Rabu, 17 Disember 2014

BIARKAN SAJA TIM EKSEKUTIF 1MDB MENERUSKAN AGENDA BANGANG MEREKA. MELAYU PERLU FOKUS.


‪#‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

1MDB bukanlah satu isu yang bakal menguntongkan masadepan dan survival Melayu pun. Waima blog MIK dan PRAPUKARI menerbitkan penjelasan daripada Tim Eksekutif 1MDB, namun bagi ambe, semakin mereka (CEO 1MDB) memberikan penjelasan, semakin mereka melondehkan kelemahan keputusan pengurusan dan urustadbir bisnes 1MDB. Jadi kata Pepatah Bani Jawi, Biarlah Luncai Terjun Dengan Labu-labu nya sendiri. Andai berlaku juga perkara negatif nanti seperti Skandal BMF dulu; tak susah, kita sita saja semua aset milik tim CEO 1MDB nanti. Dan hadapkan mereka semuanya di mahkamah di atas pertuduhan Pecah Amanah. Tapi jangan tunggu macam kes KETUM plak, dah dijatuhkan hukuman tapi masih bebas berkeliaran. 

Biarlah Tim CEO 1MDB menghadapi kemelut dan serangan daripada pihak pembangkang. Kita jangan masuk campur sebab merekalah yang menguruskan dan mentadbir 1MDB bukan kita pun. Kita , Melayu Kebanyakan, asingkan isu 1MDB tu dari fokus dan matlamat survival kita. 

Lagipun 1MDB bukanlah hasil Buah Fikiran dan Kehendak semasa Melayu Kebanyakan. Ianya lahir dari aspirasi dan kehendak puak korporat yang mendapat keyakinan daripada Najib. So, nak buat apa kita menyibuk? Biarlah mereka 'Terasing' dari arus perdana politikal BN dan UMNO BARU. Lagipun mereka adalah manusia-manusia korporat yang angkoh, sombong dan ingkar yang setaraf dengan politikus dap pkr pas. 

Isu 1MDB ini bermula daripada mulut longkang Rafizi yang kemudiannya di sambut dengan gagak gempita oleh pihak berkepentingan sama bangang dengan Rafizi dalam UMNO BARU. Maka biarlah mereka sahaja bergegak gempita membinasakan sesama mereka. Yang kita nak join sekali jadi binasa seperti mereka, apakehalnyer ?

Melayu Kebanyakan perlu fokus mengenai survival mereka sendiri dari melayan isu takde pekdah cam 1MDB tu. Ringgit Malaysia dalam keadaan menurun. Tiada langkah mengikat mati Ringgit. Tak tahu lah di masa depan nanti , mungkin di ikat atau dibiarkan terus terapung di tangan-tangan spekulator matawang. 

Oleh kerana kita tahu Puak POLITIKUS dah jadi sebijik cam LUNCAI, maka Melayu Kebanyakan perlu mengambil langkah-langkah atas inisiatif sendiri. Kita tak perlu berdemo atau berguling di atas jalanraya. Tapi kita Melayu Kebanyakan boleh mendesak lahanat dan malaon dap agar menasihati kelompok peniaga cina TIDAK MELAMPAU dalam menjual barangan dan produk mereka. Jika, dap gagal memenuhi desakan kita, maka kita desak puak PKR , Rafizi dan PAS agar mendisplinkan peniaga-peniaga Cina. Kita perlu memberi tekanan kepada DAP agar mendisplinkan peniaga dan persatuan bisnes Cina supaya tidak melampau mengambil keuntungan dalam keadaan ekonomi tak menentu. 

Disamping itu, kita mulakan Gerakan Massa di media sosial, agar bank-bank dan institusi kewangan jangan BERLAGAK. Supaya mereka menjalankan bisnes mereka dengan ada perikemanusiaan dan bukan macam LINTAH DARAT dan DRAKULA.

So Melayu Kebanyakan daripada korang melayan kebangangan dan sikap childish serta idiyet puak Politikus dengan anak-anak buah mabok ketum mereka, lebih baik kita buat desakan dan asakan kpd dap pkr pas , persatuan peniaga Cina dan perbankan agar tunduk patuh kepada kehendak dan aspirasi Melayu kebanyakan yang dah fedap dan buhsan dengan Manipulasi dan Diskriminasi di sektor awam dan perbankan. 

