Selasa, 28 Februari 2012

RETURN OF THE JEDI. PERMULAAN BARU.


Bali ?
Siapa ?
Ehh salah ker ke Bali?
Guna duit sendiri hasil perniagaan sendiri tanpa pergunakan broker projek ?

Kesilapan ketara manusia ialah selalu fikirkan bahawa pihaknya sahaja benar dan betul. Bangga , angkuh dan terlalu sombong dengan pangkat dan kuasa yang ada. Mendiamkan diri bukan bermakna mengalah. 

Ada kuasa yang Maha Hebat daripada rangkaian kuasa manusia.

Kena beringat selalu, tidak semestinya gendang yang di palu lantai akan turut menari.

Kalau kail hanya panjang sejengkal lautan dalam jangan sesekali di duga.

Tempang harimau bukan sebarang tempang apatahlagi harimau tepok

Menyusuri akar takkan sang Naga Ular kehilangan bisa.

Ketuk papan kekunci Tanyalah Akal Budi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TERKINI GAMBAR BADRUL AMIN LEBAM-LEBAM KENA PUKUL KEPALA HOTAK BELIAU.


Mana lebamnya ?????


Mana lebamnya???? Tapi wajah Badrul Amin jelas HITAM LEGAM.



Gambar sumber Bernama - gambar petang tadi di JAIP, beginilah keadaan Al Fadhil Ustaz Dr Badrul Amin setelah di belasah dan di serang oleh 20 orang pemuda....





MANA LEBAMNYA???????


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA PAKATANG MENYERANG LYNAS ?


KILANG LYNAS merupakan suatu pelaburan yang besar kepada negara di dalam industri bahan galian Nadir Bumi.Industri ini penting kerana bahan galian tersebut banyak digunakan bagi barangan dan produk teknologi yang digunakan seharian oleh seluruh penduduk dunia. Jumlah pelaburan dan pemindahan teknologi serta rangkaian pasaran terbuka luas bagi Malaysia untuk menjadi pemain di dalam bidang industri ini. 

Semua pakar nuklir samada pakar tempatan dan luar negara mengakui dan mengesahkan bahawa kilang Lynas tidak mendatangkan sebarang mudarat dan kesan radioaktif. Malah semua peraturan menurut piawaian antarabangsa telah dipenuhi. 

Pihak pakatang menggunakan isu Lynas ini semata-mata di atas dasar kepentingan politik sempit mereka bagi mensabotaj usaha-usaha kerajaan serta menakut-nakutkan pelabur asing bona fide datang melabur ke negara ini. 

Malah seorang pakar nuklir tempatan yang juga seorang ahli PAS sendiri mengakui bahawa kilang Lynas tidak mendatangkan sebarang mudarat kesan radioaktif sepertimana yang di dakwa oleh Fuziah Thoron. Pada pandangan Hamba serang dilakukan ke atas Lynas antara lain kerana:-
  1. Pelaburan di buat di negeri Pahang di mana merupakan negeri kelahiran PM DS Najib; 
  2. Mensabotaj usaha kerajaan menarik pelabur yang mampu memberikan kerjasama kepada kerajaan; untuk mencapai 'Negara Berpendapatan Tinggi';
  3. Mengagalkan matlamat Wawasan 2020;
  4. Mahu mencetuskan ketegangan di dalam negara sepertimana yang terjadi di Pulau Pinang.
  5. Sengaja membangkitkan konflik yang difikirkan mampu mempengaruhi rakyat untuk melakukan revolusi seperti Arab Spring.
Kempen Anti-Lynas bukanlah berdasarkan kepada perlindungan alam sekitar dan kepentingan rakyat. Kempen tersebut bermotifkan politik semata-mata dan kepentingan Pakatang yang mahu melihat ekonomi negara terus merundum dan rakyat sengsara.

Apabila anda fikirkan kempen anti Lynas anda fikirkan pertelingkahan yang tercetus dan provokasi yang dilakukan oleh KM regim sosialis pakatang di Pulau Pinang. Itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh pakatang melalui kempen anti-Lynas.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

Isnin, 27 Februari 2012

A.B.U. ASAL BERKHALWAT U-TURN KENYATAAN- ISU KHALWAT PEMIMPIN PKR MERANGKAP PENASIHAT AGAMA MB SELANGOR.



