Ahad, 28 Jun 2015

BULAN MADU 18 BULAN & RESTORAN 24 JAM.



Kesemua bahan kredit kepada rakan fesbuk tuan peguam Ahmad Shuaib & Dato Roslan Latiff.


BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR 

Bila seorang menteri dari JPM memaklumkan cadangan nak tutup restoran 24 jam, maka melalaklah dan bertempik sekelian berok & siamang dalam hutan kutok Najib. 

Bila MKT UMNO putuskan agar pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan, maka sekali lagi melalaklah & bertempiklah sekelian berok & siamang dalam hutan kutok Najib. 

Kenapa ambe gelarkan mereka sebagai berok & siamang dalam hutan? Kerana mereka ada otak tapi akal insani dan nafsu insani takde. 

Kerana apa ambe katakan mereka tidak mempunyai akal insani & nafsu insani ? Sebab mereka hanya mencari-cari kesalahan dan keburukan oranglain dan membawa Budaya Pecah-Belah melalui adu-domba. Hukum rimba menjadi pegangan mereka. 

Sahidan Kasim tak salah sangat dalam hal memaklumkan kepada orangramai selaku pemberitahuan mengenai cadangan menghadkan masa operasi restoran 24 jam. Itu tugas beliau selaku menteri yang diberikan tanggungjawab. Beliau sekadar melaksanakan tugasan beliau. Nak hentam pun kasi lah solusi lain. Jangan hentam keromo peribadi beliau waima ambe pun tak berapa setuju dengan beliau dalam banyak perkara.

Seperkara lagi, cadangan tu bukan datang daripada beliau. Cadangan itu datang daripada Majlis Sosial Negara. Beliau cuma membuat makluman umum. Kat situ kenalah beri beliau Sahidan Kasim Manafaat Keraguan (Benefits Of the Doubt).

Akhirnya DS Najib memberikan jaminan bahawa cadangan itu akan dibatalkan berdasarkan kepada status beliau di media sosial. 

Berkenaan dengan keputusan MKT UMNO menangguhkan pemilihan selama 18 bulan pula, apa masalahnya pun? Jika benar pepuak arwah Tun M mengaku mereka adalah Pejuang Kebenaran dan suara arwah Tun M itu 'Suara Rakyat' (rakyat gak di jual) apa nak bising pun pasal penangguhan pemilihan selama 18 bulan? 

Pada masa arwah Tun M, UMNO LAMA diharamkan terus ! Ni mujurlah pada masa Najib, pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan. Honeymoon je la selama 18 bulan. Nak kecoh pasaipa? Penangguhan pemilihan tu beri manapaat kepada semua pemegang jawatan yang sedia ada termasuklah pepuak memusang arwah Tun M. 

Penangguhan itu pun beri manapaat kepada kesemua ahli UMNO & kepada Melayu Pribumi. Sekurang-kurangnya, boleh dielakkan banyak pertelagahan dan adu domba yang sia-sia semasa pemilihan. 

Lagipun, MKT UMNO bikin keputusan setelah ambilkira dan pertimbangkan kehendak akar umbi dalam UMNO. 

Memang tipikal lah bagi pepuak memusang berjanggut nak melalak bertempik dan melolong sebab takde peluang nak adu domba dan pecah belahkan UMNO. 

Sekarang ni ambe selaku Melayu Pribumi Ori nak tengoklah sejauhmana kekuatan memusang arwah Tun M selama 18 bulan ini. Samada fitnah adu domba mereka masih mampu nak menipu dan membohongi rakyat atau mereka sendiri akan di makan fitnah-mehnah adu domba mereka sendiri. 

Barulah padan muka memusang puok arwah Tun M cam puok PASMA, dapigs & PKR yang kini sesak napas sebab PR dah masuk jirat. Mengagau semua memusang politik sekarang neyh. 

Mana larat Kartel arwah Tun M nak sponsor gerakan jatuhkan Najib selama 18 bulan lagi. Pokai depa. Perkara yang sama jugak akan berlaku ke atas PASMA dan DAPIGS serta PKR. Mana larat pemberi dan penaja mereka nak taja mereka kekalkan sebuah 'Kerajaan PR yang dah Mendiang'. 

Lazimnya, mana-mana gerakan adu-domba dan gerakan fitnah-mehnah yang bertebaran akan memusnahkan dan membinasakan kembali pihak yang melakukannya. Contoh paling jelas , lihat apa berlaku kepada Mendiang Pakatan Rakyat sekarang. 

Sekali lagi ambe tegaskan di sini, apajua tak puashati arwah Tun M kepada Najib, sepatutnya arwah Tun M setelkan secara diam-diam, secara anak-beranak dengan Najib dan bukan dengan cara menghasut secara terbuka mengajak oranglain yang takde kena mengena turut menyerang Najib. 

Tak ke itu menunjukkan betapa busuknya hati arwah Tun M neyh ? Buka lah mata hati dan mata aqal serta mata fikir luas-luas. 

Sedangkan arwah Tun M mempunyai akses terus kepada Najib dan setel secara diam-diam. Ambe tak percaya langsung apajua alasan & justifikasi yang arwah Tun M berikan kerana pada ambe, track rekod beliau pun tak bersih pun sepanjang 22 tahun. 

Bak kata satu prinsip perundangan, ' Yang Minta Keadilan Mestilah datang Dengan Tangan Yang Bersih' " He Who Seeks Equity Musk Come With Clean Hands' . Tangan arwah Tun M tak bersih pun sama lah dengan tangan-tangan pepuak dapigs, pkr dan PASMA serta PAS. 

Jumaat, 26 Jun 2015

APA PEKDAH PUOK POLITIKUS ZOMBI BUAT CAMNI ?


Nur Jazlan Pengerusi PAC 

BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR 

Ada beberapa perkara ambe selau Melayu Pribumi Ori nak bertanya kepada beberapa personaliti politikus zombi yang berkeliaran sekarang ini. Sebab pelik beno peel deme neyh. 

Pertama, soklan kepada Nur Jazlan selaku Pengerusi PAC. Apa pekdahnya ko beri amaran kepada SHafee Abdullah yang cabar Tony Phua resign dari PAC sebab sikap bias nya terhadap 1MDB selama neyh? Apa yang takut sangat dan sentap sangat dengan cabaran Shafee Abdullah tu? Kenapa beriya sangat nak defend Tony Phua? Mana yang lebih penting bagi Nur Jazlan? Intergriti PAC ke atau intergriti Tony Phua ? 

Kedua, soklan kepada Ku Nan yang tetiba marah & nak ambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang bakor bendera mendiang dapigs. Apa pekdah ko buat camtu Ku Nan? Kat orang-orang ko sendiri ko nak hukum sebab pertahankan maruah organisasi yang beri ko makan dan peluang berkuasa selama neyh? Ahli-ahli UMNO tu bakor bendera dapigs je bukan bakor bangunan atau bakor orang atau bakor kereta atau rosakkan hartabenda awam. Yang ko nak ambil tindakan ke atas ahli-ahli yang pertahankan maruah UMNO kenapa? Ko sendiri tak pertahankan maruah UMNO masa logo UMNO sengaja di cantas. Mana lebih penting neyh Ku Nan pada ko, kepentingan maruah UMNO atau kepentingan bendera dapigs musuh UMNO? Menjaga hati ahli-ahli sendiri atau menjaga hati puok musuh? 

Ketiga, kepada Zahid Hamidi yang ada rakan ambe kata Ikon Rakyat. Ambe nak tanya kenapa nak bawa 1.5 juta Bangla dan beri mereka pekerjaan di negara ini? Tak ke nanti diaorg tu semua akan hangkut smeua duit gaji diaorang balik Bangla? Bagaimana plak peluang pekerjaan bagi warga tempatan? Ko neyh biar betul Zahid, di waktu rakyat tengah susah hati dan dok mintak-mintak peluang pekerjaan kepada gomen dan gomen bekukan pengambilan kakitangan baru serta restu pembuangan 6,000 orang setaf MAS, tup-tup ko isytihar nak bawa 1.5 juta Bangla ke sini dan beri pekerjaan? Kamonlah Zahid, mana yang lebih penting neyh? Kebajikan warga luar negara yang tak undi BN atau kepentingan rakyat negara ini yang dah tentu undi BN? 

