Ahad, 18 Mac 2012

PEMIMPIN PKR MEMANG TELUS KALAU ANDA BERI USD10 JUTA.

 

Kalau dalam dunia orang jahat, Al Capone adalah yang terbaik. Maklumlah beliau cuma kantoi kerana tak bayar cukai pendapatan. Kalau dalam dunia politik telus bersih tanpa rasuah, pemimpin PKR paling terkehadapan dengan syarat anda perlu membayar harga 'ketelusan' dan 'Tanpa Rasuah' tersebut sejumlah USD 10 juta! Memanglah MAHAL ! Apa anda ingat murah ke harga 'Ketelusan' dan 'Tanpa Rasuah' pemimpin PKR?  Jangan anda fikir ada diskaun. Anda tak layak ! Yang murah bagi pemimpin PKR adalah 'janji' dusta, fitnah, bohong dan gaji Penasihat Ekonomi Selangor. Yang lain mahal beb ! Kalau setakat AIR PERCUMA BERSUBSIDI apa ada hal ... meter air masih lagi ada. Yang percuma dalam bab AIR ini bagi pemimpin PKR ialah AIR LIUR BASI dan AIR .. ehem ehem ehem sampai boleh di tabur hingga ke rektum mangsa ehem ehem ehem si anu ... anu ... takkan tak kenal kot? ANU-gerah T panggilan manja bini nombor satu beliau. 'Bini-bini' lain jangan nak jeles plak.  Kembali kepada cerita harga sebuah 'Ketelusan' dan 'Tanpa Rasuah' amalan kempinpinan PKR , berikut adalah pendedahan RPK mengenainya:-
Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan oleh www.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).
Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997.Ianya terbahagi kepada tiga fasa.Fasa pertama telah siap pada tahun 2009.Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.
Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik. Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor.
Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.Setelah diambil alih oleh wakil MB Selangor iaitu Tian Chua,maka bermulalah satu episod baru kepada AASB. Tidak lama selepas itu, dan mungkin setelah mendapat lampu hijau dari Pejabat MB Selangor atau dari ibu pejabat PKR,Tian Chua telah bertemu dengan AASB dan meletakkan syarat-syarat berikut.
AASB diminta mengemukan penyata tuntutan sebanyak RM 70 juta untuk pembinaan pasar dalam fasa pertama dan tuntutan itu AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.
AASB diminta untuk melepaskan fasa kedua serta ketiga dan bayaran RM 70 juta yang AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri termasuk sebagai ganti rugi kerana AASB sedia melepaskan dua fasa berkenaan.
AASB diminta untuk menyerahkan tanah bagi fasa kedua dan ketiga kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan seorang pimpinan PKR.
Daripada jumlah RM 70 juta yang diterima dari AASB, sebanyak USD 10 juta (RM 30 juta) perlu dikembalikan kepada Tian Chua sebagai derma kepada PKR.Mereka nak bayar RM 70 juta, kemudian nak ambil balik tanah dan nak balik wangnya RM 30 juta. Nak bayar dalam RM, nak balik dalam USD.
Sumber Sel13.Com
TERBAEK DARI LADANG LEMBU TENUSU PEJABAT PKR. OH YA KENAPA DALAM MATAWANG DOLLAR AMERIKA? KALAU RINGGIT MALAYSIA KAT MANA NAK SIMPAN? KALAU DOLLAR AMERIKA KAN SENANG NAK SIMPAN DI LUAR NEGARA. APA, ANDA INGAT PEMIMPIN PKR INI BODOH? PEMIMPIN PKR KAN CERDIK ... CERDIK MENIPO DAN MENERIMA RASUAH.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Sabtu, 17 Mac 2012

HJ HADI KATA ANWAR BEN ISRAEL BIN ZIONIS SALAH & BOLEH BERNIAGA DENGAN ZIM INTERNATIONAL.


Hj Hadi baru belajar spin macam Anwar Ben Israel. Mula-mula petikan lapuran berita mengenainya :-
SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.
Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.
"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.
Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, 
Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."
Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.
Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.
Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.
"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersama harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.
Pulak dah ! Hamboi .... bila dah terdesak dan di desak barulah Presiden PAS bersuara itupun masih belit-belit jugak cam ular kena palu. Israel ini apa pulak Hj Hadi oiii ? Negara Bangsa Yahudi sahaja kah atau Negara Ideologi Zionis? 

Yahudi atau di sebut sebagai Bani Isra'il adalah bangsa. Manakala Zionis ialah ideologi / kepercayaan sesat yang menyembah syaithanirrojim laknatullah. 

ISRAEL adalah sebuah Negara Bangsa Yahudi berpaksi kepada Ideologi ZIONISMA.

ZIM INTERNATIONAL pula adalah sebuah perniagaan bangsa Yahudi yang tak ada kena mengena dengan ZIONISMA.

APCO pula ialah sebuah perniagaan yang takde kena mengena dengan ZIONISMA dan YAHUDI.

Kesimpulannya sekarang ialah isu-isu berbangkit sebelum ini seperti isu kapal ZIM dan APCO WORLWIDE adalah isu-isu ciptaan PKR sahaja. 

Tapi terimakasihlah kepada Presiden PAS Hj Hadi kerana mengakui bahawa polisi UMNO / kerajaan BARISAN NASIONAL selama ini adalah BETUL dan mengikut cara baginda Rasullullah s.a.w. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Jumaat, 16 Mac 2012

BEBASKAN SELANGOR! RAFIZI TERLIWAT SENDIRI & SENARAI NAMA KRONI SAMPAH .

