Ahad, 29 September 2013

SPAD: Persidangan Antarabangsa Ke 3 Sistem Rel Asia @SPADChannel.

Pada 1hb-3hb Ogos ini telah berlangsung Persidangan Antarabangsa Rel Asia ke 3 di Kuala-Lumpur. Kita berpeluang mendengar dan meneliti kertas-kertas kerja yang dibentangkan nanti. Satu peluang yang amat bak buat mana-mana rakyat yang ingin tahu mengenai perkhidmatan rel. Pakar dan pegawai-pegawai tinggi dari luar negara seperti, Jepun, USA, Sri Lanka, Thailand, Korea dan Filipina akan membentangkan pelbagai aspek mengenai perkhidmatan rel. 

DiMalaysia, dibawah bidangkuasa SPAD, perkhidmatan rel seperti LRT, Monorel dan Komuter memang mendapat sambutan daripada rakyat. Manakala projek MRT dan keretapi laju ke Singapura pula sedang dilaksanakan. Waima kedua projek tersebut mendapat kritikan dari dalam dan luar, tapi respons daripada rakyat kebanyakan adalah positif. Majoriti berpendapat kedua projek tersebut mampu membawa manafaat besar kepada rakyat dimasakini dan dimasadepan dan mampu mengatasi masalah kesesakan lalulintas diwaktu puncak. 

Sebelum ini, pada 10hb September 2013, Pengerusi SPAD merasmikan Bisnes Rel Asia 2013, di Kuala Lumpur. Antara tetamu kehormat ialah Y.A.B Perdana Menteri. Ianya satu 'strategic event' bagi menyampaikan maklumat mengenai 'marketing insights', pembangunan projek dan inovasi di antara pihak swasta dengan agensi kerajaan dalam perkhidmatan dan bisnes rel. 

Pada kali ini pula, persidangan mengenai semua aspek perkhidmatan dan bisnes rel di Asia. Nampaknya, kerajaan dan SPAD amat serius dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan bisnes rel sebagai pengangkutan awam yang efektif dan cekap serta mudah diakses oleh rakyat. Malah, sebelum ini, SPAD juga menyokong dan membantu Sistem e-Tiket yang dilaksanakan oleh perkhidmatan bas KLIA. 

Segala usaha-usaha untuk mencelikkan rakyat dan pihak swasta mengenai kepentingan dan potensi besar perkhidmatan rel membuktikan kerajaan cakap serupa bikin. Satu janji ditepati. Program mempertingkatkan perkhidmatan rel bukan satu janji kosong. Ianya benar-benar dilaksanakan melalui SPAD. Memanglah setiap usaha itu kita kena bersabar untuk melihat hasilnya. Namun, hasilnya boleh dijangka melalui komitmen bersungguh-sungguh melalui usaha-usaha yang dibuat. SPAD bukanlah satu badan yang ditubuhkan untuk bersandiwara. Ianya ditubuhkan untuk buat kerja dan itulah SPAD lakukan, yakni Buat Kerja bersungguh-sungguh.

Tunggulah artikel-artikel mengenai perkembangan persidangan itu nanti. Macam-macam ada bagi menambah pengetahuan untuk mencelikkan kita mengenai peri pentingnya perkhidmatan rel dimasadepan. Kerana penggunaan tanah pun semakin terhad untuk membina lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan baru. 

SPAD: Patuhi Had Laju Pengusaha Bas Dan Lori Diberi Amaran @SPADChannel

Kematian akibat kemalangan jalanraya di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada punca kematian di Malaysia. Lebih ramai nyawa rakyat Malaysia terkorban didalam kemalangan berbanding dengan punca-punca lain. Salah satu punca utama kemalangan maut ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sudah banyak nasihat dan teguran diberikan. Namun kedegilan mengatasi segala-galanya.

Terkini, SPAD sekali lagi mengeluarkan Amaran kepada pengusaha bas dan lori agar mematuhi had laju. Sejak 2010, bas persiaran dan bas ekspres dilengkapi dengan sistem GPS (Global Positioning System).
Pemasangan GPS merupakan syarat perlesenan. Ini bagi memudahkan pemantauan pengendali bas dan SPAD memantau pergerakan mana-mana bas dari satu lokasi ke satu lokasi. Pemantauan dibuat atas aspek keselamatan termasuk perlanggaran had laju. 

SPAD telahpun menguatkuasakan SPAD ICOP (Industrial Code Of Practice)- menitikberatkan keselamatan dari aspek pematuhan had laju, yang merupakan agenda keselamatan yang paling kritikal. Pada hemat ambe, bas dan lori bukan mudah dikendalikan jika dipandu terlalu laju kerana muatan yang mereka bawa. Secekap manapun pemandu, bas dan lori yang membawa muatan tidak mudah dikawal bila berada dalam momentum kelajuan tinggi. Dan impak pertembungan akibat kelajuan tinggi sungguh mengerikan!

SPAD tidak akan teragak-agak dan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan drastik dan tegas keatas pengendali dan pemandu kerana kesalahan perlanggaran had laju. Kerjasama dengan PDRM dan JPJ akan memudahkan SPAD untuk mengesan dan menghukum mereka yang melanggar had kelajuan. Dalam hal ini, SPAD akan mengambil tindakan menggantung lesen pengendali dibawah seksyen 27,45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, bila dibuktikan kesalahan perlanggaran had laju berlaku. Pekeliling mengenai perkara ini telah berkuatkuasa pada 20hb Ogos 2013 dan menjadikan pematuhan had laju sebagai Syarat Wajib Lesen Pengendali. 

