Sabtu, 30 April 2011

EDISI SARAPAN: Semalam, Hari Ini & Esok.

1. Assalamualaikum wbt. Seperti amalan biasa, EDISI SARAPAN sebagai pembuka kepada penulisan dalam blog ini setiap hari sebagai Senaman Ringkas Minda dan Akal untuk mempersiapkan minda dan akal mencerna dan mempertimbangkan setiap maklumat, fakta, ulasan, pendapat, analisa dan usul yang dikemukakan secara waras,adil, saksama yang tidak ada syak, waham dan zan.

2. Bagi mencapai pertimbangan waras, adil, saksama jadikan Al Qur'an dan Hadis baginda Rasullullah s.a.w. sebagai panduan dan rujukan. Inilah yang diperjuangkan, diterapi dan diamalkan oleh UMNO dan dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen dalam BARISAN NASIONAL.

3. Kesemua nilai-nilai baik bersifat universal tidak bercanggah dengan Qada' dan Qadar Allah swt dan ISLAM itu adalah bersifat Neutral ,Universal ,Alamiyyah. Bacaan tahiyyat awal solat mengajarkan kepada kita bahawa setiap kebaikan itu adalah milik Allah s.w.t, difahamkan bahawa setiap perkara bernilai baik itu adalah milik Allah swt dan adalah Islamik. 

4. Dalam perhitungan ringkas jangkahayat manusia, kita hanya hidup 3 hari sahaja, semalam, hari ini dan esuk dan jika diringkaskan lagi kita hanya hidup sehari sahaja. Pemafahaman kepada itu memerlukan kita merenung jauh ke dalam lubuk hati kita. Hari ini akan jadi 'Semalam' pada Esok harinya. Sedangkan hari 'Semalam' telah menjadi 'Hari ini' dan 'Esok Hari' . Fikirkan dan renungkan. Ingati 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

5. Kita wajib menjauhi percakapan dan perbuatan sia-sia yang mendatangkan keburukan, kemudaratan dan kejahatan pada diri sendiri dan kepada orang lain sepertimana yang dilakukan oleh AMK dan PKR yang merusuh dalam masjid pada hari semalam serta sejak bermulanya Gerakan Reformasi yang banyak mendatangkan dan menghasilkan keburukan, kemudaratan dan kejahatan kepada agama, bangsa dan negara.

RENUNGKAN SEJENAK, SEJAK KITA LAHIR SEHINGGA HARI SEMALAM, SUDAH BERAPA BANYAK KEBAIKAN, KEMANAFAATAN DAN KEBAJIKAN YANG TELAH KITA LAKUKAN PADA DIRI KITA SENDIRI DAN KEPADA ORANG LAIN. JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, ESUK TERLEBIH BAIK DARI HARI INI.


1 MALAYSIA 
1 PENGHAYATAN 
1 KEBAIKAN  
1KEBAJIKAN 
1 MANAFAAT

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...