Sabtu, 30 April 2011

KAUM CINA MULA MERASA TERPINGGIR DAN TERANCAM (6)


PEMBENTUKAN MALAYSIA, 13 MEI 69, DEB
Permulaan Ketidakpuahati Kaum Cina

1. Kita sering mengkritik kaum Cina secara umum dan kita belum pernah bertanya kepada diri kita sendiri, adakah selama ini kita berlaku kurang ajar, menjaga sensitiviti, beradab dan benar-benar menghormati kaum Cina ? Kita sewajarnya sedar bahawa kaum Cina ini juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sama seperti kita.


2. Baru-baru ini rakyat Malaysia disajikan dengan 4 kenyataan daripada DS Najib, Soi Lek dan Guan Eng Sundalan Hitlerisma. DS Najib mengingatkan pengundi kaum Cina agar membuat pilihan betul supaya tidak kehilangan perwakilan di dalam kerajaan Barisan Nasional dan memperli PAS untuk menyertai Barisan Nasional disebabkan kesepakatan jahat PAS DAP PKR hanya menguntungkan DAP sejak 2008. 


3. Soi Lek pula memerangkap Aljuburi dengan cabarannya kepada PKR agar terus menghapuskan Hak Istimewa Bumiputera bagi menegakkan Ketuanan Rakyat yang di sambut oleh Aljuburi dengan perasaan marah dan jengkal akan tetap mengekalkan Hak Istimewa Bumiputera sesuatu yang berlawanan dengan konsep Ketuanan Rakyat dan seruan Aljuburi selama ini. Pecahlah tembelang dan temberang busuk Aljuburi selama ini.


4. Manakala Guan Eng sebelum daripada itu semua, mengugut dan menakutkan kaum Cina dengan Kebenaran Fiktif kononnya idea-idea Hitlerian diamalkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional melalui DEB, Hak Isitmewa Bumiputera dan Ketuanan Melayu. Lucunya, Guan Eng hendak mengantikan kebenaran Fiktif itu dengan Kebenaran Hakiki Agenda Cauvinis Cina Gagasan Nanyang Raya berideakan Idea-idea Hitlerian amalan DAP.


5. Intimidasi-intimidasi politik kadakngkala berjaya dan kadangkala tidak berjaya. Adakalanya bakal memakan diri sendiri, masalah utama kaum Cina ialah merasa diperhambakan dan ditekan di bawah polisi-polisi Affirmatif tapi DEB sudah tiada lagi yang digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara dan terkini Model Ekonomi Baru. Jadi apakah perlu kaum Cina merasa maruah mereka tercalar lagi?



1 MALAYSIA , 1 MODEL EKONOMI BARU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...