Syawal menjelang tiba. Alhamdu-Lillah-hir-Robbil-'alaamiin. Syukur. Semoga dapat ketemu lagi Ramadan dan Syawal di tahun-tahun hadapan. Bertemu Ramadan dan Syawal adalah kegembiran yang tak terhingga nikmat-Nya. Allah Ta'ala berfirman dalam surah An Najm, bahawa yang menjadikan manusia ketawa dan menangis adalah Dia (Allah Ta'ala). Jadi samada kita menangis dan ketawa , itu adalah nikmat pemberian Allah Ta'ala. Biasanya, orang bila nak raya, orang lupa mengenai nikmat kegembiraan dan kesedihan bila Syawal menjelang. Itu semua pemberian daripada Allah Ta'ala. Samada kita gembira dan sedih , bak kata Salih Yaakob dalam lagunya 'ADA TAK ADA' yang penting kita gembira. Jadi sambutlah Aidilfitri dengan GEMBIRA. Mohonlah kepada Allah Ta'ala agar anda diberikan KEGEMBIRAAN. Jom layan lagi di bawah ini.
MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA JIKA ADA YANG TERSINGGUNG DAN TERASA HATI SELAMA INI.
selamat hari raya- ceriakan aidilfitri anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan