Mengulas mengenai kegagalan rayuan Papa memecat Shafee selaku peguam yang di lantik secara 'fiat' oleh Peguam Negara bagi mengendalikan kes rayuan Saiful Bahari terhadap Papa, ianya proses perundangan biasa je, Tiada prejudis, tiada berat sebelah. Cuma loyar Papa je tak pandai berhujah, Sebab itu Papa terkejut dan menyebabkan papa sakit. Bukan sakit serius, sakit hati je sebab mahkamah tolak hujah loyar papa. Dalam mana-mana prosiding kes rayuan, hanya kehadiran peguam saja diwajibkan. Perayu dan responden cam Papa, tak datang pun takpe. Tapi Papa bijak. Paling tidak, bila kondisi tak memihak Papa nanti dalam PRK Kajang, Papa boleh beri alasan dah. Dah heboh satu Selangor, ramai yang dah marah kat Papa nak jadi MB.
Dalam entri lalu, ada pengulas beri sikit mengenai sejarah Kajang, di sini ambe salin semula untuk manafaat semua:-
Tak sangka plak kan, pada abad ke 18, Kajang dibawah takluk Johor. Dan Pengarah Pilihanraya BN plak orang Johor, Tan Sri Mahyuddin. Kira macam balik asa pulang muasal ler. Dan rakan bloger ambe si Kedah Ke KL, plak, lanjutan dari itu sejarah itu, berdasarkan cerita lisan Orang Besar Daerah, kisahnya seperti berikut:-Barisan Nasional perlu LETAK ROAD RUNNER SEBAGAI CALUN UNTUK MENANG Kajang.Kerana ia berkaitan dengan sejarah Kajang:Kajang mula didiami pada tahun 1709 iaitu pada kurun ke-18. Ia merupakan kawasan kediaman orang asli daripada keturunan suku Temuan.Pada masa itu orang asli diperintah oleh seorang ketua yang berpusat di Klang yang bernama Batin Seri Alam. Kuasa Batin Seri Alam tertunduk pada kuasa Sultan Johor kerana pada masa itu Klang adalah di bawah jajahan Kerajaan Melayu Johor.Di bawah Klang pula terdapat tiga lagi penguasaan iaitu dikuasai oleh tiga orang anak Batin Seri Alam iaitu Johor oleh Datuk Nenek Kerbau, Jelebu oleh Datuk Jelondang dan Sungai Ujong oleh Batin Bercenggai Besi.Info dari:jeehan75
Begitulah serba sedikit sejarah Kajang. Dari abad ke 18 sehinggalah sekarang.Diminta berkongsi cerita mengenai asal usul Kajang, sambil tersenyum, Tok Ungku memberitahu mengikut versi bapanya.Terdapat ramai pedagang luar yang datang ke Tanah Melayu melalui Sungai Langat sering kali berhenti di satu kawasan diperairan sungai itu. Menurut cerita bapa Tok Ungku, kebanyakan pedagang yang melalui laluan itu adalah orang Bugis.“Pada zaman itu pada pedagang ini menggunakan sampan besar beratap, yang dipanggil Kajang, dan acap kali pedagang-pedagang ini berkata ‘ini tempat kita berkajang’, maksudnya macam berkhemahlah.“Apabila sering kali kawasan itu menjadi tempat para pedagang ini berkajang maka lekatlah nama kawasan itu Kajang. Itulah cerita arwah bapa saya, tetapi ada juga versi cerita orang lain, itu saya tidak pasti,” katanya. baca selanjutnya di sini
Semoga bermanafaat bagi BN memilih calun yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan