1. Hari ini Presiden Barak Obama mendakwa bahawa Osama bin Laden telah berjaya di bunuh oleh pasukan elit tentera USA di Pakistan di hujung bandar Islamabad tempat persembunyian Osama, dalam 1 misi tentera memburu Osama. Kini jenazah Osama berada dalam tangan tentera USA.
2. USA juga turut meletakkan semua kedutaannya di seluruh dunia dalam keadaan berjaga-jaga. Jika benarlah Osama telah terkorban, kita hadiahkan kepada nya Al Fatihah di atas perjuangannya selama ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para anbiya', auliya', siddiqiin dan syuhada'.
3. Kita turut bersedih di atas kepulangannya ke Rahmatullah dan kita masih lagi tertanya-tanya adakah benar arwah terlibat dalam kejadian 9/11 sepertimana yang di dakwa oleh USA. Sehingga kini, ianya menjadi sebuah misteri yang terkubur tapi Insya Allah Ta'ala Kebenaran pasti jua kita tahu. AL-FATIHAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan