Sabtu, 23 April 2011

MCA = Me Chauvinist Also, Me Chinese Also atau Malays Chinese Associated - Sendiri Pilih lah.


1.  Bloger pro BN dan UMNO ini berkelakuan waras dan jauh berbeza dengan bloger dan tukang fitnah pro pembangkang. Pro pembangkang amat kecut teloq untuk mengkritik rakan sekutu dominan Cina mereka kerana bimbang mimpi mereka akan berkecai. Lagipun, mereka berkawan dan bersekutu dengan DAP pun bukan atas dasar ikhlas dan harmonis, cuma setakat suka-suka sahaja,

2.  Baiklah pada kali ini JS menulis mengenai apa yang sedang diperkecohkan mengenai MCA. sebenarnya, bukan kecoh pasal MCA tapi kecoh pasal dua tiga kerat pemimpin MCA yang terpaksa akur kepada kehendak DAP dan bukan kehendak pengundi. JS pun hairan adakah mereka yang dua tiga kerat itu takdapat nak bezakan lagi mana kehendak pengundi dan mana kehendak DAP? 

3.  Artikel ini bakal bersambung lagi dengan perincian mengenai isu yang berkaitan. JS hormati MCA dan para pemimpinnya kerana selama ini merekalah yang banyak berkorban dan sanggup menerima orang Melayu sebagai peneraju dan pemimpin tertinggi negara. Selama 52 tahun, mereka tidak pernah merungut hanya akhir-akhir ini dua tiga kerat kuat merungut kerana mereka terlupa apakah makna MCA ini, samada mereka mahu menafsirkan MCA ini sebagai ME CHINESE ALSO, atau ME CHAUVINIST ALSO atau MALAYS CHINESE ASSOCIATED.

UMNO DAN MCA INI BUKAN LAPOK ATAU KUNO CUMA PADA MASA INI KERANA DAP TUNJUK TARING MCA NAK TUNJUK APA? TAKKAN VIDEO CSL YANG EHEM EHEM EHEM.


1 MALAYSIA , MCA sokong juga !

VIDEO SEKS & OMEGA .. KECOH EMAIL 1 MALAYSIA.

Gambar Ehsan DARUL EHSAN TODAY.

1.  JS tidak menulis panjang-panjang atas 2 sebab sahaja, pertama orang Malaysia masih malas membaca, dan kedua pro PKR PAS & DAP bertambah bebal kalau membaca artikel panjang-panjang. Mereka tidak berminat hendak mengetahui kebenaran Hakiki tapi lebih berminat dengan fitnah dan dusta. Kebenaran Hakiki adalah ringkas tepat dan padat, tapi dusta dan fitnah itu sepanjang orbit cakerawala Bima Sakti.

2.  Menyentuh mengenai video seksual Aljubri, pertama ketulinan video sudah disahkan. Kedua, ujian Biometrik menyatakan bahawa itulah Aljuburi, Ketiga, China Doll sudah diketemui dan sudah di ambil keterangan mengenai butiran lelaki yang menutohnya. Keempat, jam Omega masih tidak diketemui dan gagal ditunjukkan oleh wan Jijah mahupun Aljuburi. Kelima, Aljuburi akan mengamok sakan bila di tanya soalan Di mana Jam Omega. Inilah Kebenaran Hakiki. Pendek, ringkas dan Padat... Straight To The Point.

3.  Kini, puak pembangkang marah mengenai perlancaran email 1 Malaysia. Apakah sebab mereka marah? Mereka marah kerana email 1 Malaysia ini bakal meletop dan bakal mendapat sambutan hangat di kalangan remaja dan pegnundi muda. Itu pasal lah mereka marah. Takut hilang undi dan takot hilang mimpi. Mereka hendak kembali kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL sudah alah malu kepalang. Padan muka mereka, sendiri alah malu. 

KITA SEBENARNYA BANYAK TERHUTANG BUDI KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL SERTA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL. KESEPAKATAN MEREKA MENJADIKAN MALAYSIA INI SEBUAH ROLE-MODEL. MEREKA YANG ENGGAN MENGAKUI BERHUTANG BUDI SEBENARNYA ADALAH MANUSIA EGOIS, SOMBONG, BONGKAK DAN ANGKUH, TERUS TERANG JS KATAKAN, BARISAN NASIONAL INI ADALAH SEBUAH PARTI RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK DAPAT DITUKAR GANTI OLEH 'PAKATAN ILUSI PEMBANGKANG' . LAGIPUN JS DAH LELAH TUNGGU BILA PEMBANGKANG NAK DAFTARKAN PAKATAN MEREKA, SEHINGGA SEKARANG MEREKA MASIH RAGU DAN BIMBANG. BAGAIMANA HENDAK SOKONG KAN? INILAH KEBENARAN HAKIKI DAN BUKAN DUSTA & FITNAH.

 

1 MALAYSIA bukan PAKATAN JAHAT

SEJARAH PENUBUHAN DAP. WAJIB BACA!



Sejarah penubuhan dan asal-usul DAP (Parti Serpihan Komunis Malaya) 

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu. 


dipetik daripada posting asal BELIA UMNO di FB.


1 MALAYSIA ganyang DAP!

WASIAT 7 ... RAJA NAZRIN MEMBUKA LEMBARAN, MANA CIRI' BUKIT SEGUNTANG?


1. Mengikuti blog AAKJ , sahabat baik JS, melapurkan mengenai Raja Nazrin membuka kembali dan bersuara mengenai Wasita 7. Wasiat 7 ini ramai sudah tahu dan semakin tersebar luas, namun jika Wasiat 7 ini masih tidak di ambil peduli oleh orang Melayu keturunan Melayu beragama Islam tetapi merasakan sudah tidak relevan menjadi Melayu dan bagi kelompok yang merasakan mereka hanya beragama Islam dan Melayu hanya keturunan; jangan sampai Raja Nazrin membuka kembali Ciri' Bukit Saguntang.

2.  Dokumen yang dinamakan sebagai Wasiat 7 ini dibuat oleh 9 Sultan Melayu sebelum merdeka, 1 proses di mana para Sultan Melayu menyerahkan sebahagian amanah memerintah negeri kepada rakyat jelata. Antara lain isi kandungan Wasiat 7 ini ialah :-


WASIAT 1 : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

WASIAT 2: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

WASIAT 3: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

WASIAT 4: Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. 

WASIAT 5: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.  

WASIAT 6: Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

WASIAT 7: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah.

Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

JS DAN RAKAN-RAKAN KEMBALI MENYIARKAN WASIAT 7 INI SEMENTELAH PULA RAJA NAZRIN MEMBUAT 1 TEGASAN MENGENAINYA. SUARA ISTANA ADALAH SUARA BERDAULAT DAN PERLU DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA BAHAWA TANPA PERSETUJUAN 9 SULTAN MELAYU PADA WAKTU ITU, TIDAK MUNGKIN ADA SEBUAH NEGARA BERDAULAT BERNAMA MALAYSIA INI.



1 MALAYSIA menjunjung Kasih TUANKU!

Jumaat, 22 April 2011

BIAR DAP SAJA CAUVINIS-RASIS ..... UMNO KEKAL MULTI-RASIS.

        

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," 


 

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita. Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," 




In the 13th national general elections, we should avoid any multi-cornered contests which can only benefit the Barisan Nasional and for this reason, I would even suggest that DAP and SNAP should seriously consider a merger of the two political parties to accelerate Iban/Dayak political awakening following the 416 Sarawak general elections.”

1.  Gerakan 1 Melayu 1 Bumi yang diseru oleh PERKASA sebagai Tindak Balas Ofensif terhadap Percaturan Politik cauvinis rasis DAP yang kini sedang mempergiatkan usaha pengasingan komuniti Cina dari arus perdana masyarakat Malaysia bagi memecahkan dominasi BARISAN NASIONAL.

2.   Walaupun bukan semua pengundi komuniti Cina menyokong dasar dan polisi cauvinis rasis DAP, namun siapa yang mahu ketinggalan dalam percaturan politik DAP yang mahu menjadikan Dominasi Cina sebagai Mutlak dan bersifat Agresif? Jika anda seorang Cina rakyat Malaysia sudah tentu anda mahu menyahut seruan DAP berbanding seruan 1 Malaysia yang di lihat sebagai usaha dan langkah UMNO mengekalkan Dominasi Melayu/ Bumiputera melalui perikatan BARISAN NASIONAL.

3.  Bagi kelompok yang anti UMNO pula, pada pemikiran mereka adalah tidak salah mereka turut menyertai seruan DAP tersebut asalkan saja dapat menumbangkan hegemoni dan dominasi UMNO kononnya sebagai Jihad Suci Murni menyelamatkan untung nasib orang Melayu dari cengkaman UMNO walaupun dalam usaha penyelamatan itu mereka terpaksa mengorbankan semua kepentingan Melayu/ Bumiputera untuk selama-lamanya.

4.  Bagi pemimpin-pemimpin UMNO pula, mereka sudah ada visi dan misi yang amat jelas dan terancang melalui GAGASAN 1 MALAYSIA yakni formula perkongsian kuasa bagi mengimbangi semua kepentingan etnik yang ada di Malaysia dalam ertikata lain UMNO ini mengamalkan MULTI RASIS Polisi. Jangan salahfaham pula, jika DAP mengkategorikan perjuangan yang berdasarkan kepada 1 ras merupakan perjuangan Rasis, jadi adalah benar jika perjuangan yang memperjuangkan kepentingan semua ras di sebut sebagai MULTI RASIS. Ya tak? Bangsa Malaysia adalah 1 Ras, memperjuangkan hak Bangsa Malaysia bermakna anda MULTI RASIS.

5.  Berbeza dengan pendekatan DAP yang mengamalkan polisi CAUVINIS RASIS yakni walaupun parti DAP membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan agama, namun pengekalan Dominasi 1 ras saja diperjuangkan melalui sikap CAUVINIS bukan atas dasar HARMONIS. DAP mahu menjadi Raja tetapi enggan berkongsi kuasa berbanding dengan UMNO melalui BARISAN NASIONAL, UMNO mahu jadi RAJA tetapi mahu berkongsi kuasa.

Pemimpin UMNO dalam BARISAN NASIONAL sudah lama tahu apa mereka lakukan dan untuk siapa mereka lakukan. Pemimpin DAP masih lagi kekal dengan Dominasi 1 Ras melalui sifat cauvinis. Malaysia mempunyai 14 buah negeri, dalam sebuah negeri itu, 1 didominasikan oleh kaum Cina iaitu Pulau Pinang, selebihnya dikuasai oleh Bumiputera. 

Dalam formula perkongsian pakatan pembangkang, Polisi DAP inilah menyebabkan malapetaka besar pada 1969, PAS Kelantan pula memerintah Kelantan selama 21 tahun tanpa sebarang perkongsian kuasa dengan mana-mana parti lain dan diketahui PAS didominasikan oleh Melayu Islam sama seprti UMNO. 

Kini DAP masih mahu mengekalkan Polisi Cauvinis Rasis itu, lalu disindir tajam oleh Negarawan Ulung TDM melalui petikan di atas, Sekarang anda faham maksud CAUVINIS RASIS dan MULTI RASIS?


1 MALAYSIA menentang CAUVINIS RASIS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...