Isnin, 18 Julai 2011

DEY JIJAN, I TOLD U ALREDI .. SINGH IS KINGH !

NASI DAH LAMA JADI BUBUR. AKIBAT TERLALU SANGAT HENDAK JADI HERO DALAM PERJUANGKAN HUKUM HAKAM ISLAM DAN MENGGANGGAP UMNO SEBAGAI MUSUH UTAMA YANG PERLU DIMUSNAHKAN SAMASEKALI MELALUI TAHALUF SIYASI  PIMPINAN PAS PUSAT DAN PAS KEDAH TELAH BERJAYA MEMBERIKAN MALU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRALAH SAMADA DARI UMNO, PAS , PKR DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN PERCUMA DENGAN SEPAK GOL SENDIRI KEPADA DAP DAN SEMUA PUAK KAFIR HARBI. 


Kan dah keluar dalam suratkhabar mengenai tercalarnya maruah ISLAM dek kerenah Hj Hadi dan Ostad Jijan MB Kedah. Ini menunjukkan betapa lemahnya orang ISLAM di mata kafir harbi  Betapa Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS memberikan keuntungan besar kepada Kafir Harbi. 

Bayangkanlah, Presiden sebuah Parti Politik di peringat pusat mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Menteri Besar. Dimanakah pengasingan kuasa dan pentadbiran antara jentera parti politik dengan kerajaan negeri?

Jenis budaya amalan sebegini cukup merbahaya kepada kelicinan dan kecekapan pentadbiran eksekutif sesebuah negeri di mana sebuah parti politik mempunyai kuasa EKSEKUTIF menentukan segala-galanya! KUASA RAKYAT di mana? 


Tidakkah tindakan Hj Hadi mencampuri bidangkuasa Ketua Pentadbiran Eksekutif sebuah negeri merupakan pengkhianatan terbesar kepada hak pengundi ? Hj Hadikah yang di pilih melalui pilihanraya untuk mengetuai pentadbiran eksekutif di Kedah oleh pemilih? Keputusan Hj Hadi pula dipengaruhi oleh desakan-desakan sekutu kafir harbinya terutama DAP. Tidakkah ini bermakna DAP telah mencampuri hal ehwal agama ISLAM. Bagaimana pula kuasa KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah? Kenapakah baginda tidak dibelakangi dalam hal ini? 




Apa yang berlaku dalam kisah Ajaib Larangan ini ialah kuasa mutlak Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Rasmi negeri Kedah telah diperkotak katikkan oleh PAS PUSAT, PAS KEDAH dan DAP dalam TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS. DAP berjaya menjaringkan 2 biji gol dalam isu Larangan ini.


Pertama: Kuasa seorang Presiden parti politik melebih daripada kuasa Ketua Eksekutif sebuah negeri. dan Sultan sebagai Ketua Agama sesebuah negeri dalam membuat keputusan mengenai hal ehwal ISLAM.


Kedua: Kuasa mutlak dan istimewa Sultan Kedah dalam hal ehwal agama ISLAM telah dibelakangi dan di rampas secara halus oleh seorang Presiden Parti Politik, seorang Ketua Parti Politik di peringkat negeri, seorang Ahli Parlimen, Ketua Eksekutif Negeri.

Natijahnya: Pengasingan kuasa dan bidangkuasa antara Ketua Eksekutif, Raja Berperlembagaan, Presiden Parti Politik sudah jadi cacamarba. Kini, segala hal ehwal pentadbiran dan urusan agama ISLAM sudah diletakkan di dalam budibicara kuasa seorang Presiden Parti politik dan sekutu-sekutu politik mereka yakni KAFIR HARBI. Habis jahanam martabat agama ISLAM dipermainkan oleh PAS PUSAT dan PAS KEDAH dalam amalan TAHALUF SIYASI mereka dengan KAFIR HARBI! Sesuatu wajib dilakukan untuk memperbetulkan Kesalahan Pentadbiran PAS KEDAH dan PAS PUSAT. 

Hj Hadi dan DS Azizan perlu ingat, mereka bukanlah diberikan kuasa untuk membuat sebarang keputusan mengenai HAL EHWAL AGAMA ISLAM di peringkat negeri mahupun di peringat PUSAT. Yennadey, ke Hj Hadi bercita-cita hendak BERSULTAN DI MATA BERAJA DI HATI?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...