Ahad, 7 Julai 2013

Bravo ! Bila Suara Minoriti Lebih Kuat Daripada Majoriti Kerusi.


Pada Hukum Akal, Hukum Syara' dan Hukum Adat, adalah mustahil pada kesemuanya; sesuatu itu berlaku dengan sendiri. Semuanya berlaku kerana ada asbab dan musabab. Adanya asbab dan musabab kerana ada yang mengaturkannya. Yang Maha Berkuasa mengaturkan dan menetapkan hukum asbab dan musabab. Manusia hanya mampu mempelajarinya sahaja. 



Bila kanak-kanak cina Malaysia mula dicinabengkan oleh kecinabengan DAP, berlakulah perkara-perkara di atas. Pasar Ramadan tidak dibenarkan. Melayu di seru keluar dari Tanah Melayu. Orang Islam di seru bebas murtad. Dan macam-macam lagi cabaran terbuka isu sensitiviti menyentuh kepentingan Melayu dan Islam. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah awajar dibiarkan saja?

Pepatah Melayu menyebut, 'Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali' dan 'Alah Bisa Tegal Biasa'. Begitu juga, 'Kaduk Naik Junjung'. Konflik yang sengaja dibangkitkan oleh suara-suara minoriti ini hanya bertujuan untuk mencabar 'Kuasa' kerusi majoriti. Jika ianya masih dibiarkan berterusan dengan sedikit tindakan, lama-kelamaan perkara tersebut menjadi satu 'tabiat' yang di terima. 

Contoh terbaik ialah apa yang sedang berlaku di Mesir.
Apabila tindakan tak demokratik menggulingkan kerajaan sebelumnya di terima, kini tindakan tak demokratik yang sama digunakan untuk menggulingkan kerajaan yang di pilih rakyat. Tindakan itu pula tidak di anggap sebagai salah dan tidak demokratik. Tetapi sudah di terima oleh rakyat Mesir sebagai Amalan Kebiasaan. Walhal ianya hanya satu penipuan politikal sahaja. 

Apabila Melayu menjadi terlalu mengalah, maka Kuasa Politik Melayu dikalahkan. Bila itu berlaku, yang kalah ialah Melayu tak kira dari parti mana sekalipun. Dan yang menang ialah DAP. Dan dalam DAP yang berkuasa penuh ialah puak-puak Sosialis Religus Kristian (ajaran sesat Kristianiti). 

Semasa Melayu berkuasa dan memegang tampuk kekuasaan politikal, semua rakyat berbilang bangsa mampu hidup harmoni dan menghormati sesama sendiri. Tapi bila DAP menumpang kekuatan PKR dan PAS; polarisasi kaum kembali semula. Bayangkanlah, MB Selangor adalah Melayu dan beragama Islam, tapi tak mampu nak menghalang tindakan MPKj. EXCO PBT hanyalah seorang dan beberapa orang ahli Majlis MPKj, itupun PKR dan PAS tak mampu mampu nak bantah dan halang. Apa guna kuasa jika yang berkuasa adalah orang lain? Apa yang Melayu dapat bila benci UMNO/BN? Melayu cuma dapat sifar-manafaat sahaja. Semua kehendak dan kepentingan Melayu, DAP PKR PAS tak jaga dna pelihara pun. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...