Keempat, soklan kepada DS Shahidan yang mana pernah lah ada mamat bingai tuduh ambe dok merayu-rayu dan menangis-nangis mintak tolong kat DS Shahidan. Ni pasal DS Shahidan nak tutup semua kedai dari beroperasi melebihi jam 12 tengahmalam. Kata beliau menurut pahaman wahhabi yang beliau anuti, itu menyebabkan masalah moral. Helo, masalah moral ni banyak sebab dan punca. Salah satu sebab ialah banyakkan kelab malam beroperasi dan diberi lesen, serta lesen judi masih dikeluarkan serta lesen arak masih dikeluarkan. Tak pikir panjang ke nanti akibat polisi ejakulasi minda dan emosi camtu kat BN? Kedai-kedai makan yang beroperasi lebih 24 jam itu kan kegiatan ekonomi rakyat yang nak cari duit lebih tampung kehidupan. Engkau lainlah, gaji naik sebab ko penah kata gaji RM60,000 sebulan masih ikat perot. Ni mana yang lebih penting bagi kamu Sahidan, kamu ikat perot ke atau rakyat nak ikat perot sebab ikut rasionalisasi kamu yang berlandaskan kepada pahaman anutan wahhabi kaum Nejd Arab? 

Kelima, soklan kepada arwah Tun M. Apa pekdahnya kamu selaku arwah Tun M masih nak pertikaikan dan berhalusinasi mengenai penangkapan Savior Andre Justo di Thai ? Kenapa kamu masih berdegil dan masih nak tunjuk ego melakukan kesilapan dan pembohongan ke atas 1MDB? Pat Saviour Andre Justo di tahan kamu tahu plak nak tunggu siasatan tang 1MDB kamu jadi dewata hipokrit utama. Kenapa kamu tak tunggu je semua siasatan apsal 1 MDB setel sepertimana kamu amik sikap dalam kes saviour andre justo? 

Terpulanglah kepada politikus-politikus zombi berkenaan samada nak jawap atau buat derq. Lagipun kita selaku Melayu Pribumi Ori dah paham beno peel deme politikus zombi. Semuanya perasan bagus dan bajet suci. 


PASMA BAKAL TUBUH PARTI PROGRESIF SOSIALIS RELIGUS DI BAWAH MENDIANG DAPIGS?


Gambar Ambe ambil dari MengadudombaKini, 

BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Artikel ini di tulis atas cetusan entri KL CHRONICLE yang bertajuk #TaliBarut #Khianat Parti Islam mesra @dapmalaysia oleh @ayathelme diterbitkan pada hari Kamis bersamaan 25 hb Jun 2015 / 8 Ramadan 1436 Hijrah. 

Dalam entri tu, penulis nya menyebutkan menemui fakta pengakuan daripada Abdullah CD dalam buku syok sendiri malaon tu yang berbunyi:-
"Pada tahun 1985, pihak kerajaan bertindak nekad menembak mati 14 orang umat Islam di Kampung Memali Kedah."
"Ibrahim Libya yang memimpin sekolah agama di situ adalah antara syuhada yang ditembak mati oleh pihak pemerintah."
"Ibrahim adalah kader Paperi yang mengembangkan gerakan agama progresif di bawah PAS."
Paperi ialah singkatan kepada Parti Persaudaraan Islam yang ditubuhkan oleh Abdullah CD pada 20 Ogos 1965. Paperi ialah parti yang bawa fahaman Progresif Sosialis Religus. Untuk pengetahuan umum sekelian pembaca, gerakan-gerakan radikal kiri aliran agama sebelum merdeka kebanyakkannya bertunjangkan kepada fahaman Progresif  yang cenderung kepada Sosialis Religus. 

Bila kita teliti & kaji betul-betul semua pergerakan politikal pada masakini, semua nya copycat pergerakan dalam tempoh 10 tahun sebelum merdeka. Segala taktik dan strategi terdahulu digunakan kembali bila kerajaan yang diterajui UMNO dalam BN memperkenalkan Polisi Keterbukaan & Liberalisasi akibat tekanan politikal mendiang dapigs, pkr & PAS yang kini sudah terkubur pada 16hb Jun 2015. 

