Salah satu karekter kartun kegemaran ambe semasa kecil ialah ROAD RUNNER (sejenis burung dalam grup ayam, ehhh kebetulan plak Papa ialah Ayam Besi lahir dalam tahun Babi Api) . Karekter Road Runner ne amat menarik. Menjadi buruan sang Coyote yang sentiasa mencari jalan dan menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk menangkap Road Runner. Tapi malangnya, semua usahanya gagal dan digambarkan dengan sungguh lucu. Road Runner sentiasa lepas dari perangkap dan jerat sang Coyote. Tapi sang coyote tak pernah berputus asa dan mengalah dalam usahanya. Apa yang menarik, setiap helah dan tipudaya jerat perangkap sang Coyote akhirnya menjadi 'Senjata Makan Tuan'. Road Runner tak buat apa-apa melainkan masuk dalam jerat perangkap sang Coyote tapi mampu melepaskan dirinya dengan penuh bergaya !
Mungkin... mungkinlah, calun BN perlu ada karekter Road Runner ini. Oleh kerana Road Runner sama seperti sang Kancil, pandai melepaskan diri dengan menggunakan jerat perangkap orang yang memburunya. Apakata, BN panggil Road Runner dan bertanding di Kajang ?
1 ulasan:
Setuju.
Barisan Nasional perlu LETAK ROAD RUNNER SEBAGAI CALUN UNTUK MENANG Kajang.
Kerana ia berkaitan dengan sejarah Kajang:
Kajang mula didiami pada tahun 1709 iaitu pada kurun ke-18. Ia merupakan kawasan kediaman orang asli daripada keturunan suku Temuan.
Pada masa itu orang asli diperintah oleh seorang ketua yang berpusat di Klang yang bernama Batin Seri Alam. Kuasa Batin Seri Alam tertunduk pada kuasa Sultan Johor kerana pada masa itu Klang adalah di bawah jajahan Kerajaan Melayu Johor.
Di bawah Klang pula terdapat tiga lagi penguasaan iaitu dikuasai oleh tiga orang anak Batin Seri Alam iaitu Johor oleh Datuk Nenek Kerbau, Jelebu oleh Datuk Jelondang dan Sungai Ujong oleh Batin Bercenggai Besi.
Info dari:
jeehan75
Catat Ulasan