Khamis, 28 Julai 2011

WAJIB BACA & FAHAMI TELITI KES LIWAT 2: REALITINYA ANWAR IBRAHIM SUDAH DIBUKTIKAN MELIWAT SAIFUL.

KES LIWAT 2 Anwar Ibrahim yang ditetapkan untuk sambung bicara pada Ogos 8,2011 setelah pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes  terhadap Anwar Ibrahim. Peringkat perbicaraan kes jenayah berat ini memasuki peringkat kedua iaitu peringkat di mana Anwar Ibrahim perlu membela dirinya. Apa yang dimaksudkan ialah pertuduhan terhadap Anwar melakukan jenayah berat meliwat sudah dibuktikan melampaui sebarang keraguan munasabah oleh pendakwaan. Tiada keraguan , syak wasangka dan waham mengenai Anwar meliwat Saiful di sisi perundangan negara. Tanggapan Anwar tidak bersalah sudah tidak terpakai lagi di mata neraca pengadilan. Di mata neraca pengadilan Anwar Ibrahim bersalah meliwat dan kerana itulah Anwar Ibrahim perlu membela dirinya bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah melakukan jenayah berat meliwat. Beban pembuktian sudah berpindah daripada pihak pendakwaan kepada Anwar Ibrahim. Dalam hal Anwar Ibrahim gagal dalam pembelaannya, mahkamah akan menetapkan hari untuk menjatuhkan hukuman setimpal kepadanya. 

Ahli-ahli biasa PAS dan mereka yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim harus tahu bahawa status kesalahan meliwat dilakukan oleh Anwar Ibrahim sudah dibuktikan terhadapnya. Inilah yang penting yakni natijah perundangan kes liwat keduanya menyebabkan Anwar Ibrahim mengalihkannya daripada diperbincangkan kepada umum. Realitinya, Anwar Ibrahim sudah didapati melampaui keraguan munsabah meliwat Saiful dan itu amat mengusarkan hati perasaan Anwar Ibrahim. Di dalam kes liwat sebegini pembelaan yang terbaik baginya ialah melalui alibi tetapi keberadaan saksi-saksi alibi Anwar Ibrahim sudah tentu tidak dapat mengatasi bukti-bukti kukuh rakaman cctv yang menjadi bukti Anwar Ibrahim berada di tempat kejadian. Bagaimanakah Anwar Ibrahim hendak menggagalkan semua bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh pendakwaan pihak yang telah berjaya membuktikan kesemua elemen-elemen pertuduhan terhadapnya? 

Menurut sumber maklumat rakan bloger JS MIK (medaninfokitablogspot.com) baca di sini http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/07/pucuk-pimpinan-pas-dan-semua-ahli-ahli.html yang memetik daripada blog Gelagat Anwar , Anwar Ibrahim akan memfailkan afidavit sokongan untuk mendapatkan subpoena daripada mahkamah untuk memanggil saksi-saksi bagi pihaknya. Dikatakan, Anwar bakal memanggil HASANUDDIN dan YAB Perdana Menteri suami isteri. Mahkamah mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana orang yang mahu dijadikan saksi atas permintaan Anwar Ibrahim beralasankan bahawa orang-orang tersebut gagal dibuktikan oleh Anwar Ibrahim sebagai saksi-saksi penting kepada pembelaannya. 

HASANUDDIN adalah watak bintang harapan baru Anwar Ibrahim untuk memperpanjangkan episod drama sarkisnya di dalam mahkamah. Permintaannya menjadikan YAB Perdana Menteri dan isteri hanya merupakan alasan-alasan untuk menambah rencah drama pembelaannya sahaja. Apakah pendirian yang bakal di ambil oleh Hasanuddin di dalam perbicaraan sekiranya dia bersetuju untuk menjadi saksi penting kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa pada masa kejadian Anwar Ibrahim sedang bersama beberapa orang di bilik sebelah. 

Jika itulah pembelaan yang Anwar Ibrahim rancangkan bermakna Anwar Ibrahim membangkitkan fakta-fakta baru yang menjurus kepada pembelaan membuktikan adanya konspirasi terancang terhadapnya. Malang sungguh Anwar Ibrahim, pembelaan sebegitu di dalam kes jenayah berat meliwat amat sukar dibuktikan di peringkat pembelaan melainkan jika ianya dibangkitkan pada peringkat kes pendakwaan terdahulu.  Di peringkat pembelaan, Anwar Ibrahim tidak berpeluang lagi mencabar kesahihan mana-mana bukti yang telah diterima semasa di peringkat pendakwaan melainkan jika dia mampu membuktikan adanya bukti-bukti kukuh yang memihak kepadanya. 

Di dalam mana-mana peringkat perbicaraan kesalahan jenayah, persaksian bohong dan palsu bakal dikenakan tindakan atas pertuduhan memberikan keterangan palsu bersifat bohong.  Kita berdoa agar KEBENARAN HAKIKI dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Itulah yang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli PKR dan PAS. Semoga KEBENARAN HAKIKI bakal tampak. Tiga tahun rakyat menderita akibat permainan politik di pihak pembangkang ibarat sejarah perit getir Perang Dunia Kedua berulang lagi. Rakyat mahu bebas daripada belenggu musibah yang datang bertimpa akibat tangan-tangan manusia durjana. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...