajaan, KDN dan PDRM dapar melakukan tindakan balas proaktif bagi menenangkan dan mengembalikan semula keyakinan rakyat yang tidak menyokong pembebasan tersebut dengan kadar segera dan secara berterusan. Peratusan rakyat yang menganut fahaman liberal politik adalah jauh lebih kecil daripada majoriti rakyat yang realistik. Rakyat yang realistik lebih berpengaruh daripada mereka yang bermimpi di sianghari yang pernah mengagalkan kerajaan dengan aspirasi-aspirasi politik bahlol kelompok mereka. Pisang tidak berbuah dua kali tapi kebahlolan kelompok pendesak pembebasan tersebut berlaku berulangkali.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...