Ahad, 26 Februari 2012

ISU NFCORP & NFC: CADANGAN POLIS UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ NFCORP.

Bagi kami Pembela-pembela Tegar NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN yang bakal menguntungkan penternak-penternak Melayu miskin, cadangan PDRM agar Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas pengarah NFCORP Mohd Salleh suami kepada Kak Ijat adalah tindakan untuk membersihkan imej pihak yang sengaja di fitnah atas dasar sabotaj sesama sendiri.

Apakah lagi cara untuk membersihkan rekod dan imej orang yang tidak bersalah dan mangsa fitnah di Malaysia ini melainkan dibersihkan melalui proses mahkamah? Di dalam prosiding mahkamah semua bukti-bukti akan di uji kebenarannya secara perundangan yang sah. Hamba amat yakin dan percaya bagi  Pensabotaj-pensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN pada suatu hari nanti bakal melutut dan mencium tapak-tapak kaki mereka yang tidak bersalah. Kecualilah jika mereka masih terober dos preskripsi farmasi ubat viagra

Agak hairan dan anih kerana Dewa Zeus di Bukit Ilmu yang sudah di siasat oleh BPR di atas penyelewengan dua orang anaknya menerima biasiswa dipertahankan bermati-matian oleh grup mabok preskripsi ubat farmasi tersebut. Anih bukan pemikiran mereka?

Kita tunggu dan lihat saja apakah reaksi dan maklum balas Pejabat Peguam Negara pula yang sebelum ini turut di kecam oleh mereka yang terober dos preskripsi farmasi atas dasar membodek bos besarnya agar dapat tercalon menjadi calon wanna-bees pada PRU 13.

Hamba benar-benar yakin dan percaya pensabotaj-pensabotaj tersebut bakal sedar juga suatu hari nanti betapa mereka terlebih dos ubat khayal dari sebuah farmasi.

Apapun Tq mymassa.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PESANAN TUN DR MAHATHIR: JANGAN OBERDOS PRESKRIPSI DI KEDAI FARMASI.

RAKAN bloger mymassa telah menerbitkan artikel bertajuk TUN DR. MAHATHIR : BLOGGER PRO-UMNO JANGAN SABOTAJ dan menulis:-
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO hendaklah mengetepikan soal berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa. 
Hal ini ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan mengenai perjumpaan itu berkata: “Dr Mahathir menekankan paling penting ialah BN menang majoriti dua pertiga kerusi pada peringkat negeri dan Parlimen kerana ia akan menentukan BN dapat menubuhkan kerajaan atau tidak.” 
Dr Mahathir berkata, walaupun bahagian mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, ahli UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu. Menurut Dr Mahathir, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan. 
“Beliau juga menasihatkan ahli UMNO jangan melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati dan sensitiviti masyarakat, apatah lagi ahli parti komponen lain kerana kelebihan utama BN ialah perpaduan,” kata Mohd Zin.
TEPUK DADA TANYA IMAN! 

REGIM SOSIALIS PAKATANG SELANGOR AKAN TERHAPUS BILA INI DILAKSANAKAN!

TQ brader GAP ! Grup lain sedang siibuk main isu skandal seks Badrul Amin yang bakal melonjakkan lagi populariti beliau. Bakal berlaku 'overkill' yang keterlaluan. Di Malaysia ini jangan haraplah nak menjatuhkan mana-mana pemimpin politik melalui pendedahan skandal seks tapi pemimpin politik di Malaysia mampu dijatuhkan melalui kaedah 'reverse phsychology' . Grup lain sedang mabok terlebih oberdos preskripsi ahli farmasi yang agak kemarok hendak menjadi calon pilihanraya. Grup Papa Gomo pula sedang sibuk melakukan gerak kerja yang lebih efektif, mantap dan tersusun. seperti ini.

UMNO SELANGOR DESAK TOL BATU 3 DIHAPUSKAN SEGERA !


Hamba sokong 300% mengenai isu ini !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HAMBOI KALAU NAK BAJET LEBIH PUN TAKKAN MAIN KLON AKAUN FB PLAK.


Bukan apa-apa cuma hendak maklumkan kepada semua bahawa di fesbuk ada yang telah mengkonkan akaun Hamba bagi tujuan dan maksud tertentu. Ini adalah kali ke dua akaun fesbuk Hamba telah sengaja diklonkan oleh pihak-pihak tertentu. Perghhh .. macam lah Hamba ni calon PRU13 ... Namun ini merupakan pengiktirafan lah kepada Hamba kerana Hamba berjaya membuat ramai pihak resah gelisah dan gentar sehinggakan mereka terpaksa mengklonkan akaun fesbuk hamba. Patutlah hari itu Pegawai Khas Mat Maslan ingat Hamba yang sebarkan fitnah kepada Mat Maslan. 

Ini juga merupakan taktik untuk mengasingkan hamba daripada arus perdana pejuang maya pro UMNO agar kepercayaan dan kewibawaan hamba dipersoalkan. Ini juga bertujuan untuk mengasingkan Hamba denga rakan-rakan seperjuangan terutama dengan grup Papa Gomo serta Nadi Rakyat.

Hamba akan tetap terus berkarya dan kepada rakan-rakan sekelian berhati-hatilah. Perbezaan di antara akaun klon dengan akaun asli hamba ialah:-
  1. Yang klon menggunakan Fesbuk Timeline.
  2. Yang Klon cenderung memberikan pandangan negatif kepada UMNO
  3. Yang klon lebih gemar mencarut dan memaki hamun
Macam-macam hal kan dalam dunia tempur siber sekarang. Peduli apa pun Hamba. Janji Hamba terus berkarya menentang fitnah terancang dan menegakkan kebenaran.

Hamba boleh agak lah siapa punya kerja ini. Kalau beginilah cara mereka bermakna kewujudan mereka tidak akan dapat bertahan lama. ya la puak jahat mana boleh bertahan lama-lama.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CARA BARU PKR TAMBAH PENGUNDI BERDAFTAR- BALUN BINI ORANG.

Ini cerita hamba tak kisah samada benar atau tidak benar. Fitnah? Dosa dan pahala? Hamba amat menyakini bahawa Allah swt itu Maha pengampun dan Allah swt amat menyintai orang yang bertaubat. Lagipun kita berada di akhir zaman atau lebih dikenali sebagai zaman fitnah. Fitnah ini besar pengertiannya bukan setakat hanya menjadi pembawa khabar angin atau menceritakan mengenai salah laku seorang pemimpin agar diketahui umum akan kejahatannya. Agar orang awam dapat menjauhi diri mereka daripada memilih pemimpin tersebut menjadi pemimpin. Soal 'aib dan maruah seorang muslim lain? Itu bergantung kepada niat yang di pasang di dalam hati masing-masing. Mana ada orang boleh tahu apa yang terlintas di hati manusia lain? Hatta diberikan hijab dan kasyaf sekalipun yang Maha Tahu ialah Allah swt sahaja. 

Berikut adalah petikan berita tersebut:-
Sabtu Februari 25, 2012 -MSTAR ONLINE. 
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang
Oleh IZRA ABD RAHMAN
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.
"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.
Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.
Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.
Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.
Berikut adalah sms daripada pemimpin PKR tersebut:-
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"
Terkini , ini pula penjelasan daripada pemimpin PKR tersebut:-
25 Februari 2012.
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Anda nilailah sendiri kan. Semua maklumat dari kedua belah pihak telah hamba nyatakan di sini. Pandai-pandailah menilaikannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...