Isnin, 25 April 2011

X-KLUSIF TERKINI: ANWAR IALAH LELAKI 'Y' .. APAKAH PENAFIAN PAKATAN JAHAT PADA KALI INI ?



1. Pada hari ini sudah heboh dalam media internet melapurkan sebahagian penting secara selektif isi kandungan penggulungan Hujah Peguamcara Negara II Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Hujahan Balas daripada Karpal Singh; sebagai pengamalan DEMOKRASI DIGITAL mengikuti DEMOKRASI TERBUKA  berdasarkan kepada saranan DS Najib dalam ucaptama perasmian 1st Malaysian-ASEAN REGIONAL BLOGERS CONFERENCE pada 24hb April 2011 kelolaan Rukibiru, bloger yang menganggap dirinya SUPA DEWATA COUNT CRISTO MODEREN.

2. Berikut ada petikan-petikan laporan-laporan mengenai Penggulungan Hujah dan Hujahan Balas tersebut secara ringkas, tepat dan padat:-
Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata profil DNA Lelaki Y yang ditemui dalam dubor Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar berdasarkan kepada bukti-bukti keterangan pakar kimia dan bukti persetujuan tidak penting tetapi apa yang penting ialah samada zakar masuk ke dalam dubur atau tidak.
Karpal Singh dalam hujah balasnya berdasarkan kepada twitter Anwar yang dilapurkan dalam blog M.i.M mempertikaikan kenapa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak melarikan diri sedangkan peluang itu sentiasa terbuka dan ini membawa tanggapan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan merelakan perbuatan liwat itu. 
3. Apa yang dapat disimpulkan secara waras dan logika ialah 2 perkara, pertama; pengesahan profil DNA lelaki Y adalah milik Anwar berdasarkan kepada keterangan saintifik dan hujahan pembelaan pula tidak menafikan ianya bukan milik Anwar dan hanya tertumpu kepada soal kerelaan. 

ADAKAH INI BERMAKNA KARPAL SINGH YANG PERNAH MEMBUAT CABARAN DI PARLIMEN MENGATAKAN DIA MEMPUNYAI BUKTI BAHAWA ANWAR ADALAH PELIWAT , BENAR-BENAR MEMPERCAYAI DAN YAKIN BAHAWA ANWAR MELAKUKANNYA ? INI BERMAKNA DAP SUDAH MAIN BELAKANGLAH.

 

1 MALAYSIA mempersoalkan intergriti & kewibawaan kepimpinan Anwar & DAP

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...