Penulis artikel berkenaan mengusulkan satu perkara yang amat menarik. Yakni adakah calun-calun parti progresif tajaan dapigs nanti akan mendapat tempat & peluang yang sama dengan calon-calon caubinis dapigs yang lain? 

Mampukah calon-calon PASMA nanti di bawah parti progresif berkenaan menarik undi daripada para penyokong PAS tegar yang lain? 

Namun ambe menyeru semua Melayu Pribumi yang masih Original agar menolak sahaja semua calun-calun PASMA ne. kalau boleh dan mampu, jika bertemu dengan mereka, tolong nasehatkan mereka agar tinggalkan pekerjaan sia-sia mereka tu. 

Melayu Pribumi perlu amik perhatian mengenai cara amalan politikus zombi dari kalangan Melayu Non-Ori. sebabnya, cara mereka tu amat merbahaya dan mengancam kepentingan Melayu Pribumi. Kita perlu tahu susur galur keturunan seseorang calon yang bertanding samada bagi kerusi DUN & Parlimen atau jawtaan dalam mana-mana peringkat parti politik. 

Ukuran kita selaku Melayu Pribumi mudah, bilamana bilangan Melayu Pribumi itu kurang dari 2/3 dari jumlah pemegang jawatan dalam mana-mana parti politik, kita tolak mentah-mentah je. 

Kita selaku Melayu Pribumi Original perlu tetapkan Piawaian kita seperti ini :-

a. bilangan ahli < 2/3 Melayu Pribumi Ori, kita rejek terus 

b. bilangan pemegang jawatan tertingi < 2/3 Melayu Pribumi Ori, kita rejek jugak 

c. bilangan pemegang jawatan di peringkat bawaha < 2/3 Melayu Pribumi Ori kita rejek

d. bilangan calon-calon bagi kerusi DUN / Parlimen < 2/3 Melayu Pribumi Ori, pun kita rejek juga bagi mana-mana parti yang bertanding.

Kita selaku Melayu Pribumi Ori perlu tegas dan jelas dalam perkara pemilihan kita kepada mana-mana pertubuhan dan organisasi politik di Malaysia. Kita dah tak boleh ambil mudah perkara ini. 

Sebabnya, setiapkali berlaku persengketaan sesama politikus, mereka heret kita dalam kancah sengketa mereka dan gunakan alasan 'Kepentingan & Survival Politik, Sosial & Ekonomi Melayu' Harkk ptuihhh ! 

Sedangkan yang mereka perjuangkan ialah memenuhi poket-poket mereka sendiri dan mereka tak peduli pun pasal kepentingan Politik, Sosial & Ekonomi Melayu Pribumi. Itu alasan yang mereka gunakan untuk dapatkan sokongan dan undi kita sahaja. 

Anda yang mengaku Melayu Pribumi Ori perlu semak semula jalur dan silsilah keluarga korang. Tengok sejauhmana korang boleh rungkai dan capai jalur keturunan kamu sendiri. Buatlah Solat hajat & Solat Istikharah sampai ketemu jurai & jalur keturunan anda baik dari sebelah bapa dan dari sebelah ibu. Jangan main hantam keromo saja dalam pengakuan keturunan. 

Akibatnya, amat buruk kepada kita sendiri dan kepada Melayu Pribumi Ori yang lain. Tengok lah sekarang neyh, pabila terlalu ramai Melayu Non-Ori berada di puncak kekuasaan, abis semua jadi kalut dan caca marba urusan Melayu Pribumi dengan kaum-kaum lain. Camana negara nak selamat dan aman sentosa kalu begitu? 

Negara ini dah tak boleh nak impot ramai-ramai warga luar negara beri pekerjaan. Manakala peluang pekerjaan bagi Melayu pribumi plak dibekukan dalam perkhidmatan awam. 

Melayu Pribumi nak berniaga pun kena sita. Dah tu Melayu Pribumi nak cari peluang pekerjaan kat mana pulop? 