BEBASKAN SELANGOR KITA !
(Rejim Punah Ranah Menjajah Selangor)

Rafizi seperti biasa sudah terkantoi dalam penipuan terbarunya setelah turut terkantoi dalam isu NFCorp. Oh ya .. berkenaan dengan isu NFCorp dan pendakwaan ke atas manusia yang tak bersalah Datuk Mohd Salleh (kesalahan beliau hanya kerana menjadi suami kepada Kak Ijat dan menjadi tokoh korporat Melayu yang amat berjaya) Setelah Melayu PKR menganiayai dan di sokong oleh Melayu-melayu lain yang tak berjaya sebab terlalu bodoh dalam pengurusan perniagaan, dengar khabar ada sahabat Datuk Mohd Salleh seorang tokoh korporat dan jutawan dari Asia Tengah bakal membantu beliau.Jika ianya benar maka Alhamdu-Lillah-hir-Robbil-alamiin. Begitulah Allah Maha Besar membantu dan menolong hamba-hamba-Nya yang dizalimi dan dianiayai. Doa mereka tidak terhijab.

 

Kembali kepada cerita Rafizi. Fitnah beliau mengenai majlis pertunangan anak perempuan DS Najib ternyata menyebabkan Rafizi semakin terdesak.Dalam klip video di bawah ini kelihatan Rafizi merepek-repek tak tentu hala. Walaupun nampak Mak Lempira Zuraida bergentayangan di sampingnya. Kamonlah. Dokumen sebutharga hendak dijadikan bahan bukti dan pencetus isu? Nampak sangat tak profesional Rafizi ini. Welaweh, dimanakah resit pembayaran?

Kenapa Rafizi melompat dari satu persoalan kepada persoalan lain semata-mata hendak menyesuaikan dengan kekantolan fitnah mega beliau? Meh kita ajukan soalan berikut kepada Rafizi ... Dimanakah Resit Pembayaran? Tak payah lah Rafizi nak berdolak dalih dengan meletakkan beban pembuktian kepada DS Najib yang difitnahnya. Tak masuk akal.Pihak yang memfitnah mintak pembuktian daripada pihak yang di fitnah. Ada patut ke?

CASSA (Consumer Association of Subang and Shah Alam) telah mengeluarkan senarai nama kontraktor pengutip sampah. Kroni dan sekutu kuat Regim Punah Ranah ler. 

CASSA akan membuat siri ceramah mendedahkan penyelewengan pentaulihan kontrak mengutip sampah di Selangor. Amalan menjadi darah daging puak Rejim Punah Ranah di Selangor. CASSA menamakan ianya sebagai 'OPS PERANG RASUAH'.

Sampai bila la Rejim Punah Ranah hendak memperbodohkan rakyat Selangor? Cukuplah tiga tahun! Jom BEBASKAN SELANGOR KITA!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

BEBASKAN SELANGOR!: CARA KHALID G SAPU PASIR.

Khalid G jadi menteri besar Selangor pada 2008.
Perkara yang pertama beliau lakukan ialah mengambilalih sepenuhnya portfolio tanah.
Kemudian beliau tubuhkan KSSB untuk monopoli pasir 
beliau menjual janji kepada Kdymm Sultan Selangor dengan hasil RM150 juta setahun dari pasir 
tak sampai 9 bulan selepas itu Khalid G umumkan bonus sejumlah RM82 ribu kepada pengarah eksekutif KSSB.
KSSB baru buat untung sebelum cukai sejumlah RM10 juta pandai kan Khalid G 

Kalau hasil pasir cecah rm150 Juta agak gak berapa pengarah eksekutif KSSB dapat bonus?
Memang cekap PKR dalam bab merompk DUIT HASIL NEGERI SELANGOR.

X-KLUSIF ! PENDEDAHAN DOKUMEN SULIT PKR MODUS FITNAH MEGA. AWAS PEMIMPIN BN !!!

 
Dokumen Sulit Atas Meja Anwar Ibrahim

 
Antara Modus Fitnah-fitnah Mega Terancang PKR Ke Atas Barisan Nasional.

Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen diatas merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar diatas kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.

Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.

baca seterusnya di sini PAPAGOMO.

KOMEN JS:  Regim Punah Ranah memang beriya benar hendak menjatuhkan dan menghapuskan BARISAN NASIONAL dengan apa cara sekalipun. Sikap agresif dan provokatif mereka amat terserlah di dalam segala isu-isu fitnah mega yang dibangkitkan oleh mereka. Pendedahaan UMNO Selangor mengenai Manual Kempen Pilihanraya yang disediakan oleh ngo tajaan proksi pro regim Zionis iaitu NDI terbukti adalah benar. Manual tersebut di buat khusus untuk Regim Punah Ranah. Segala kursus dan pembelajaran mengenainya diadakan di Jakarta Indonesia. Lihat gambar di bawah ini. 

 

Kesungguhan dan komitmen yang amat mantap dan tinggi diperlukan bagi menewaskan Regim Punah Ranah ini. Bersikap keras dan tegas apabila keadaan memerlukan dan bukan hanya melakukan defensif. Regim Punah Ranah tidak akan beri muka kepada mana-mana pemimpin BN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...