Selasa, 22 Oktober 2013

"PAKCIK ... TUMPANG TANYA, SG LIMAU KAT MANA ?" TIN MILO ADA? PRK SG LIMAU N.20


DUN Sg Limau (N.20) terletak dalam Parlimen Jerai. Lokasinya memang 'breathtaking' spectacular. Boleh nampak Gunung Jerai. Berdekatan dengan laut dan pantai serta tak jauh dari Lembah Bujang yang amat bersejarah. Kota Sarang Semut pun berdekatan. Sg Limau ini bukanlah kampung terpencil atau berada dalam pendalaman. Pekannya ialah Pekan Yan. Ada dua pulak tu, Pekan Yan Kechil dan Pekan Yan Besar. Pekan Guar Chempedak pun berhampiran. Tak susah nak ke sana. Jenis lokasi yang disukai ramai dan ada 'tuah'. Didepan laut dengan berlatarbelakang gunung Jerai dan hutan. Tetapi ada pekan-pekan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan sentiasa hidup dengan gerai-gerai makanan 24 jam. Disitu juga terletak Tangga Seribu Tahun yang pemes tu. Dibawah ini keputusan PRU13 lalu. Jumlah pengundi berdaftarnya seramai 27,287 orang dengan undi rosak sebanyak 351 dan peratusan mengundi 89.4 peratus. Tinggi peratusan keluar mengundi. Bermakna pihak sana memang celik politik. 



DUN 20 Sg Limau mempunyai 19 Pusat Mengundi.
Pihak polis pun sudah memberikan ingatan agar semua pihak tidak menyentuh isu-isu sensitif. Dengar-dengarkata pula, bakal ada pertandingan tiga penjuru.
PAS awal-awal sudah setting untuk pecakan undi dan kurangkan majoriti BN .
Bahkan puak Syiah dalam PAS memainkan peranan memastikan saingan paling sengit akan berlaku.


Apapun, kita berharap semuanya berjalan lancar dan semua pihak terutama PAS membuang segala ektrimisma mereka. Dan kita berharap agar calon BN membawa kejayaan besar kepada BN. Berikut adalah perbandingan diantara calon BN dengan calon PAS (makan gaji dengan gomen BN)


dan buat orang PAS, korang jangan derhaka dengan Pok Nik yea .. kita baca apa Pok Nik pesan !


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...