Isnin, 16 April 2012

RM300 BILION NILAI PENIPUAN 3 JANJI PALSU.

JANJI MANISMU dendangan Aisah penyanyi yang kini 'menjumpai hidayah' dalam PAS. Kat tempat lain beliau tak menjumpainya,  Antara bakat terpendam dan semulajadi yang amat menyerlah pada pemimpin PR Drakula ialah sifat LELAKI BUAYA. Kemahiran dan kepakran mereka ialah membuat jani-janji manis yang mempesonakan. Di antara janji-janji manis mempersonakan ialah (1) Penghapusan PTPTN & Pendidikan Percuma; (2) Penghapusan Tol; (3) Penambahan subsidi minyak & royalti minyak kepada Kelantan, Sabah & Sarawak dari 5% ke 20%. Adakah ianya mampu dilaksanakan dalam hakikat sekarang dan di masa depan?

Menurut rakan bloger Badut Rakyat yang menganalisanya melalui ucapan YB PM di Batu Pahat tempoh hari, hakikat yang ada pada hari ini tidak memungkinkan 3 janji palsu itu mampu tertunai oleh PR Drakula. Pertama, bilangan IPTA dan IPTS berjumlah 500 buah memerlukan perbelanjaan sebanyak RM100 bilion. Hanya dengan mengambil alih semua IPTA dan IPTS yang ada sahaja maka skim pendidikan percuma mampu dilaksanakan. Bilangan mahasiswa pula mengikut statistik 2011berjumlah 90,000 orang (jumlah ini berada di tangga ke 11 tertinggi di dunia). Negara akan kehilangan punca pendapatan sejumlah RM43 billion hasil kitaran ekonomi. PR Drakula tidak pernah menyentuh mengenai penggantian kepada kehilangan punca pendapatan tersebut. Di mana hendak di galang ganti kehilangan RM43 biliion tersebut? Pada masakini kerajaan menampung 90% kos IPTA dan 10% kos pengajian IPTS.

Kedua berkenaan dengan penghapusan tol. Perjanjian konsesi perkhidmatan lebuhraya dengan syarikat pemegang konsesi, memerlukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya syarikat konsesi yang ada. Ini menelan perbelanjaan hampir RM20 billion bagi mengambil alih PLUS yang terdedah kepada UEM dan KWSP. Itu baru satu syarikat konsesi, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat lain? Sedangkan di dalam Buku Jinggay, PR Drakula hanya mahu mengambilalih syarikat konsesi yang membuat keuntungan sahaja.

Ketiga berkenaan dengan subsidi minyak dan penambahan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Sabah & Sarawak. PR Drakula dan Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menyatakan secara terperinci berapakah harga minyak yang hendak diturunkan oleh beliau dan untuk jangkamasa berapa lama. Pada masakini kerajaan menampung subsidi sejumlah RM18 billion untuk subsidi minyak. Manakala bagi pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu Sabah & Sarawak sudah mencecah RM10 billion. Ini di tambah lagi dengan pembayaran wajib bantuan kepada negeri-negeri tersebut di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Bagi menampung pengurangan harga minyak dalam julat RM0.10 - RM0.30 se-liter, jumlah subsidi yang terpaksa di tanggung mencecah RM22 billion setahun dan peningkatan pembayaran sejumlah RM20 billion setahun jika royalti minyak dinaikkan dari 5% ke 20% tanpa negeri-negeri berkenaan turut menyumbang kepada kos pengeluaran dan pengurusan.

Sekrang kita jumlah kesemuanya sekali. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum),subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti,RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Haram ini sahaja sebanyak RM 205 billion !!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Anihnya, PR Drakula yang mempunyai akses maklumat mengenai keadaan kewangan negara membutakan sebelah mata mereka mengenai hakikat ini. Jadi kita fikirlah sendiri. Apakah kita mahu mempercayai janji-janji manis PR DRakula yang ternyata mempunyai rekod terburuk di Selangor selepas PRU 12 atau kita belajar menerima hakikat yang sebenarnya? Dimanakah kemampuan PR Drakula untuk melaksanakannya jika mereka pun tak mampu melaksanakannya di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...