Bismillah
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن
Bermula dari teguran Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB, kemudian disusuli laungan SOOOO--LEEEE---DAAAAAKKKK---RREEEEEE----TIIIIIII dalam PAU 2014. Dan perkataan ' BANGANG ! Cari makan dengan siapa?. Tak lama selepas itu, timbul plak laungan ' 25 Orang Kenamaan adalah Bangsat, Saya Hero Malaya'. Di tambah lagi dengan ' Cukup-cukuplah Menipu Tu'.
Maka riuh-rendah hiruk pikuklah kat fesbuk. kat mana-mana di alam siber, di warung kopi tepi jalan. dalam cafe lima bintang. Manakala puak dap cauvinis plak, melaungkan ' Enakmen Islam Pulau Pinang Tak Terpakai Maaa Pada Orang Bukan Islam. Boleh Pakai guna kalimah ALLAH'. Kemudian kecoh mengenai usaha DUN Selangor nak hapuskan dan sailang kuasa-kuasa Raja Selangor dalam Enakmen Agama Islam.
Cuba kita renung balik dan santai fikir atas apa yang berlaku semuanya ini. Yang ambe nampak sejak 2003, yang menjadi mangsa adalah Melayu Kebanyakan. Politikus Melayu dalam PAS-PKR-DAP dan puak Liberal dalam UMNO banyak membantu memperkuatkan dan memperkasakan Kuasa Politikal DAP cauvinis.
So, apa kita simpulkan Kuasa Politik Cauvinis dap makin bertambah kuat bukanlah kerana Tsunami Pengundi Cina atau Melayu tak undi UMNO pun. Tai disebabkan oleh perlakuan sumbang pencak silat puak politikus Melayu dari semua tindakan-tindakan mereka.
Sasaran dan matlamat Transformasi dan Jom Ubah serta Lawan tetap Lawan yang dibawa oleh puak-puak politikus Melayu lebih menguntungkan politik cauvinis DAP. Maka, makin besar kepala lah puak cauvinis dan puak yang tak berapa nak suka Semangat Melayu.
Betul la kata pepatah Melayu, sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan