1. Mengikuti blog AAKJ , sahabat baik JS, melapurkan mengenai Raja Nazrin membuka kembali dan bersuara mengenai Wasita 7. Wasiat 7 ini ramai sudah tahu dan semakin tersebar luas, namun jika Wasiat 7 ini masih tidak di ambil peduli oleh orang Melayu keturunan Melayu beragama Islam tetapi merasakan sudah tidak relevan menjadi Melayu dan bagi kelompok yang merasakan mereka hanya beragama Islam dan Melayu hanya keturunan; jangan sampai Raja Nazrin membuka kembali Ciri' Bukit Saguntang.
2. Dokumen yang dinamakan sebagai Wasiat 7 ini dibuat oleh 9 Sultan Melayu sebelum merdeka, 1 proses di mana para Sultan Melayu menyerahkan sebahagian amanah memerintah negeri kepada rakyat jelata. Antara lain isi kandungan Wasiat 7 ini ialah :-
WASIAT 1 : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
WASIAT 2: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
WASIAT 3: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
WASIAT 4: Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
WASIAT 5: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
WASIAT 6: Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
WASIAT 7: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah.
Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
JS DAN RAKAN-RAKAN KEMBALI MENYIARKAN WASIAT 7 INI SEMENTELAH PULA RAJA NAZRIN MEMBUAT 1 TEGASAN MENGENAINYA. SUARA ISTANA ADALAH SUARA BERDAULAT DAN PERLU DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA BAHAWA TANPA PERSETUJUAN 9 SULTAN MELAYU PADA WAKTU ITU, TIDAK MUNGKIN ADA SEBUAH NEGARA BERDAULAT BERNAMA MALAYSIA INI.
1 MALAYSIA menjunjung Kasih TUANKU!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan