Isnin, 5 Disember 2016

PROBLEMATIK SKEMATIK POLITIK DAP-MAHATHIR GAGAL!

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom Bani Adam a.s.
Selamat Sejahtera Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong

AL KESAH TANAH MELAYU

PRA MERDEKA.
Berdasarkan kepada sejarah dan segala perjanjian-perjanjian pra-merdeka yang di telah di buat, politik Malaysia memang bukan di bina di atas asas kematangan. Politik di Malaysia terbina seratus peratus secara pemerdayaan dan penipuan terancang pihak tertentu. Siapakah para perancang yang dimaksodkan? British lah, siapa lagi. Portugis dan Belanda hanya melakukan manuver penghapusan bukti-bukti sejarah. Cuba fikir kenapa Stamford Raffles beriya benar nak kompol manuskrip-manuskrip lama Melayu? Perkara ini sudah lama diperbincangkan di media sosial.  Hasil dari perbincangan-perbincangan berkenaan, berlakulah banyak penerbitan buku-buku sejarah kontemporari versi terkini.

Apakah Sistem Pemerintahan Yang Telah Lama Wujud Di Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong sebelom kedatangan Portugis, Belanda dan Ingeris? Tidak Lain tidak Bukan, itulah Adat Si Adat, Adat Mempateh. Adat yang menjadi Hukum memutihkan semua pertikaian dan permasalahan. Diamalkan oleh Orang Pribumi Asal Asli Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong.

Apakah Adat-adat Mendatang ke Tanah Melayu / Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong ?
Itu lah Adat Perpateh , adat keturunan berdarah Dewa-dewa. Adat Temenggong yang diamalkan oleh keturunan ketemenggongan.

Adat Si Adat, Adat Mempateh, diperturunkan secara lisan dalam bentuk prosa pantun dan diamalkan mengikuti susun atur dan tata susun yang penuh kerahsiaan dan terahsia. Pemimpin dan Penjaga Adat Si Adat, Adat Mempateh memakai Pakain Khas.

Apakah Adat Si Adat, Adat Mempateh ini di jamin di dalam Perlembagaan? Ya, ada yakni Perkara 153. Juga termaktob di dalam Seksyen 5 Undang-undang Sivil , di mana Adat Resam boleh diguna pakai dalam penyelesaian perundangan.

Apakah Adat Si Adat, Adat Mempateh masih relevan untuk di guna pakai pada zaman yang kononnya canggih dan progresif? Seratus peratus amat relevan samasekali pada mana-mana zaman sekalipun. Kerana Adat Si Adat, Adat Mempateh tak lekang dek panas Tak Lapok dek Hujan. Teknologi dan kecanggihan zaman ini tidak dapat memberi manapaat kepada kemanusiaan sejagad bila nilai-nilai akhlak manusiawi dan insaniyah hilang.

Apa guna teknologi canggih Internet apabila digunakan bagi maksod-maksod menyebarkan nilai-nilai revolusi anarkis? Menjadikan pengguna dan pelayar internet, manusia penuh biadap dan kurang ajar? Dan mengamalkan nilai moral yang sentiasa berubah? Bagaimana manusia nak hidup aman damai dan selamat sejahtera berharmoni dalam keadaan sebegitu? Perbezaan dari semua sudut tidak akan diraikan.

Apa gunanya membentuk dan melahirkan sebuah 'Negara Bangsa' yang tak ada nilai-nilai asal asli dan original?

Perlembagaan Malaysia bermula dari Perjanjian-perjanjian, treti, Lampiran-lampiran, pengisytiharan DURBAR 1932-1939 dan wasiat 7 Raja-raja Melayu. Dan itu semuanya bermula dari Perjanjian Gunung Pertemuan. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila.

Pernyataan Tanah Melayu / Tanah Jawi / Tanah Kuning / Tanah Mengandong ini hakmilik dan dimiliki oleh Melayu Pribumi Asal Asli Tanah Melayu / Tanah Jawi / Tanah Kuning / Tanah Mengandong tidak boleh di-ubah, di-pinda, di-mansuh dan dilupakan begitu saja.

