Isnin, 26 Mei 2014

SEJAK ADA POLITIKUS PAKATAN RAKYAT BERKATA ' POLIS TERBUNUH ITU TIDAK MENGHAIRAN' SEMAKIN RAMAI ANGGOTA POLIS SENGAJA DIBUNUH PENJENAYAH.


Ambe petik dari sumber :-
PDRM seringkali diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak, khususnya DAP dan PKR kerana seringkali menggagalkan usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum serta mewujudkan ketidakstabilan di negara ini. Walaupun dari banyak segi, terutama dengan bantuan Pejabat Peguam Negara yang lemah selain hakim-hakim mahkamah yang sebahagian daripada merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat, namun semangat anggota-anggota PDRM tidak pernah menurun untuk memastikan rakyat Malaysia hidup aman damai dan sejahtera. 
Pada ketika para peguam PKR dan DAP sibuk membela para penjenayah, anggota-anggota PDRM yang sentiasa difitnah oleh para penyokong PKR dan DAP itu pula, menggadaikan nyawa dengna hanya satu misi iaitu memastikan orang awam di Malaysia terhindar daripada natijah jenayah. 
Itu yang berlaku kepada dua orang anggota polis di Parit Buntar apabila satu kes samun berlaku. Suspek merupakan tiga orang lelaki rakyat Malaysia dan menaiki sebuah kereta Toyota Wisha berwarna perak (silver) dengan nombor pendaftaran WRV 5308. 
Kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek telah melanggar dua orang anggota polis yang sedang meronda dari Balai Polis Kuala Kurau. Perlanggaran tersebut telah menyebabkan menyebabkan salah seorang anggota polis tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manaka seorang lagi mengalami kecederaan parah.
Anggota polis yang terbunuh itu, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan. 
Suspek-suspek bagaimanapun melarikan diri selepas membunuh anggota-anggota polis tersebut. Saksi-saksi memberitahu kereta berkenaan menghala ke arah Alor Pongsu.
Sesiapa yang melihat kenderaan tersebut, sila maklumkan kepada pihak berkuasa dengan sesegera mungkin
Politikus Pakatan Rakyat adalah politikus tak ada etika dan tak bertanggungjawab.
Penjenayah semakin berani membunuh anggota Polis kerana kempen memburukkan Polis sekian lama dilakukan oleh puak Pakatan Rakyat. Akibatnya, ramai penjenayah samada warganegara sendiri atau warga asing, berani bertindak membunuh anggota Polis. Kerana mereka tahu dan sedar, perbuatan mereka direstui sepenuhnya oleh macai, ahli, penyokong dan pemimpin DAP PKR PAS !
 


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...