Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT JALAN ADUN SRI MUDA PKR !

Permohonan Adun Sri Muda PKR untuk mengenepikan pertuduhan terhadapnya di tolak oleh mahkamah. Dengan ini pertuduhan keatasnya di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948  adalah kekal. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Shuhaimi Shafie cuba berlagak menjadi adiwira semasa pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dalam isu perlantikan Ketua Setiausaha Negeri dengan menulis sebuah artikel yang begitu biadap bersifat hasutan terhadap baginda Sultan Selangor.

Beliau menulis tidak berfikir dua kali. Bukan mudah hendak memperjuangkan KEBENARAN jika tidak kenal KEBENARAN. Jangan main hantam tulis lainkali YB. Kan dah kena. Sendiri bikin susah diri sendiri. Sia-sia sahaja menjawat jawatan Ketua Penerangan PKR Selangor, akhirnya sendiri kantoi. 

Selamat Jalan YB ! dan Selamat hari Raya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shuhaimi Shafie ni BUKAN rakyat Selangor sebab tu dia jadi sangat kurang ajar kepada Sultan Selangor kerana bukan Raja dia. Kalau dia maki dan hina Sultan Johor, dah lama dia kena balun dek keluarga dan saudara mara dia sendiri. Dia tak bersyukur kerana hidup mewah di Selangor. Dia tidak menjunjung langit di bumi yg dia pijak.Dia tak layak menjadi ADUN Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...