Lanjutan daripada kes khalwat pemimpin PKR merangkap penasihat Agama MB Selangor yang diberikan cuti percuma sebulan (boleh pergi 'Retreat' lagi. Di petik daripada sumber-sumber sahih yang turut di fitnah oleh pemimpin PKR tersebut sebagai perancang konspirasi jahat terhadapnya (bila dah kantoi mulalah buat macam-macam kenyataan U-Turn):
SHAH ALAM,27 FEB : Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Dr Badrulamin Bahrom sengaja dirancang penguatkuasanya.
Menurut Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz, tangakap berkenaan dibuat atas laporan yang diperoleh badan itu.
“Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Badrulamin dijangka tiba untuk memberi keterangan di pejabat Bahagian Penguatkuasa Jaip kira-kira jam 3 petang ini.
Adalah difahamkan Jaip juga akan merakam kenyataan suami isteri yang terbabit dalam kes itu.
Kes Badrulamin disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurut Ghazali, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya-Antarapos
Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.
“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.
“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya-AIDC
Read more: http://www.pisau.net/2012/02/jaip-nafi-tangkapan-badrulamin.html#ixzz1naL3SV8j
Petang tadi pemimpin PKR itu ditemani oleh isterinya dan peguamnya Encik Ahmad Nizam Andul Hamid pemimpin PKR Temerloh yang aktif.

Untuk pengetahuan umum, kami para blogers pro UMNO/BN tak ada masa hendka mengintai aktiviti seksual pemimpin tersebut terutamanya pada jam 2 pagi. Masa itu adalah masa tidur kami. Pemimpin PKR akan melakukan bermacam kenyataan U-Turn bilamana kejahatan mereka diketahui umum dan tertangkap dengan bukti semasa melakukannya.

Patutlah maruah Islam boleh diperlekehkan oleh DAP kerana adanya pemimpin PKR sepertinya.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

TERKINI TAKTIK JEJUAK PAKATANG MELAGAKAN FESBUKER & BLOGER PRO UMNO.


Papa Gomo memberikan ulasan kepada Agendadaily mengenai taktik terbaru jejuak Pakatang melaga-lagakan fesbuker dan bloger pro UMNO/BN:-

papagomo-komenxx
antara cara jejuak pakatang menimbulkan kekeliruan dan melagakan fesbuker & bloger pro UMNO/BN.
Ketika dihubungi Papagomo kata," itu bukan komen dari akaun facebook saya....ini taktik biasa mereka untuk mengelirukan orang ramai."
Dia dakwa mendapat maklumat dari sumber dalaman  pembangkang memang miang mengupah individu untuk membuat komen-komen negatif  di pelbagai media internet yang pro mereka.
Katanya, individu terbabit yang dibayar menggunakan dana khas, akan membuat puluhan akuan facebook, twitter dan menyerang pemimpin kerajaan.
 “Pembangkang ingin menwujudkan persepsi bahawa ramai orang membenci kerajaan, hakikatnya komen-komen seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini dan lain-lain dibuat oleh segelintir individu yang sama,” katanya.
 Komen -komen dibuat menggunakan pelbagai akuan samaran seperti “Pak Min Toya” “Kong Bu Fenzi” “Diplomatik Bebas” “Waja Perkasa” dan banyak lagi.
 Menurutnya ratusan akuan FB, ratusan akuan twitter dibuat hanya untuk menyerang kerajaan BN dan pemimpin UMNO.
 “Saya sedar perkara tersebut, bukan saja akuan FB, akuan twitter pun ada, ini menunjukkan bahawa blog dan pendedahan saya berkesan, sebab itu mereka guna cara kotor untuk menyerang saya,” ujarnya.
 Dari perkembangan ini dia menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘panas punggung’ bila dia dan rakan-rakan blogger mendedahkan video seks pemimpin utama pembangkang tersebut tidak lama dulu.
 “Jadi tak perlu hairan kalau ramai yang serang dan cuba fitnah saya begitu.Ini supaya saya sibuk menjawab serangan dan lupakan dia, silap, saya akan terus ingatkan orang ramai, siapa lelaki dalam video tersebut, ia Anwar Ibrahim, 99.99 peratus, Anwar Ibrahim,” tegasnya.
 Mengulas mengenai adanya kisah pertembungan antara blogger pro UMNO, kata Papagomo, ia merupakan perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh penyokong pembangkang.
 “Penyokong pembangkang mahu melihat setiakawan blogger UMNO pecah, mereka lakukan berbagai cara, cipta fitnah, cucuk sana, cucuk sini, tujuannya satu, bila kita bergaduh sesama sendiri, perpaduan kita rapuh dan musuh senang masuk,” tegasnya.-25/2/2012 - OLEH HELME HANAFI
Regim Pakatang tidak berada dalam keadaan selesa kerana serangan bertubi-tubi dan bertali arus oleh fesbuker dan bloger pro UMNO/BN. Oleh itu mereka terpaksa menggunakan taktik mengklonkan akaun fesbuk dan membuat akaun palsu bloger untuk mengujudkan persepsi dan kekeliruan. Inilah yang sedang berlaku.

Kepada rakan-rakan lain beringatlah dan ingatlah pesan ulama' tempohari ' Berbeza Pendapat Tapi Tidak Sampai Berpecah' yakni menguruskan perbezaan pendapat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...