Itu lagi berpekdah kepada Melayu Kebanyakan.


Isnin, 15 Disember 2014

MULA-MULA BANGANG PASTU BANGSAT KENDIAN CUKUP-CUKUPLAH MENIPU- DAP MAKIN BESAR KEPALA.



‪‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

Bermula dari teguran Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB, kemudian disusuli laungan SOOOO--LEEEE---DAAAAAKKKK---RREEEEEE----TIIIIIII dalam PAU 2014. Dan perkataan ' BANGANG ! Cari makan dengan siapa?. Tak lama selepas itu, timbul plak laungan ' 25 Orang Kenamaan adalah Bangsat, Saya Hero Malaya'. Di tambah lagi dengan ' Cukup-cukuplah Menipu Tu'.

Maka riuh-rendah hiruk pikuklah kat fesbuk. kat mana-mana di alam siber, di warung kopi tepi jalan. dalam cafe lima bintang. Manakala puak dap cauvinis plak, melaungkan ' Enakmen Islam Pulau Pinang Tak Terpakai Maaa Pada Orang Bukan Islam. Boleh Pakai guna kalimah ALLAH'. Kemudian kecoh mengenai usaha DUN Selangor nak hapuskan dan sailang kuasa-kuasa Raja Selangor dalam Enakmen Agama Islam. 

Cuba kita renung balik dan santai fikir atas apa yang berlaku semuanya ini. Yang ambe nampak sejak 2003, yang menjadi mangsa adalah Melayu Kebanyakan. Politikus Melayu dalam PAS-PKR-DAP dan puak Liberal dalam UMNO banyak membantu memperkuatkan dan memperkasakan Kuasa Politikal DAP cauvinis. 

So, apa kita simpulkan Kuasa Politik Cauvinis dap makin bertambah kuat bukanlah kerana Tsunami Pengundi Cina atau Melayu tak undi UMNO pun. Tai disebabkan oleh perlakuan sumbang pencak silat puak politikus Melayu dari semua tindakan-tindakan mereka. 

Sasaran dan matlamat Transformasi dan Jom Ubah serta Lawan tetap Lawan yang dibawa oleh puak-puak politikus Melayu lebih menguntungkan politik cauvinis DAP. Maka, makin besar kepala lah puak cauvinis dan puak yang tak berapa nak suka Semangat Melayu. 

Betul la kata pepatah Melayu, sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Isnin, 8 Disember 2014

RINGGIT JATUH PADA 3.5261 1 USD SETAKAT JAM 11 PAGI TADI


Ringgit Malaysia makin stedi jatuh pada hari ini. Mencecah paras 1 USD bersamaan 3.5261 MYR. Belum nampak tanda-tanda ianya akan reda. Dan kita masih belum nampak atau dengar sebarang tindakan proaktif daripada penasihat dan menteri cgpa. 

Apakah nak tunggu sampai hampir semua rakyat jadi bangkrap seperti di tahun 1997? 



Jumaat, 5 Disember 2014

BAROMETER RASUAH 2014 TAHNIAH KEPADA PARTI POLOTIK MALAYSIA ANDA MENDAPAT TEMPAT.



KUALA LUMPUR – Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik menggunakan kedudukan mereka untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada di kalangan ahli politik hari ini sanggup belanjakan wang yang banyak untuk dipilih memegang jawatan.

“Masa (zaman) saya (dahulu) pun ada juga rasuah. Kita tak boleh nafikan kewujudan rasuah di mana-mana, dalam kerajaan, sektor swasta. Tetapi parti politik kebelakangan ini makin korup kerana kepercayaan kalau jadi ahli politik (atau) dapat jadi pemimpin dalam parti politik, terutama parti yang berkuasa, ada peluang buat duit.

“(Mereka ini) bukan (sertai politik) pasal nak berjuang (tetapi) boleh dapat kontrak, boleh dapat macam-macam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Mahathir mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2014 yang meletakkan parti politik sebagai institusi dianggap paling korup, diikuti dengan polis dan kakitangan kerajaan.

Diminta mengulas mengenai hakikat hampir tiada pendakwaan membabitkan kes rasuah dibuat ke atas ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mahathir mengakui sukar untuk agensi itu mendapatkan bukti kukuh mengenai salah laku rasuah dalam kalangan orang politik.

