Sabtu, 17 Mac 2012

HJ HADI KATA ANWAR BEN ISRAEL BIN ZIONIS SALAH & BOLEH BERNIAGA DENGAN ZIM INTERNATIONAL.


Hj Hadi baru belajar spin macam Anwar Ben Israel. Mula-mula petikan lapuran berita mengenainya :-
SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.
Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.
"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.
Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, 
Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."
Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.
Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.
Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.
"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersama harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.
Pulak dah ! Hamboi .... bila dah terdesak dan di desak barulah Presiden PAS bersuara itupun masih belit-belit jugak cam ular kena palu. Israel ini apa pulak Hj Hadi oiii ? Negara Bangsa Yahudi sahaja kah atau Negara Ideologi Zionis? 

Yahudi atau di sebut sebagai Bani Isra'il adalah bangsa. Manakala Zionis ialah ideologi / kepercayaan sesat yang menyembah syaithanirrojim laknatullah. 

ISRAEL adalah sebuah Negara Bangsa Yahudi berpaksi kepada Ideologi ZIONISMA.

ZIM INTERNATIONAL pula adalah sebuah perniagaan bangsa Yahudi yang tak ada kena mengena dengan ZIONISMA.

APCO pula ialah sebuah perniagaan yang takde kena mengena dengan ZIONISMA dan YAHUDI.

Kesimpulannya sekarang ialah isu-isu berbangkit sebelum ini seperti isu kapal ZIM dan APCO WORLWIDE adalah isu-isu ciptaan PKR sahaja. 

Tapi terimakasihlah kepada Presiden PAS Hj Hadi kerana mengakui bahawa polisi UMNO / kerajaan BARISAN NASIONAL selama ini adalah BETUL dan mengikut cara baginda Rasullullah s.a.w. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...