Pernyataan bahawa entiti bernama Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya menjadi Persekutuan Malaysia adalah di bawah Jaminan Institusi Dato Undang Nan Ampat yang merupakan Penjaga dan Pemimpin Adat Si Adat, Adat Mempateh, adalah benar. Golongan politik memang tahu mengenai perkara ini.

Bermaksod, seluruh kewujudan Persekutuan Malaysia ini tertaklok kepada Adat Si Adat, Adat Mempateh dan tertaklok kepada Perjanjian Gunung Pertemuan.

Tapi, kenapa golongan Politik mahu menafikannya?
Bagaimana golongan Politik menafikannya?

SALAHLAKU GOLONGAN POLITIK SELEPAS MERDEKA
Sejak 1981, muncul lah seorang Jagoh Politik Machiavelli, yakni Mahathir Mohammad. Beliau mahu merubah segala-galanya kerana berpendapat Adat Si Adat , Adat Mempateh dan Perjanjian Gunung Pertemuan, Wasiat 7 Raja-raja Melayu serta Perkara 153 menjadi Batu Penghalang kepada beliau di dalam politik.

Mahathir mahu menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Liberal Atokratik Politik. Beliau bermula dengan menyerang institusi-institusi Beraja, Islam dan Melayu secara halus. Beliau perkenalkan Konsep MELAYU BARU dan menghentam MELAYU di dalam DILEMA MELAYU.

Sebaik sahaja menjadi PM melalui cara licik dan adu domba, Mahathir mula menyerang institusi Dato Undang Luak Jelebo melalui Rais Yatim. Maka terbuanglah Waris Haq dan Berhaq, pemimpin dan pemegang amanah Adat Si Adat, Adat Mempateh.

Selepas itu, Mahathir menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu melalui isu amokan prebet Adam dan kes tampar jurulatih Hoki. Dan melalukan manuver paling jijik dan licik di Dewan Rakyat.

Setelah itu, Mahathir mula menyerang para ulama'.

Akhirnya, Mahathir memansuhkan UMNO LAMA 1946 yang tertaklok kepada Sumpah Melayu di istana Johor. Menubuhkan parti baru nya dan menipo serta berbohong kepada semua orang Melayu bahawa parti baru nya adalah kesinambungan kepada UMNO LAMA tanpa membuat Sumpah Melayu 1946.

Maka pada 1992 muncul lah Gambaran Israk Mikraj di langit Kelang, Petanda Amaran Amat Keras kepada golongan politik.

Akhirnya, kini Mahathir menubuhkan lagi sebuah parti baru yang benar-benar seratus peratus mengikot kehendak Mahathir. UMNO BARU pula di serang dan mahu dijahanamkan oleh Mahathir.

Bagi maksod itu, Mahathir bersengkongkol dengan DAP.

Tak perlulah di sebut dan di tulis di sini apakah yang pernah diucapkan oleh Mahathir mengenai DAP dan DAP mengenai Mahathir. Semua orang maklom sendiri.

Pusingan U 360 darjah sebanyak lebih dari dua kali, daripada DAP dan Mahathir sendiri membuktikan, mereka ini golongan paling pariah dalam politik Malaysia.

Bagaimana kita hendak mempercayai golongan seperti itu ? Yang jelas nampak hanya memperjuangkan Agenda sempit lagi jumud agenda-agenda peribadi ?

Selamatkah Malaysia dan rakyat Malaysia di bawah pimpinan manusia-manusia berhati iblis seperti mereka?

SUDAH TENTU JAWAPANNYA TIDAK!

DAN JAWAPAN ITU BEGITU PASTI TANPA ADA SEBARANG SYAK WASANGKA RAGU-RAGU DAN WAS-WAS LAGI.

Maka, golongan DAP -Mahathir perlu di rejek dan tendang serta di sepak laju-laju melalui kertas undi pada PRU 14 nanti. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...