Khamis, 8 Mei 2014

MELAYU UNDI BN NAK SELAMATKAN UMNO, JOSEPH ENTOLOL MALAON NAK SELAMATKAN DAP.











PUTRAJAYA – Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.
Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata kerajaan menilai setiap kewajaran sebelum memutuskan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan.
“Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan.
“Buat masa ini, kita mengambil langkah gugurkan yang tiada nilai tambah sahaja,” katanya, sambil memberikan contoh borang seperti permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.
Terdapat lebih 120 borang rasmi kerajaan yang telah menggugurkan ruang kaum sehingga kini.
Entulu berkata terdapat tiga kategori borang yang masih mengekalkan maklumat identiti kaum kerana ia berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara kedudukan dan kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia.
Bagi kategori kedua pula maklumat identiti kaum diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan seperti perundangan tanah, pendidikan, perniagaan dan kaedah-kaedah diwartakan di bawah semua akta, katanya.
Kategori ketiga, maklumat kaum diperlukan bagi tujuan penyelidikan dan perancangan antaranya mengenai kawalan penyakit, penambahbaikan pendidikan, kajian demografi penduduk dan perancangan kemudahan dan pembangunan, katanya.
Entulu bagaimanapun berkata agensi kerajaan digalakkan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan walaupun setakat ini tiada arahan ataupun surat pekeliling dikeluarkan.
– BERNAMA
SEKOLAH VERNAKULAR TAKNAK DIHAPUSKAN
BAHASA INGERIS DIMERTABATKAN 
MARUAH MELAYU DIJUAL BELI KERANA TOLERANSI
KESUCIAN AGAMA ISLAM DIPAJAK GADAI 
EKUITI MELAYU DIKURANGKAN
RUANGAN BANGSA 'TAK TAMBAH NILAI' CAM TOP-UP HANFON DIUTAMAKAN
NAMPAKNYA DAP MEMPUNYAI SOKONGAN PADU DAN KUAT DARIPADA MENTERI DI JPM, JOSEPH ENTOLOL MALAON


SO APAKEJADAHNYA KEUNTUNGAN DAN KESEDARAN MELAYU YANG MENGUNDI BN BAGI MENYELAMATKAN UMNO?

WAIMA , APAJUA KEPUTUSAN KABINET PADA RABU DEPAN MENGENAINYA, DIMANAKAH MARUAH KEPIMPINAN POLITIKUS MELAYU PADA HARI INI?



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...