“Memang susah sikit (SPRM nak dakwa) terutama kalau parti politik itu berkuasa. Nak dapatkan bukti yang boleh diterima mahkamah ini yang susah.

“Orang yang korup ini dia tak akan cerita. Orang (yang memberi suapan) pun tak akan cerita. Dia tak nak pergi mahkamah. Sebab itu susah nak dapat maklumat cukup untuk dakwa,” katanya.

Namun beliau menegaskan, apa yang lebih penting kini bukanlah menahan dan mendakwa individu yang  melakukan rasuah semata-mata tetapi cara untuk mencegah rasuah.

Menurutnya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasuah, contohnya memendekkan tempoh memberi kelulusan dalam sesuatu projek selain memastikan proses itu jelas.

“Kalau proses ini mempercepatkan perkhidmatan kepada orang ramai, ia akan kurangkan rasuah. Dulu masa saya ambil alih jadi Perdana Menteri, bangunan tidak boleh dibina di Kuala Lumpur sebab permintaan tidak dilayan dengan cepat dan proses itu kadang-kadang mengambil masa sampai dua, tiga tahun.

“Jadi untuk percepatkan proses biasanya dihulur rasuah. Itulah yang jadi masalah. Tetapi kalau kita pendekkan masa itu dan lebih terbuka, saya fikir ia akan kurangkan rasuah.

"Sekarang ini banyak tumpuan kepada ambil tindakan terhadap orang yang terlibat rasuah tapi (usaha) tak ditumpu kepada pencegahan. Ia lebih penting,” katanya.


Khamis, 4 Disember 2014

RINGGIT JATUH - INI JAWAPAN MENTERI BIJAK SEBIJAK ANWAR IBRAHIM YANG HILANG TITEL DATO SERI.


Di atas muka malaon polotikus Malaysia yang jadi Barua & broker kepada cha DAP. Yang mengajar rakyat Malaysia kutok, maki, hamun, cerca dan pertikai hak-hak istimewa Melayu, agama Islam dan institusi Raja-raja Melayu. Dulu, malaon itu orang paling power dalam UMNO LAMA dan UMNO BARU. Pada 1997 dijatuhkan dari takhta sebab menyuntut dan gagal kawal krisis kewangan serta gagal mengawal kejatuhan ringgit Malaysia dijarah dalam Pasaran Modal dan Tukaran Wang Asing. Pada masa itu beliau ialah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri serta Timbalan Presiden UMNO BARU. Kini beliau kehilangan titel 'Dato Seri' kerana biadap sangat kat Sultan Selangor. Malaon itu lahir di Cerok To' Kun. Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam negeri yang dijajah oleh DAP anak haram PAP. Tapi nak tunjuk Power Bangan Terlebih di Selangor dimana bininya menjadi ADUN KAJANG dan tiada jawatan exco. Beliau juga memegang potfolio PENASIHAT EKONOMI SELANGOR dengan gaji dan elaun melebihi RM10 juta. Bos kepada MB Selangor sekarang. Beliau gagal menaikkan bininya menjadi MB Selangor. Akibatnya, beliau menerima watikah penarikan titel beliau kerana kebijakan dan kepandaian serta kelicikan beliau berpolotik di Selangor. 


Di bawah ini pula, gambar Timbalan Menteri Kewangan yang menjadi Ahli Parlimen di Pontian. Umurnya baru mencecah 48 tahun. Pelajar terpandai di UKM , kalau tak silap. Memperolehi CGPA 3.68 ke atas. Pernah belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO BARU dalam MKT. Beliau begiat aktif dan mendapat tempat di puncak setelah Najib pikap beliau sejak 2009. Menjadi Ketua Penerangan UMNO.

Sejak awal Disember 2014, ringgit Malaysia mengalami kejatuhan di pasaran. Matawang Ringgit diapungkan kembali di pasaran setelah ditambat ketat oleh Tun Dr. M dahulu. Tun Dr M melakukannya supaya untung nasib Ringgit Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran yang dikuasai oleh pemodal-pemodal kapitalis jahanam. Pada 4hb Disember 2014,  Ahmad Maslan TMK telah mengeluarkan Notis mengenai kejatuhan Ringgit. Berikut ialah Nota tersebut:-


PENYUSUTAN NILAI RINGGIT
(Nota oleh D Ahmad b Maslan TMK)
1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. Pada tahun 2014, ringgit menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK, matawang Euro & yen Jepun.
2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober adalah tinggi.
3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.
5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.
6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan ekonomi berlaku.
7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.
8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.
9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan + (export - import). GDP = consumption + investment + government expenditure + (export - import). Export yg lebih & import yg kurang akan mengembangkan KDNK / GDP.
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.
11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.
12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.
13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.
14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.
16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1 Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.
Tkasih. 
(4 Dis 2014)
Ternyatalah, Ahmad Maslan tidak memberitahu apakah langkah-langkah keselamatan bagi menjamin Ringgit tidak terus jatuh. Jawpan yang beliau berikan ialah JAWAPAN RETORIK POLITIK yang pernah diberikan oleh Anwar Ibrahim dahulu semasa di tahap awal Krisis Kewangan 1997.

Ahmad Maslan hanya menyentuh selembut Puput Bayu Lembut Di Tepi Pantai menikmati percandaan terhebat sedangkan di tengah laut, mungkin gelombang Tsunami sedang menanti. Beliau hanya menyebut , 'Malaysia mempunyai asas-asas kukuh ekonomi " tanpa mendetilkan apakah asas-asas tersebut. Ungkapan itu disebut dua kali. 

Ahmad menyudahi puput lembut bayu percandaan di tepi pantai dengan menyebut berita gumbira disel mungkin turun .. mungkin turun yea .. harganya tiada tahu lagi. 

Ahmad Maslan meletakkan Beban Pembuktian dan Kesalahan kepada Market Behaviour & Market Fluctuation Factors. Tapi sedarkah Ahmad Maslan bahawa Singapura dan negara-negara yang matawang mereka lebih kukuh berbanding Ringgit, juga mempunyai asas-asa ekonomi yang kukuh seperti Malaysia. Lalu, kenapa mawatang mereka mengukuh dan matawang kita alami depresiasi?

Tahukah ahmad maslan bahawa, peniaga Malaysia tidak akan turun harga waima nilai ringgit jatuh? Dan pelancong asing punya perbelanjaan pun takkan mampu menampung kejatuhan Ringgit.

Mengikut Teori Buku Teks, memanglah dikatakan bila sesuatu nilai matawang itu alami depresiasi, maka kononnya , kos murah dan margin untung banyak. Di Malaysia, bila korporat untung banyak dan kos semakin murah, mereka kena bayor hutang yang faedahnya semakin tinggi juga!

Ambe malas nak bebel panjang mengenai perkara ini. Tapi ambe nasihati semua pembaca dan pelawat blog picisan ini yang tak cari makan dengan UMNO BARU; anda perlu mengambil langkah-langkah hati-hati dan menyusun semula perbelanjaan dan pembayaran balik hutang piutang anda.

Keadaan pasaran matawang tidak menentu. Tiada Bank Pusat mana-mana negara mampu mengawal dan mencegah faktor-faktor dan kesan pasaran mawatang. Kecuali, kadar faedah akan naik kerana mereka bimbang kadar inflasi menjadi tinggi.

Eloklah, anda semua memerhatikan semua tunggakan pembayaran ansuran anda. Dan mula berjimat bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih teruk. Selesaikanlah segera hutang-piutang anda. Dan pastikan, perbelanjaan anda tidak melebihi 30% untuk hutang-piutang.

Mulalah, buat pembayaran advanced sehingga bulan 6, 2015. Pastikan anda menyimpan untuk keperluan mendesak seperti perbelanjaan persekolahan anak-anak, pembayaran bil utiliti, hutang kad kredit, hutang perumahan, hutang kereta, bayaran insurans kereta dan cukai jalan. Kenalpasti apakah keutamaan perbelanjaan anda semua. 

Terbaik anda mula membeli matawang Dolar Singapura dan USD. Dan mula menjual matawang itu bila kadar ringgit semakin menurun nanti. itulah sahaja cara untuk anda kaut Laba seketika bagi menampung keperitan bila kadar faedah setat naik dan BLR mula mencanak cam kena viagra.

Sekian terimakasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...