Isnin, 9 Mei 2011

Belum Apa-apa, Jeff Ooi Berbohong Mengenai Seksyen 499 Kanun Kesiksaan. Ada Komplot Tersembunyi Ke?




Jeff Ooi telah membuat lapuran Polis dan sebuah klip video sepanjang 11.09 minit mengenainya telah di muat naik di youtube. Lihat dan dengar baik-baik apa yang Jeff Ooi katakan antara pada minit ke 4.49- 5.01 yang menyebut mengenai seksyen 499 Kanun Kesisksaan dan kesalahan Intimidasi Jenayah. Dengar baik-baik. Dengar dan lihat baik-baik apa yang diperkatakan oleh Jeff Ooi antara minit 10.27 - 11.09 yang mempunyai niat untuk menghasut semua komuniti Kristian dan Budha untuk buat perhitungan masing-masing pada masa hak dan kuasa menentukan kerajaan akan datang jika tiada permohonan maaf di buat kepadanya dalam tempoh 24 jam.

1. Sila ke pautan ini bagi melihat dan mendengar video klip tersebut DAP BERI 24 JAM UNTUK UTUSAN DAN BLOGER BIG DOG ZAKIR MOHON MAAF, Sila lihat dan dengar pada minit-minit yang disebutkan di awal tadi.. Jeff Ooi telah menyebut antara minit ke 4.55 sehingga 5.00 seperti berikut:-
" Kanun Kesiksaan Seksyen 499 ialah mengenai Criminal Intimidation .." Jeff Ooi
di bawah ini adalah petikan daripada Seksyen 499 Kanun Kesiksaan yang sebenarnya:-


Jelas sekalai Jeff Oii BERBOHONG dengan TERANG DAN NYATA! Seksyen 499 Kanun Kesiksaan adalah mengenai Kesalahan Jenayah ' DEFAMATION!' bukan ' CRIMINAL INTIDIMATION"  Berikut adalah seksyen yang betul mengenai Kesalahan Jenayah ' CRIMINAL INTIMIDATION' iaitu Seksyen 503 Kanun Kesiksaan.



Untuk lebih jelas sila ke pautan laman sesawang Pejabat Peguam Negara Malaysia di sini KANUN KESISKSAAN

 2. Persoalannya ialah kenapa Jeff Ooi berbohong dengan begitu jelas dan nyata mengenai jeni kesalahan dan seksyen tersebut? 

Adakah disengajakan atau sebenarnya isu ini mempunyai sesuatu perancangan di balik tabir ?

Adakah benar-benar Jeff ooi mahukan permintaan maaf dilakukan kepadanya atau 

Adakah ini merupakan satu perancangan yang teliti oleh pihak tertentu bagi memerangkap Utusan Malaysia sekaligus mengugut kerajaan Barisan Nasional membuang kesemua bloger yang benar-benar pro BN? 

kerana Jeff Ooi ada menyebut mengenai Presiden NUJ yang di pecat oleh Utusan Malaysia dan desakannya agar kepimpinan kerajaan membuang semua bloger yang pro UMNO yang pada pendapatnya merupakan anasir-anasir jahat sepertimana pemecatan Presiden NUJ oleh Utusan Malaysia? Menarik bukan?

3. Lihat dan dengar pula apakata Jeff Ooi pada minit ke 10.27 dan 11.00 yang jelas menyebut seperti berikut:-
" .. dan saya beri kata muktamad itu supaya nombor satu ..aaah .. permintaan maaf daripada Utusan dan bigdog harus dilakukan dalam jangkamasa 24 jam..
KALAU TIDAK, SAYA AKAN JUMPA DENGAN SEMUA KOMUNITI KRISTIAN DAN BUDHHA SUPAYA SAYA MEMBERITAHU APA YANG TELAH BERLAKU 
DAN SAYA MAHU MEREKA MEMBUAT PERHITUNGAN MASING-MASING APABILA  KITA MEMPUNYAI HAK DAN KUASA UNTUK MENENTUKAN KERAJAAN AKAN DATANG .. TERIMAKASIH.."
 4. Kenyataan Jeff Ooi di atas di buat pada minit terakhir dalam klip video tersebut, telah mengundang begitu banyak persoalan , ianya seolah-olah memberikan gambaran kepada kita bahawa Isu ini merupakan satu perangkap komplot jahat berniat curang oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai dendam kesumat kepada para bloger pro BN dan Utusan Malaysia sekaligus membela nasib presiden NUJ yang di pecat oleh Utusan Malaysia. 

Mustahil dalam perkara sebesar ini yang melibatkan kewibawaan Jeff Ooi, dia boleh melakukan kesilapan yang disengajakan seperti itu. Isu ini nampaknya seperti sebuah perangkap besar bagi melenyapkan dan melumpuhkan sayap-sayap sibertruper pro BN, perangkap ke atas Utusan Malaysia, perangkap kepada Kerajaan Barisan Nasional dan membela nasib Presiden NUJ. Isu ini seolah-olah sengaja ditimbulkan dan diadakan bagi mengugut kerajaan Barisan Nasional. Kita kena ingat, Jeff Ooi ini adalah seorang Bloger Bebas sebelum ini dan dia pernah memuji Rukibiru kerana mempertahankannya sila lihat dan dengar klip video ini yang mana Jeff Ooi memuji Rukibiru pada Ogos 18, 2009 JEFF OOI SPEECH. Kepada Rakan-rakan, berhati-hati, isu ini mungkin adalah perangkap! Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...