Banyak jugak sekarang neyh polisi-polisi yang kurang jelas berkenaan kepentingan Melayu Pribumi Ori. 

Selama 58 tahun merdeka, Melayu Non-Ori banyak menumpang tui Melayu pribumi Ori yang tamik sikap tak kesah. Tapi bilamana kedudukan mereka menjadi lebih baik, Melayu Non-Ori pulok buat tak kesah terhadap Melayu Pribumi Ori. Ada ka patut?

Tok nenek moyang kita dulu dah beri tempat berteduh dan keizinan untuk semua kaum yang ada pada hari neyh menumpang segala benda di Tanah Mengandung ini. Alih-alih bila mereka semakin berkuasa, kita plak nak diketepikan dan disingkir camtu sahaja. 

Nak Ubah ? Sori ler, Melayu Pribumi takkan benarkan sebarang pemungkiran janji & sumpah setia berlaku lagi dah. Kita takkan beramok. Tapi kita akan tuntut hak-hak serta janji-janji sumpah setia dulu-dulu daripada semua politikus yang ada. Siapa yang melawan akan menanggung sendiri akibat perbuatan & tindakan mereka itu. Sapa yang ikut setia, mereka terselamat. 

Kita Melayu Pribumi tetap dengan cara kita

Hak Kita, Hak Kita
Hak Orang, Hak Orang
Hak Orang Kita tak nak
Hak Kita jangan lagi diberi kepada orang.

Khamis, 25 Jun 2015

OOPS ANNUAR MUSA & MARA PLAK DI TEMBAK SELEPAS FITNAH ADU DOMBA 1MDB GAGAL.


BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR, 

Selepas fitnah adu domba ke atas 1MDB & THP digagalkan oleh penahanan Xavier Andre Justo oleh pihak berkuasa Thai, tak semena-mena akibat dari sebuah penulisan pojok dari sebuah media asing di Australia, MARA dan Tan Sri Annuar Musa pulak kena tembak dek pepuak arwah pengadu domba. 

Belum apa-apa, stetmen Tan Sri Annuar Musa di putarbelitkan oleh media penyambut pengadu domba. Sedangkan, isu yang muncul pun tidak dapat disahkan samada benar atau salah. Tapi biasanya dalam sebarang isu politikal , ianya tak benar samasekali lah cam Paranoia 1MDB, TRX & THP haritu. 

Puak Maikemud ada menyiarkan dan menerbitkan berkenaan penjelasan TS Annuar Musa berkenaan isu politikal adu domba sesama sendiri itu. Jawapan TS Annuar Musa mudah, apa yang beliau maksudkan ialah pembelian yang dijadikan isu itu mengikut prosedur. 

Beliau menafikan tafsiran menyeleweng yang diberikan kepada stetmen beliau sebelum itu yang membabitkan DS Najib. Beliau kata, apa yang beliau tuturkan ialah pembelian itu mengikut prosedur melalui semua agensi yang dipengerusikan oleh DS Najib bukannya bermaksud ada campurtangan dan hanki panki daripada DS Najib seperti yang sengaja disalah tafsirkan oleh media luar negeri dan media pengadu domba. 

Ambe tulis artikel ini pun sebab ambe atas tanggungjawab dan amanah memerangi sebarang bentuk fitnah adu domba ke atas sebarang organisasi yang menjaga kepentingan Melayu Pribumi. 

Ambe mempersoalkan motif dan niat jahat yang timbul menyerang MARA dengan menggunakan Frontal Attack ke atas urusniaga hartanah di Australia. Seperti biasa, tiada sebarang bukti dan dokumen dikemukakan. Jika ianya ada dikemukakan, sudah pasti ianya sudah didoktorkan mengikut agenda adu domba pengadu domba. 

Kalao iya pun pengadu domba amat bencikan DS Najib, kenapa mereka babitkan dan serang MARA? Hoi dah takde institusi lain ke nak di serang? Sebagai contoh LADA, PROTON dan PERWAJA? 

Itu belum lagi pasal ke mana hilangnya RM50 biliyun FOREX dan RM50 biliyun unit saham Amanah Melayu Pribumi/ Bumiputera dulu.