Kita selaku pengguna dan rakyat pula, berharap benarlah, agar pengendali bas dan pengusaha lori serta para pemandu mereka mematuhi had laju. Lori dan bas bersaiz besar. Saiz besar lebih banyak menyimpan tenaga kinetik bila berada dalam kelajuan tinggi.Ini memberikan impak hentaman jauh lebih merbahaya bila berlaku perlanggaran akibat kelajuan yang tidak dapat dikawal. Memang ngeri bila melihat lori dan bas yang dipandu laju memotong dan melintas disisi kereta yang saiznya lebih kecil berbanding bas dan lori. Pusat graviti bas dan lori pun jauh lebih kecil kerana saiz yang besar. Oleh itu, lebih selamat bilamana pemandu dan pengendali bas dan lori mementingkan aspek keselamatan dari keuntungan semata-mata. Nyawa tak boleh dibeli dipasaraya. Kerugian perniagaan masih boleh diganti.

Selasa, 24 September 2013

Mitos Tarikh Kematian Bangkai Chin Peng-Zi


Di petik dari posting Waris Empat Bersaudara difesbuk:- 

 "Nik Azlina Nik Osman: No. 169 dari ilmu chinese numerology... 1 bermakna initiative, permulaan baru dlm apa perjuangan, berusaha demi kejayaan. The strength of the no. is to create new realities according to ones beliefs and thoughts. No. 6 bermaksud keupayaan dan kestabilan serta tanggungjwb kpd org sekeliling dan no. 9 ialah penamat kpd segala perjuangan...the ultimate achievement! Jadi 169 secara simboliknya adalah seruan utk bertindak dan mencapai kejayaan...

Nik Azlina Nik Osman: Secara senang, elok kita lihat tarikh mati chin peng yg jadi issue ni sebgai salah satu tujuan berniat jahat utk mengenang chin peng setiap tahun bila kita menyambut Hari Malaysia...Dah padam pun menyusahkan lagi kan? "

Si bangkai tu mampos di Bangkok. Dari awal ambe merasa was-was mengenai tarikh mampos si bangkai tu. Ramai yang mengatakan si bangkai tu mampos lebih awal dari 19hb September 2013. Dan kemamposan si bangkai sengaja dilaporkan pada 16hb September (169) kerana ada maksud dan tujuan jahat disebaliknya. 

Ambe amat bersetuju dengan pandangan dan penjelasan daripada Nik Azlina diatas. MUSTAHIL BANGKAI CHIN PING-ZI MAMPOS PADA 16HB SEPTEMBER 2013!Bangkai itu ada kemungkinan besar MAMPOS LEBIH AWAL DARI 16HB SEPTEMBER 2013. Dengan itu, sepertimana perancangan puak pro komunis yang anti UMNO/BN ada alasan untuk menyambut Hari Alternatif kepada Hari Malaysia pada setiap 16hb September setiap tahun!

Pada hemat ambe, tarikh mampos si bangkai pada 16hb September 2013 adalah SUATU MITOS YANG SENGAJA DICIPTA!


Isnin, 23 September 2013

DAP-PAS TEMPAH BILIK NERAKA DENGAN PKR. - Dulu Harakah Yang Kata




Petikan daripada Harakah sebelum wujudnya Tahaluf Siyasi 'Menempah Bilik Neraka'. Ada juga terselit berita mengenai 'MAT SABU HANYA BERKHALWAT'. Oleh itu, ambe lepaskan kepada imaginasi para pembaca sekelian untuk menilai, dimanakah kejujuran DAP PKR PAS dalam Tahaluf Siyasi mereka. Dan arahtuju sebenar mereka bertiga. Tak dinafikan, mereka bertiga memang menolak ISLAM dan mempersendakan ISLAM serta memperbodohkan Rakyat. 


Sabtu, 21 September 2013

Azalina Utamakan Kepentingan Agama Bangsa Dan Negara & Ketepikan Kepentingan Diri.

KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013

1.  Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.

2.  Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan  sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul  bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.

3.  UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

4.  Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang.  Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli-ahli UMNO, bangsa, Negara dan Agama. 

5,  Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat  Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada  beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang (P157)

Akhirnya, segala persoalan mengenai Dato Azalina Othman Said didalam PAU, terjawab. Dan amat perlulah, Kak Ijat menunaikan janji-janjinya. Terbukti Dato Azalina Othman Said bukan seorang yang gilakan kuasa dan jawatan. Sanggup berkorban demi keutuhan parti dan mendahulukan perpaduan ahli serta Hak Orang Melayu.  

“Umno adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu,” kata Azalina.

Beliau yakin pengalamannya sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal berturut-turut, pernah menjadi Menteri kabinet, pernah menjawat Naib Presiden, pernah menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, mampu digunakan untuk berbakti dan berkhidmat kepada parti, ahli-ahli UMNO, agama, bangsa dan negara.

Beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Dan memilih untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Inilah pemimpin yang kita perlukan. Sanggup ketepikan kepentingan diri, tidak tamak jawatan dan kuasa. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda daripadanya. 

Jadi, ambe serulah kepada semua 150,000 orang perwakilan yang bakal mengundi, berilah undi anda kepada Dato Aza bagi membolehkan kita mempunyai seorang pemimpin berjiwa besar seperti beliau didalam saf kepimpinan UMNO. 

Ambe respeklah Dato Aza.
Kak Ijat, anda wajib tunaikan janji-janji anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...