Sabtu, 6 Julai 2013

Regim Sosialis DAP PKR Peralat Kanak-kanak Bawah Umur Bagi Tujuan Politik Mereka.

Antara Laman Yang Dikenalpasti Menjadi Hub Kanak-kanak Bawah Umur (A.B.U.- Anak Bawah Umur) dikumpulkan oleh DAP PKR.



klik gambar untuk mendengar klip video tersebut.

Salah satu strategi jentera propaganda DAP PKR ialah mengelak dari tindakan penguatkuasaan undang-undang (ini dinyatakan dengan jelas oleh Gene Sharp). Isu Red Beans Army hanya sebahagian kecil dari permasalahan yang lebih besar. Oleh kerana Majlis Peguam sudah menjadi 'cawangan' DAP PKR, manipulasi perundangan tidak menjadi sesuatu yang sukar buat mereka.

Di bawah perundangan Malaysia, kanak-kanak bawah umur adalah mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Sebarang kesalahan berat dan jenayah berat, mereka tidak dikenakan sabitan hukuman orang dewasa. Atas alasan mereka adalah kanak-kanak yang belum matang fikiran untuk tahu buruk dan baik sesuatu perbuatan mereka. Dan ini merupakan satu kelebihan dalam apajua gerak kerja politik kotor DAP PKR. 

Kanak-kanak seawal usia 9 tahun sudah didedahkan kepada unsur propaganda jahat oleh DAP PKR. Mereka menggunakan kanak-kanak ini membuka akaun-akaun fesbuk dan twitter. Kemudian, akaun-akaun fesbuk berkenaan digunakan bagi mengongsi status-status akaun-akaun fesbuk mereka yang lebih 'dewasa'. 

Taktik memperalatkan kanak-kanak pernah digunakan oleh Regim Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Kanak-kanak digunakan untuk mengintip ibu bapa dan anggota keluarga mereka. Tak menghairankan kerana NAZI adalah lahir daripada Sosialis Fabian. Ada lebih banyak lagi pendedahan. Tapi cukup setakat ini. Apa yang DAP PKR lakukan adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada masa depan generasi Malaysia. 

Tolong perhatikan akaun-akaun fesbuk anak-anak anda.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...