Selasa, 27 Ogos 2013

SPAD: Operasi Selalu Di Buat @SPADChannel

Pengarah Penguatkuasaan SPAD Melakukan Pemeriksaan ruang bonet Teksi

Ada yang fikir, SPAD tidak mengambil tindakan dan berdiam diri. Sebenarnya, bahagian penguatkuasaan SPAD sentiasa memantau dan melakukan operasi bersepadu pada setiap bulan. Contohnya, bulan lepas, dalam bulan Julai, sewaktu Ramadan, bahagian penguatkuasaan SPAD melakukan operasi bersepadu ke atas pemandu teksi. Bahkan dalam bulan Ogos ini saja, bahagian penguatkuasaan SPAD telah melakukan operasi sebanyak dua kali. 

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, banyak juga cabaran dan risiko yang ditempuhi oleh mereka sepanjang bertugas. Adakalanya, mereka turut diekori tonto dan samseng. Beliau sendiri pernah diekori tiga buah kenderaan sehingga ke rumah. Tapi semua sudah bersiap sedia jika ada apa-apa berlaku ke atas beliau. 

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa berlaku juga penyamaran oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Penyamaran tersebut di kesan di buat oleh pihak tertentu untuk memburukkan bahagian penguatkuasaan SPAD. Beliau turut mengingati orangramai agar berhati-hati dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai penguatkuasa SPAD.

Pegawai Penguatkuasaan Sedang Bertugas Di Dalam Operasi

Beliau juga berkata sewaktu musim perayaan, bahagian penguatkuasaan tidak mengambil cuti dan terus bertugas. Ini bagi memastikan orang awam tidak menghadapi pelbagai ragam dan karenah perkhidmatan pengangkutan awam. Begitulah besarnya pengorbanan mereka. Menurutnya lagi, semasa melakukan pemeriksaan, memang timbullah perasaan tak puashati di kalangan pemandu bas dan penumpang, kerana perjalanan terhenti seketika. Tapi katanya, itulah masa yang paling sesuai untuk mengetahui keadaan bas sebelum bergerak membawa ramai nyawa penumpang.

Di dalam setiap operasi, akan dipastikan keadaan pemandu teksi, bas dan lori. Samada mereka di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang memabukkan. Baru-baru ini, seorang pemandu teksi didapati di bawah pengaruh dadah syabu dalam satu operasi. Oleh itu orang awam tidak perlu bimbang dan bersangka buruk dengan SPAD. Kerana SPAD tidak pernah lepas tangan malah benar-benar komited menguatkuasakan dan kerap melakukan operasi bagi memastikan kepatuhan.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...