Selasa, 14 Februari 2012

'REGIME CHANGE' SLOGAN PENJAJAHAN KUASA BARAT.


1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Sumber Chedet.cc

KOMEN HAMBA: Slogan itu adalah penzahiran kepada semangat Penjajahan Baru Kuasa-kuasa Barat ke atas negara-negara yang tidak menyokong mereka . Logiknya bila Pakatang hancus melaungkan slogan itu bermakna mereka adalah Agen Penjajah Alaf Baru.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TAHNIAH TOK MAT TINDAKAN YANG BERANI JANGAN PEDULKANI SUARA-SUARA SUMBANG!


Keberanian sebegini yang amat ditakuti oleh pihak lawan dan pihak oppurtunis. TAHNIAH TOK MAT ! SELEPAS INI KITA BUAT SECARA BERAMAI-RAMAI PULAK SEBAGAI TANDA PROTES KEPADA VIRUS SOSIALISMA DAN PENYAKIT PONDAN YANG MELANDA PEPUAK REFORMIS DALAM UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 13 Februari 2012

MADJEEB KASGARI KEMPUNAN MAKAN BUDU CAP KETEREH.


HISH....HISH ..HISH.... HISHAMUDDIN ONN. Tahniahlah diucapkan kepada beliau kerana ketegasan menahan Madjeeb Kasgari (helo .. wa lidah Melayu .. ok.. bukan lidah biawak macam Guan Eng dan Cina DAP atau berlidah Arab celop macam PAS).

Dengan ketegasan yang di luar amalan sehariannya, Hishamuddin Onn menegaskan bahawa polisi kerajaan BN ialah enggan membenarkan mana-mana penjenayah menjadikan Malaysia sebagai transit dan tempat persembunyian.

 Menurut TFK  (hamba petik sahaja ) tindakan Hishamuddin Onn merupakan pembuktian dan penyangkalan imej negatifnya selama ini sebgai Menteri Amaran. Hari ini hamba boleh tersenyum derrr ...... sampai ke telinga tau ! Baca seterusnya di sini MSTAR

Ya lah paling tidak kempunan juga Madjeeb Kasgari hendak makan belacan, cencalok dan budu cap ketereh tajaan PKR , PAS dan DAP. Orangtua kata kalau kempunan boleh membawa kepada kematian. Di Arab Saudi, hukuman bagi kesalahan jenayah menghina baginda Rasulullah s.a.w. ialah MATI !

Di Malaysia pula anda mampu menjadi MENTERI BESAR KELANTAN dengan gelaran TOK GURU MURSYIDUL AM PAS.Berani lah nak usik .... Itu la pasal anda perlu menolak PAS, PKR dan DAP kerana jika anda tidak menolak PAS DAP PKR dibimbangkan nanti Malaysia ini menjadi HUB PERLACURAN ehhhh ... PERLANCUNGAN PERLINDUNGAN PENJENAYAH GLOBAL ... Boleh kutip duit lagi buat GERANG MALAYSIAKU HANCUS pulak. Ya la SUARA 'Pakatang' RAKYAT suara KERA YANG AMAT Anda hendak jadi kera tak? Boleh lompat-lompat riang-ria dari ranting ke ranting dan dari cabang ke cabang sambil menyanyi lagu AWAN NANO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ALAMAK ! ORANG ISLAM YANG SAMBUT HARU KEKASIH AKAN DI SERKUP.


Woooo sudah ada bunyik ....... 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.
Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.
"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.
Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.
"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya. - Bernama
TQ LYDIAUSM - LAWYER GARANG (memang ko garang)

KOMEN HAMBA: ... Ayanggg !!!!!! ... Mana Sijil Nikah Kita Hari tur ????? !!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAKATANG MAKAN RAKYAT ... RAKYAT MAKAN HATI.

Dalam regim sosialis Pakatang pada hari ini kita berjaya melihat kemunculan 'Raja' dan 'Ratu' yang amat terkenal sehingga ke Jepun. Kita selusuri kembali rentetan beberapa peristiwa penting yang menabalkan pemimpin-pemimpin regim sosialisma Pakatang hancus menjadi 'Raja' dan 'Ratu'.

RAJA LIWAT/ RAJA DRAMA /RAJA PORNO
Perlu ke hamba menjelaskan lagi di sini? Anda memang pandai. Malangnya, ahli dan penyokong serta simpatisan regim sosialisma Pakatang hancus tidak sepandai anda. Mereka cuma sepandai tupai melompat dari ranting ke ranting , cabang ke cabang, sambil menukar warna macam chameleon.. 'Meet Uncle Husin' pernah bertanya kepada pokok. Pokok jawab ' Pokok pun dah bergoyang ..... Takkan tak tau lagi brader????"

RATU BOGEL ELIZABETH WONG.
Kisahnya sungguh tragis sehinggakan muslimah PAS mengalirkan airmata mereka. Ianya berlaku sewaktu Eli Wong terlupa pakai seluar dalamnya.Kesempatan itu telah di ambil oleh Hilmi Malik yang dikatakan menurut kehendak Azmin Ali. Kononnya Azmin Ali mahu menjatuhkan Khalid G sebagai MB. 

Eli Wong meletak jawatan kemudian di pujuk semula kononnya teraniaya. Dengan restu mahadewataraya Nik Ajih si penghina baginda Rasulullah s.a.w. diampunkan dosa Eli Wong kerana memakai sehelai tudung nipis berwarna hitam. Skandal itu menjadi sunyi dalam tempoh yang agak panjang. Meletop semula apabila Hilmi Malik di tahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memiliki dokumen perjalanan palsu. 

RAJA PASIR.
Takde ribut, takde angin .. tup-tup RPK mendedahkan beberapa bukti yang mengaitkan dua orang ADUN di Selangor berkaitan dengan KSSB dan DOUBLE DIGNITY (sekarang mungkin sudah menjadi DOUBLE JEOPARDY). 

RPK turut mengaitkan satu kes pembunuhan seorang Datuk yang masih dalam siasatan dengan isu skandal penyelewengan pasir di Selangor. Siapa yang kena? Khalid G kena lagi ........ 

RAJA  GERAN.
Regim Sosialisma Pakatang hancus memang terkenal dengan pelbagai Geran kecuali Geran Hakmilik Rumah Mampu Beli sahaja. Sebut sahaja mengenai Geran, regim Sosialisma Pakatang Hancuslah menjuarainya. Agak hairan kerana dalam banyak-banyak Geran yang diterbitkan oleh mereka hanya satu sahaja Geran yang berjumlah RM300 juta yang lain takkan melebihi RM100.00. Hamboi.... ada kena mengena ke dengan gaji Punaisihat Ekonomi RM1.00 sahaja?

Kesemua Raja dan Ratu kelahiran regim sosialisma Pakatang hancuss memang gedik-gedik dan gebab-gebab. Cukup makanlah katakan. Tapi rakyat ? ...... Makan hati Berulamkan Janji Kosong.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...