Selasa, 23 Julai 2013

PRK KOLE BESOUT: Pesanan Sebelum Hari Mengundi, Undi Je BN Demi Maruah Islam dan Melayu.

Pesanan ambe mudah sahaja kepada semua pengundi Kole Besout. Di tangan anda kini, satu pilihan yang mampu mengembalikan semula maruah Islam dan bangsa Melayu di mata dunia. PRK Kole Besout adalah titik mula di mana penyatuan kembali Melayu bermula. Kalah atau menang mana-mana pihak, memberikan impak besar kepada penyatuan semula Melayu kedua. 

Memberikan kemenangan kepada PAS bukanlah pilihan yang tepat. Kerana PAS masih terikat dengan Tahaluf Siyasi yang tak menguntungkan kuasa politik Melayu. Kedudukan PAS tak begitu baik dalam Pakatan DAP PKR PAS, tetapi kedudukan UMNO lebih baik berbanding PAS dalam BN. 

Justeru itu, bagi membuka peluang dan pintu-pintu perdamaian dan penyatuan kedua Melayu selepas 1946 menentang Malayan Union, memberikan kemenangan kepada BN adalah pilihan yang terbaik. Kemenangan tersebut mampu membungkamkan puak-puak anwarinas dan simpatisan DAP di dalam PAS. Apabila pengaruh puak-puak syiah, anwarinas dan simpatisan DAP didiamkan, barulah boleh penyatuan Melayu kedua berlaku. 

Apakata, Rabu ini, semua pengundi Melayu mengundi BN demi memperkuatkan dan memperkukuhkan kembali keyakinan semua kepada maruah Islam dan keadilan saksama kepimpin Melayu Islam? Sila lah, pilihan di tangan anda !

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...