Artikel ini di tulis sebab ambe naik bosan dengan puak-puak BU-DU yang banyak mengambil kesempatan ke atas DS Najib. Sekarang ini, ada puak BU-DU mengaku diberikan 'amanah'. Ambe cukup tak berkenan tengok DS Najib dijadikan Tunggul Perdana dek pepuak BU-DU yang tak bertanggungjawab. Ambe pun naik hairan juga, kenapa DS Najib masih mempercayai mereka yang cuma berminat hendak sakau 'duit'. Duit Bukan Raja. Ko kena ingat Najib, ko beri, orang ambil, tapi tak semestinya mereka akan sokong ko. Orang yang kuat mengkritik ko pula, dah tentu penyokong ko. Sebab, ko beri duit ke atau tidak, ko tetap di sokong dengan cara di kritik.
Ko pun satu hal lah Najib. Ko tu berdarah Raja, keturunan Kesultanan Gowa. Sedikit sebanyak, adalah juga saki-baki 'Daulat' dalam tubuh badan ko tu. Tapi ko kena pandai-pandai lah menggunakannya. Ko gunakanlah Kuasa Daulat semulajadi yang berada di dalam tubuh badan ko tu. Daulat ko bukan terletak pada wang ringgit dan nasihat punahsihat ko. Buat apa ko nak gunakan falsafah, Duit itu Raja? Sedangkan batang tubuh ko sendiri adalah Raja! Jangan plak semangat daulat itu nanti memakan diri ko sendiri pulak.
Apa susahnya Najib? Ko nak orang sokong ko tanpa berbelah bagi, ko rujuk kembali lah kepada wa'adat lama. Ko berikan keprihatinan dan tunjukkan komitmen bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada rakyat dan akar umbi. Gerenti ko akan dapat sokongan balik. Tapi susunlah kata-kata ko dengan baik melalui pengucapan jujur. Ko kena yakinlah kepada diri ko sendiri.
Ko tu bernasib baik. Dan janganlah ko buat tindakan yang menukar nasib baik ko kepada nasib malang pulak. Ko bukan Tunggul, tapi janganlah ko membiarkan orang mempertunggulkan ko pulak. Sepatutnya, ko mengharumkan nama keturunan ko, Kareang Aji dan janganlah mengaibkan beliau pula. Ko cuba bawak renung dan berfikir, kalu bukan kerana Karaeng Aji berhijrah ke Pahang, ko mungkin tak dapat menjadi PM sekarang.
Dalam darah ko memang sudah terbina dna-dna sebagai pemerintah. Apa ko nak risaukan sangat? Ko nak pening-pening lalat, buat apa? Semua jawapan kepada permasalahan ko ada dalam diri ko sendiri. Ko renunglah diri ko tu dalam-dalam. Bila ko dah berjumpa puncanya nanti, ko fahamlah sendiri apa yang perlu ko buat.
Memanglah ko ada sifat mengalah untuk tidak berlaku kecoh. Tapi ko ambil iktibar daripada perjalanan hidup Karaeng Aji. Beliau beralah tapi menang alah di negeri orang. Kalau dah Kareang Aji ada tuah di sini, apatahlagi ko selaku keturunannya. Ko fikirlah masak-masak mengenainya. Jangan ko dengar sangat kata-kata pepuak BU-DU yang rancak membodek ko untuk sakau duit ko merata-rata.
Ko dengar sahaja lah keluhan dan rintihan akar umbi dan orang Melayu Kebanyakan sekarang ini. Janganlah ko tenggelam dalam emosi ko sendiri. Orang memang nak tengok ko dalam keadaan lemah begitu. Sebab mudahlah orang mengambil kesempatan bila ko berada dalam keadaan sebegitu.

Jawapan ambe kepada ko Najib mudah sahaja, ko nak berjaya atasi semua; ko jadilah seperti Karaeng Aji. Insyaa Allah, pasti ko berjaya. Tapi janganlah lagi ko lupa diri ko tu siapa. Dan janganlah ko biarkan lagi diri ko menjadi Tunggul Perdana di Seri Perdana.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, DS NAJIB.
2 ulasan:
Salam Bro,
Meremang bulu roma bila baca posting bro neh....WZWH setuju DS Najib kena studi balik falsafah politik Moyang Kareang Aji...
Harap adalah yg sampaikan artikel ni kpd dia..ikhlas bebeno penulisan ni
Catat Ulasan