Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT JALAN ADUN SRI MUDA PKR !

Permohonan Adun Sri Muda PKR untuk mengenepikan pertuduhan terhadapnya di tolak oleh mahkamah. Dengan ini pertuduhan keatasnya di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948  adalah kekal. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Shuhaimi Shafie cuba berlagak menjadi adiwira semasa pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dalam isu perlantikan Ketua Setiausaha Negeri dengan menulis sebuah artikel yang begitu biadap bersifat hasutan terhadap baginda Sultan Selangor.

Beliau menulis tidak berfikir dua kali. Bukan mudah hendak memperjuangkan KEBENARAN jika tidak kenal KEBENARAN. Jangan main hantam tulis lainkali YB. Kan dah kena. Sendiri bikin susah diri sendiri. Sia-sia sahaja menjawat jawatan Ketua Penerangan PKR Selangor, akhirnya sendiri kantoi. 

Selamat Jalan YB ! dan Selamat hari Raya.

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN DI BANDAR.


Kedai Rakyat 1 Malaysia Menguntungkan Rakyat

Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling. Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi. Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula. Untuk menyemak harga barangan yang dijual, anda bolehlah mengunjungi portal kedai rakyat 1 Malaysia


antara produk-produk yang dijenamakan semula dan di jual di kedai rakyat 1 Malaysia.
untuk mengetahuinya lebih lanjut sila ke pautannya di bawah ini
war-warkan kepada rakan dan taulan
berbelanjalah di mana anda mampu berbelanja


Kejayaan Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah kelihatan di mana jumlah penjualannya mencecah sehingga RM12,000.00 sehingga RM 16,000.00 sehari.  Baca di sini KAMALUDDIN'S BLOG.
Tahniah kepada DS Najib, Datuk Ismail Sabri dan MYDIN kerana menjayakan program ini demi kesejahteraan rakyat! 

RM200 JUTA SAMAN KE ATAS THE MALAYSIAN INSIDER. Tan Sri Tajudin Ramli bertindak.

THE MALAYSIAN INSIDER di saman RM200 juta oleh Tan Sri Tajuddin bekas Pengarah Urusan MAS di atas tindakan memfitnahnya dalam satu artikel yang disiarkan pada 31hb Mei 2011. 

Writ saman tersebut telahpun difailkan oleh Tan Sri Tajudin Ramli melalu peguamnya pada 18hb Ogos 2011 dengan menamakan The Malaysian Insider, pemiliknya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustapha Kamal sebagai defendan-defendan. 

Tan Sri Tajudin Ramli turut mendakwa defendan-defendan mengulang-ulang beberapa kata-kata fitnah di dalam artikel-artikel lain setelah diberikan surat tuntutan agar tidak berbuat demikian dan pengulangan sedemikian sifatnya menunjukkan defendan-defendan berniat jahat.

Kes tersebut ditetapkan pada 19hb September 2011 untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.

Portal-portal pakatan sosialis pembangkang semakin lama semakin banyak menghadapi masalah di saman di bawah kausa tindakan Fitnah. Bezanya, bloger pro UMNO seperti Papa Gomo di ancam dengan saman kerana mendedahkan kebenaran manakala portal pakatan sosialis pembangkang di saman kerana di dakwa melakukan fitnah. Kantoi lagi bloger dan portal pakatan sosialis pembangkang.

-sumber di petik dari blog Badut Rakyat (Sila layari blog tersebut melalui browser Firefox)

Jumaat, 26 Ogos 2011

BLOGER PISAU PESAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN & BLOGER PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG .. LA TAHZAN YAA SYAITHIE!


GAMBAR DI CILOK DARIPADA BLOG PISAU.NET
SILA BACA SETERUSNYA 
DI SINI


esuk bloger pro UMNO daripada Pulau Pinang bakal beri PENAMPOR JEPUN AIDILFITRI kepada PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ISU SIJIL AKREDITASI JABATAN KIMIA BLOGER UMNO KASI PENERAJANG KEPADA OTAI BLOGER PEMBANGKANG SEMPENA AIDILFITRI.

Penjelasan lanjut mengenai Sijil Akreditasi Jabatan Kimia yang dipertikaian oleh pembelaan dan kemudiannya di lambung oleh bloger otai pakatan sosialis pembangkang. Perbezaan ketara antara bloger UMNO dengan bloger otai pakatan sosialis pembangkang ialah bloger otai pakatan sosialis pembangkang amat cetek pengetahuan dalam serba serbi kecuali cukup mahir melakukan spin bahlol. Baca di sini Dr Novandri memperjelaskan mengenai Sijil Akreditasi Jabatan Kimia. 


Sijil Akreditasi yang di lambung oleh bloger otai pakatan sosialis pembangkang (masuk jerat yang dikenakan oleh bloger UMNO) . Sebenarnya Sijil Akreditasi di atas telah dilanjutkan tempohnya oleh surat 


Penjelasan lanjut mengenai  dwi -program akreditasi yang JABATAN KIMIA sertai telah diterangkan dengan panjang lebar oleh oleh dr Novandri. Kesimpulannya ialah JABATAN KIMIA MALAYSIA pada setiap masa sememangnya mempunyai AKREDITASI yang sah dan diiktirafkan sebagai makmal kesepuluh di luar Amerika Syarikat mempunyai akreditasi tertinggi bermakna perkhidmatan forsensiknya adalah memenuhi dan menepati piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh ASCLD/LAB. 

Lihat seterusnya di bawah ini:-

Kimia Malaysia is proud to be the tenth laboratory outside the United States to be granted the highly acclaimed accreditation certificate, as this proves that the forensic services offered by Department are on par with international standards and requirements set by the ASCLD/LAB. klik sini 


ALAMAK ! MALUNYA BALOGER OTAI PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG BILA KENA PIJAK-PIJAK DIPERMAINKAN OLEH BLOGER UMNO. SELAMAT HARI RAYA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...