Ahad, 22 Mei 2011

BENCANA ALAM: TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT, RUMAH ANAK YATIM AT TAQWA, FELCRA SEMUNGKIS

HULU LANGAT, SABTU MEI 21, 2011 jam lebih kurang 2.30 petang, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah Rumah Anak Yatim At Taqwa Felcra Semungkis semasa kejadian para penghuni sedang membuat persiapan jamuan tengahari untuk menyambut kedatangan pelawat dari FINAS. Seramai 24 orang kebanyakannya kanak-kanak dipercayai tertimbus. Setakat pada jam 12.30 tengahmalam tadi, 6 orang mangsa meninggal dunia, 9 orang terselamat dan 9 orang lagi masih tertimbus. Usaha menyelamat masih giat dan rancak dijalankanoleh pasukan penyelamat Bomba, DBKL , Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Alfaatihah kepada arwah yang pulang ke rahmatullah dan doa keselamatan bagi mangsa yang masih tertimbus, agar mereka ditemui dalam keadaan selamat. Takziah kepada Pengurusan Rumah Anak Yatim At Taqwa.Seruan kepada semua rakyat Malaysia, bantulah mereka yang dalam kesusahan.  
Bantuan diperlukan segera di kawasan tanah runtuh @ Ulu Langat...
6 unit gen set
Touch Light
Waterproof canvas
blankets
Air Bersih
Makanan untuk petugas...
Sila hubungi En Naza, 017 328 00013

 
Senarai yang di petik dari sumber blog M.i.M



Dipetik dari blog Kedah ke KL



Dipetik dari blog M.i.M

1.Menurut Ketua Warden rumah Anak Yatim At Taqwa, Mohammad Hambali Ismail, 34, mengatakan bahawa beliau terdengar 1 dentuman yang kuat dan membayangkan seolah-olah tanah sedang mengejar beliau sebelum tanah menimbus kawasan khemah di mana jamuan makan tengahari sedang diadakan.

" Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri." katanya.

2. Semasa kejadian, penghuni rumah anak yatim At Taqwa sedang makan tengahari di dalam rumah tersebut dan di bawah khemah yang didirikan.Kesemua mangsa yang ditemui di bawa ke hospital Ampang untuk di rawat. 

3. Di jangka Y.A.B  Timbalan Perdana Menteri DS Muhyiddin Yassin akan hadir melawat manakala Presiden PAS hj Hadi telah mengucapkan Takziah manakala beberapa pemimpin politik turut kelihatan hadir. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan walaupun petang tadi hujan lebat. Gerakan menyelamat dan mencari masih diteruskan sehingga ke malam ini untuk mencari saki baki mangsa yang masih tertimbus.









Kita bersedih di atas kejadian yang menimpa anak-anak yatim tersebut. diharapkan tiada sitkom salah mempersalahkan berlaku, Ini adalah sebuah kejadian alam yang tidak di duga oleh sesiapa pun. Namun , diharapkan agar kita mengambil iktibar pengajaran daripadanya agar ianya tidak berulang lagi. Alfatihah dan talziah kepada semua mangsa dan pengurusan rumah anak yatim Hidayah Madrasah At-Taqwa. Berilah bantuan sekadar termampu oleh kita. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...