Isnin, 16 April 2012

TIAN CHUA MAKIN CUAK BILA MAHASEWEL DAH BLAH DARI DATARAN MEREDEKA.

Dari sumber-sumber yang dipercayai , takkan tak percaya kot sebab hamba sendiri ni tengah terpacak kat Dataran Merdeka, nak mujur lah kat KL ni banyak tempat internet percuma ! Macam seot jek, kena jaga bebudak reriang kat Dataran Merdeka berkhemah, ya la kalau terjadi apa-apa kat bebudak tu, siapa yang susah? Hamba jugak yang susah ... siapa yang malu??? Mereka dan keluarga mereka yang malu (cewaaahhh) Depa pun dah fedup sebab kerja bodoh depa tak dapat sambutan. Tian Chua punya lah bengang sebab duit dah banyak habis beli khemah dan lilin serta ubat nyamuk beri kat bebudak reriang tur. Bukan sikit duit wooo menyamai 5 bulan payment ansuran kereta mercedesnya. Puas hati gak tengok Tian Chua mengamok-ngamok kat Dataran Merdeka. Terlintas di benak fikiran, Tian Chua ni bila mengamok tak ubah macam yang dok dalam kandang di Zoo Negara ... yang mana satu ???  yang suka bergayut kat Ranting dan Cabang pokok ler.Patutlah dulu Tian Chua ni suka gigit sana gigit sini. Tolol jugak Tian Chua nie kan sebab beri duit kat bebudak Melayu suruh berkhemah. Kalau beri duit tu suruh depa bayar hutang PTPTN lagi bagus kan. Itu lah bengongnya pemimpin PKR nie. 
Hamba nak gelak bila Dr Novandri terbitkan beberapa gambar yang telah di edit tulisan-tulisan yang sepatutnya diperjuangkan bebudak reriang. Nak tengok ? Jom tengok kat bawah ini , 

 
 


 Perlembagaan menjamin HAK BERHIMPUN SECARA AMAN
dan
bukan HAK BERKHEMAH DI TEMPAT AWAM, NGOK
Abang pendek kena belajar lagi perundangan negara.
Lainkali abang pendek juga kena belajar menghormati Penjawat Awam yang menjalankan tugas.

Abang Pendek juga kena belajar Kesopanan dan Kesusilaan.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

RM300 BILION NILAI PENIPUAN 3 JANJI PALSU.

JANJI MANISMU dendangan Aisah penyanyi yang kini 'menjumpai hidayah' dalam PAS. Kat tempat lain beliau tak menjumpainya,  Antara bakat terpendam dan semulajadi yang amat menyerlah pada pemimpin PR Drakula ialah sifat LELAKI BUAYA. Kemahiran dan kepakran mereka ialah membuat jani-janji manis yang mempesonakan. Di antara janji-janji manis mempersonakan ialah (1) Penghapusan PTPTN & Pendidikan Percuma; (2) Penghapusan Tol; (3) Penambahan subsidi minyak & royalti minyak kepada Kelantan, Sabah & Sarawak dari 5% ke 20%. Adakah ianya mampu dilaksanakan dalam hakikat sekarang dan di masa depan?

Menurut rakan bloger Badut Rakyat yang menganalisanya melalui ucapan YB PM di Batu Pahat tempoh hari, hakikat yang ada pada hari ini tidak memungkinkan 3 janji palsu itu mampu tertunai oleh PR Drakula. Pertama, bilangan IPTA dan IPTS berjumlah 500 buah memerlukan perbelanjaan sebanyak RM100 bilion. Hanya dengan mengambil alih semua IPTA dan IPTS yang ada sahaja maka skim pendidikan percuma mampu dilaksanakan. Bilangan mahasiswa pula mengikut statistik 2011berjumlah 90,000 orang (jumlah ini berada di tangga ke 11 tertinggi di dunia). Negara akan kehilangan punca pendapatan sejumlah RM43 billion hasil kitaran ekonomi. PR Drakula tidak pernah menyentuh mengenai penggantian kepada kehilangan punca pendapatan tersebut. Di mana hendak di galang ganti kehilangan RM43 biliion tersebut? Pada masakini kerajaan menampung 90% kos IPTA dan 10% kos pengajian IPTS.

Kedua berkenaan dengan penghapusan tol. Perjanjian konsesi perkhidmatan lebuhraya dengan syarikat pemegang konsesi, memerlukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya syarikat konsesi yang ada. Ini menelan perbelanjaan hampir RM20 billion bagi mengambil alih PLUS yang terdedah kepada UEM dan KWSP. Itu baru satu syarikat konsesi, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat lain? Sedangkan di dalam Buku Jinggay, PR Drakula hanya mahu mengambilalih syarikat konsesi yang membuat keuntungan sahaja.

Ketiga berkenaan dengan subsidi minyak dan penambahan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Sabah & Sarawak. PR Drakula dan Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menyatakan secara terperinci berapakah harga minyak yang hendak diturunkan oleh beliau dan untuk jangkamasa berapa lama. Pada masakini kerajaan menampung subsidi sejumlah RM18 billion untuk subsidi minyak. Manakala bagi pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu Sabah & Sarawak sudah mencecah RM10 billion. Ini di tambah lagi dengan pembayaran wajib bantuan kepada negeri-negeri tersebut di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Bagi menampung pengurangan harga minyak dalam julat RM0.10 - RM0.30 se-liter, jumlah subsidi yang terpaksa di tanggung mencecah RM22 billion setahun dan peningkatan pembayaran sejumlah RM20 billion setahun jika royalti minyak dinaikkan dari 5% ke 20% tanpa negeri-negeri berkenaan turut menyumbang kepada kos pengeluaran dan pengurusan.

Sekrang kita jumlah kesemuanya sekali. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum),subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti,RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Haram ini sahaja sebanyak RM 205 billion !!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Anihnya, PR Drakula yang mempunyai akses maklumat mengenai keadaan kewangan negara membutakan sebelah mata mereka mengenai hakikat ini. Jadi kita fikirlah sendiri. Apakah kita mahu mempercayai janji-janji manis PR DRakula yang ternyata mempunyai rekod terburuk di Selangor selepas PRU 12 atau kita belajar menerima hakikat yang sebenarnya? Dimanakah kemampuan PR Drakula untuk melaksanakannya jika mereka pun tak mampu melaksanakannya di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

PR DRAKULA SELANGOR: RUMAH URUT LAGI PENTING DARI 126 KILANG.

Noh Omar : Kerajaan PR Draklua Selangor Memang 'Hopeless' dan 'Helpless' Dalam Menangani Isu Banjir Di Selangor. 

Ronnie Liu mempersalahkan BN kerana tak turunkan RM1 billion kepada JPS untuk tebatan banjir. Boleh percaya ke kata orang yang 'beri percuma 50 biji lori kompektor' kepada kroni beliau? Dah lah pembelian tersebut menggunakan Dana Awam Rakyat Selangor, 50 biji lori kompektor tersebut digunakan hanya untuk kemudahan dan kesenangan kroninya bagi menikmati kehidupan mewah.

Terkini Noh Omar menempelak regim PR Drakula kerana sengaja menggagalkan pelaburan berjumlah RM 3.8 bilion kerana terlalu mempolitikkan isu konsesi perkhidmatan bekalan air bersih di Selangor. 126 kilang menjadi mangsa politik kotor dan keji, suatu tuntutan yang BERSIH 3.0 mahu hapuskan tapi diamalkan oleh regim PR Drakula di mana-mana jua. Noh Omar berkata:

"Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari lepas.

Punca masaalah bermula apabila regim PR Drakula enggan memberikan kerjasama dan mempolitikkan secara terlampau Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Tekanan politik dikenakan ke atas SYABAS sehingga menyebabkan SYABAS menghadapi masaalah membekalkan air bersih kepada projek-projek perumahan di seluruh Selangor.

Menurut Noh Omar, kerajaan Pusat membelanjakan RM600 juta untuk menambah baik beberapa loji rawatan ari bersih bagi menyalurkan bekalan air bersih di Selangor. Tapi regim PR Drakula Selangor masih main cak lempong dan konda-kundi. Memang pundek lah Regim PR Drakula Selangor. ' Hopeless' dan 'Helpless' Regim PR Drakula perlu ingat lah mentadbir sebuah negeri yangterkaya di Malaysia ini bukan macam menguruskan rumah urut maksiat yang semakin berlambak-lambak di Selangor ini.


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

ADAM ADLI AKUI BELIAU TAK KISAH HANCURKAN MASA DEPAN ORANG LAIN.


ORANG BIJAK PANDAI MELAYU pernah berkata, "Kalau Tak Mampu Jadi Lalat , Jangan Jadi Langau"  Dalam klip video di atas, Adam Adli dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak pedulikan apakah nasib dan masa depan sendiri. Kalau dah camtu, dah tentu lah beliau tidak mempedulikan apa-apa nasib dan masa depan orang lain. Diri sendiri tak terjaga macamana nak menjaga dan berjuang untuk kepentingan orang lain. Nampak sangat Adam Adli ni tak boleh pakai punya.Kalau beliau hendak memporak perandakan hidup beliau sendiri biarlah. Tapi bila beliau turut mahu melihat kehidupan orang lain porak peranda itu sudah melampaui batasan.

KEMPEN AMAN KAMPUS yang sedang berlangsung sekarang telah menunjukkan kesan-kesan impak positif. Ramai mahasiswa tidak menyetujui apa yang Adam Adli lakukan. Malah ramai mahasiswa menentang gagasan idea pemansuhan PTPTN. Memandangkan kerajaan sudah menanggung 90% kos pendidikan manakala pendidikan di peringkat rendah dan menengah sudah dimansuhkan yuran pengajian. Hakikatnya, Malaysia sudah menuju dan melaksanakan Pendidikan Percuma walaupun tidak secara 100%. Lagipun pengecualian pembayaran PTPTN membuktikan bahawa Skim PTPTN bukanlah untuk membebankan mana-mana mahasiswa tetapi sebagai pemangkin semangat kepada mereka untuk sentiasa menuju kecemerlangan dalam bidang akademik. Tapi adakah golongan mahasiswa seperti Adam Adli yang menjadi pemalas dan hanya menyibukkan diri dalam politik mampu cemerlang dalam bidang akademik? Sayang seribu kali sayang. Banyak lagi cara untuk mereka berbakti dan menempa nama di dalam negara. Cuma mereka memilih cara yang salah.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...