Ambe paling nyampah dengan sikap pengadu domba ialah bila mereka kantoi dalam satu fitnah adu domba mereka akan cetuskan pula adu domba lain dan babitkan kepentingan Melayu Pribumi. Caittt Podaaahhhh ! 

Selaku Melayu Pribumi, ambe pun nak tahu gak neyh apa jadi kepada semua Agenda DEB masa arwah Tun M jadi PM dulu? Kenapa Melayu Pribumi seramai 16 juta orang masih lagi terkontang-kanting mencari nafkah dan rezeki?  

Dan kenapa selepas 22 tahun arwah Tun M perintah, hanya anak beranaknya berserta kroni nya sahaja yang kaya-raya? Ambe nak tahu gak lah sebab penat weh nak defend arwah Tun M ni dulu sepanjang tahun 2008-2015 sebelum arwah tiba-tiba serang sesama sendiri. 

Kita gak nak tahu apakah punca sebenar arwah Tun memansuhkan imuniti Raja-raja serta mengambil jalan drastik membiarkan UMNO LAMA diharamkan pada masa beliau jadi Presiden UMNO dolu. 

Melayu Pribumi jugak nak tahu kenapa sekelian pawang-gemawang beliau di panggil mengadap marhum Pawang DiRaja Jelebu Mubin pada suatu ketika dulu? 

Melayu Pribumi jugak nak tahu lah dari mana arwah Tun M dapat genetik Hidung Belatuknya tu. Setahu kami, keturunan asal-asli Melayu Pribumi hidung mancung tapi takde yang belatuk. 

Melayu Pribumi gak nak tahu lah apa sebab segala jejuak & hulubalang tempang kaki arwah Tun M dok serang MARA kepentingan Melayu Pribumi? Kenapa kami Melayu Pribumi di seret dan di heret dalam kancah sengketa arwah Tun M dengan Najib? 

Adakah kerana arwah tun M pun bencikan Budaya Taat Ketua yang kami amalkan dan tak sesuai dengan selera nafsu besar & tamak rakus arwah Tun M ke? 

Kami Melayu Pribumi sapot dan sokong Najib selaku PM dan Presiden UMNO pun jadi salah di mata dan hati arwah Tun M yang Beraja Di Mata Bersultan di Hati seperti pepuak mendiang dapigs dan PKR serta PASMA? 

Kami selaku Melayu Pribumi dengan ini Berkirim Salam kat arwah Tun M bersekali kepada semua jejuak beliau kerana menyerang kepentingan kami dalam MARA dan THP. 

Kami Melayu Pribumi sesungguhnya menolak usaha kartel arwah Tun M membabitkan kepentingan kami dalam MARA & THP. Jangan usik kami sebab kami tak nak campurtangan dalam urusan hawa nafsu kamu wahai arwah Tun M ! 

Kami Melayu Pribumi kekal dengan janji-janji dan wasiat tok nenek moyang kami sebelum merdeka dan semasa merdeka serta selepas merdeka. 

Kamu, arwah Tun M dan sekelian politikus zombi, kalau nak bersengketa sesama sendiri, sila kan lah. Jangan babitkan kami dan kepentingan kami. 

Kami bukan budak-budak suruhan dan hamba abdi kamu wahai arwah Tun M. 

Pesan tok nenek moyang kami dulu kepada kami ialah

Hak Kita Hak Kita
Hak Orang Hak Orang
Hak Orang kami tak mahu
Hak Kita jangan lagi diberi kepada orang. 

Kami Melayu Pribumi pun menolak sekeras-kerasnya amalan budaya politik zombi dari puak PASMA, PAS, PKR dan mendiang DAPIGS. FULLSETOP !

Jangan sesekali nak heret kami dalam kancah sengketa kamu orang. 

Jangan usik kepentingan kami dalam sengketa kamu orang. 

Kamu hukumlah sesama kamu sendiri ikut Hukum Toghut kamu orang. 

Kami berhukum dengan al quraan nuur kariim sahaja. 

Jelas bukan? Kalau masih belum jelas, tok nenek moyang berkirim salam jugak kepada kamu orang. Faham !

