Selasa, 23 Julai 2013

Realitinya PAS Memang Nak Kalah Untuk Ubah 'Natijah' Kemenangan BN.

Last Call - Ini bukan kempen. Artikel ini bukan kempen. Artikel ini nak beritahu kepada semua apa yang ada dalam kepala otak dan hati busuk DAP PKR PAS. Minit terakhir, DAP PKR PAS tarik balik semua jentera pilihanrayanya (JPR), buat kenyataan akhbar tunjuk tak puashati dengan PAS, kenyataan PAS dan PAS berlaga, mengeluarkan surat 'hadiah duit hari raya' , kenyataan media nak saman Hj Hadi dan beberapa perkara lagi akan keluar. Kesemuanya itu bertujuan untuk mengubah 'Natijah' kemenangan BN. 

DAP PKR PAS sudah awal-awal menjangkakan kemenangan BN. Mereka tahu mereka akan kalah, seperti mereka tahu mereka akan kalah dalam PRU 13 tapi menang undi popular. Apa yang mereka nak buat seterusnya ialah mencipta 'kekecohan' hasil dari kemenangan BN bagi mengubah 'natijah' keputusan PRK Kole Besout. 

Untuk apa DAP PKR PAS mahu mengubah 'natijah' kemenangan BN nanti? Segalanya untuk menjadi 'pencucuh' kepada BERSIH 4.0. Mereka sudah bersedia. Sejak dari Himpunan Hitamlegam 505 lagi. Sasaran dan objektif utama mereka ialah mengusir penjawat-penjawat utama SPR. Ofkors, DAP PKR PAS akan melakukan provokasi-provokasi kecil-kecilan semasa hari mengundi. Sikit je kecohnya, Tak banyak, tapi mampu menambah momentum kepada BERSIH 4.0 nanti. 

Ada beberapa lagi objek-objektif dan sasaran-sasaran kecil yang lain. Tak perlu ambe tuliskan di sini. Ambe fikir semua mampu mengupas sendiri dan melihat dengan mata terbuka. Selagi, Melayu -Islam tidak dipersatukan kembali, selagi itulah negara akan tetap bergolak hebat. DAP-PKR sesekali tidak mahu melihat Melayu-Islam kembali bersatu di bawah satu naungan, kerana itu akan mencabar kekuatan pengundi Cina yang bernaung di bawah CAUVINIS DAP. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...