Rabu, 24 Jun 2015

PENCETUS PARANOIA 1MDB DI TAHAN POLIS THAI.


BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR !

Gambar di atas gambar malaon yang mencetuskan Paranoia 1MDB selama ini. 

Nama malaon tu Xavier Andre Justo, warganegara Swiss dan bekas pekerja PetroSaudi International Limited. 

Dua tahun lepas, malaon tu di pecat oleh majikannya. Selepas di pecat, malaon tu pun setat kegiatan peras ugut terhadap bekas majikannya. Malaon tu ugut nak bocorkan maklumat dan dokumen-dokumen urusniaga sensitif yang malaon tu dakwa di curi oleh beliau. Nak tahu berapa jumlah yang malaon tu peras ugut? 

Malaon tu peras ugut 2.5 juta Swiss franc (RM10 juta) , p.s. nkorang yang paranoid pasal 1MDB dapat apa? Malaon tu buat sebab nak peras ugut bekas majikannya. So nampak tak betapa nkorang yang mainkan isu fitnah pasal 1MDB kena fuck dek Mat Salleh pemeras ugut tu? Tak ke korang rasa bongok sekarang? 

Dikatakan , segala maklumat dan dokumen yang dibocorkan oleh malaon tu melalui emel dan sebagainya, dah di pinda oleh pengguna maklumat cam Sarawak Report. 

Sebab itu dari awal ambe dah kata, paranoia pasal 1MDB ni sebenarnya suatu pembohongan & penipuan semata-mata. 

Berikut adalah petikan laporan penangkapan malaon tu:-

Polis Thailand telah memberkas seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan memeras ugut syarikat tersebut.
Demikian yang dipetik oleh media Thailand.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang memberitahu wartawan, polis Divisyen Jenayah Pemaksaan telah menahan XAVIER ANDRE JUSTO, seorang warganegara Switzerland ekoran waran penangkapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan.
Polis turut menggeledah rumahnya, merampas komputer serta beberapa peralatan yang mereka percayai, telah digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.
Menurut Polis Thailand, Justo yang melarikan diri ke Thailand merupakan bekas eksekutif di PetroSaudi. Syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas, tetapi sangat dikenali dan mempunyai kaitan dengan Malaysia ekoran pelaburan syarikat tersebut dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dua tahun selepas dia dipecat dari syarikat berkenaan, Justo didakwa cuba mengugut dan memeras PetroSaudi sekurang-kurangnya 2.5 juta Swiss Franc (lebih kurang RM10 juta). Justo mengugut untuk menyebarkan maklumat-maklumat perniagaan sulit, yang didakwanya dicuri dari syarikat sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.
Ugutan dan peras ugut itu menyebabkan beberapa e-mel dan dokumen muncul di blog bermotifkan politik, Sarawak Report, sekaligus mencetuskan gelombang besar tuduhan demi tuduhan ke atas 1MDB.
Kesemua e-mel dan dokumen yang telah disiarkan oleh blog tersebut telah DIPINDA, sekaligus mewujudkan kesangsian atas kesemua tuduhan yang dilemparkan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Riyadh, PetroSaudi berkata, mereka amat mengalu-alukan penangkapan Justo dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand.
PetroSaudi juga berkata, mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas lelaki berkenaa.
"Kami lega Justo akan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami telah menjadi mangsa kepada jenayah yang kemudiannya telah dipolitikkan di Malaysia," jurucakap PetroSaudi dilaporkan sebagai berkata. "Kami gembira kerana akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana masalah yang ditimbulkan oleh salah seorang bekas pekerja kami yang haloba."
SUMBER NST ONLINE
baca juga THE MALAYSIAN INSIDER yang tidak menyebut langsung tentang e-mel dan dokumen yang dipinda oleh Sarawak Report.
Saman-menyaman sibil tak main lar, kita terus tangkap je malaon-malaon yang bertanggungjawab.

Najib masih lagi PM & Presiden UMNO serta mendiang PR masih dalam jirat dan arwah Tun M masih lagi mantan ketika artikel ini di tulis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...