Isnin, 22 Julai 2013

Demi Maruah Islam Agama Persekutuan dan Bangsa Melayu, Pastikan PAS Kecundang di Kole Besout.

Anda selaku pembaca dan pemerhati, mungkin juga pengundi berdaftar di Kole Besout atau mempunyai saudara-mara di Kole Besout, telah mendengar dan membaca bermacam jenis ragam hujah-hujah kedua belah pihak. Lupakan buat seketika hujah-hujah mereka. Lapangkan dada dan pinjamkan seketika, hati serta akal budi anda kepada ambe. 

Mungkin anda berpendapat, ah tak mengapa mengundi PAS. Kan PAS juga parti wakil Melayu-Islam. Sama dengan UMNO/BN. Atau, Ahhs.. tak mengapa aku tak mengundi, aku fenin kepala kerana karenah keduanya. Melayu sama Melayu bergaduh, orang ini kata mereka betul dan orang itu kata mereka betul. Ketahuilah, anda perlu mengundi waima apajua alasan yang memberati anda! 

Kenapa ambe katakan begitu? 

Pertama, undi anda mampu mengubah keadaan dan mampu mententeramkan serta mendamaikan di antara dua pihak yang bermusuhan. Adat pertandingan, anda mesti memilih siapa kalah dan siapa menang. Jangan pedulikan perasaan yang memberati anda untuk keluar mengundi. Pastikan, peratusan keluar undi adalah lebih dari 80 peratus atau sampai ke tahap 100 peratus! Jangan rosakkan undi anda sikitpun!

Kedua, demi menjaga maruah Islam agama Persekutuan dan bangsa Melayu, berikan kesedaran kepada PAS dengan kekalahan mereka. Agar mereka lebih peka dan lebih sedar bahawa Melayu mahu PAS keluar dan mufarakah dari pakatan setan DAP-PKR. Memberikan kekalahan kepada PAS bukan bermakna anda membenci PAS. Tapi kerana anda sayangkan Islam dan Melayu serta hak anda sendiri.

Ketiga, demi maruah Islam agama Persekutuan dan Melayu, undi anda mampu membuatkan PAS sedar kesilapan mereka bermusuhan dengan UMNO. Apabila PAS tewas, DAP-PKR akan menyisihkan PAS. Inilah yang kita mahukan. Memberi isyarat jelas kepada PAS bahawa kita mahu PAS bersama UMNO dalam BN. 

Justeru itu, jangan takut membelakangkan dan memberikan kekalahan kepada PAS. Kerana kekalahan PAS itu adalah kemenangan buat maruah Islam dan bangsa Melayu. Jangan bimbang, memberikan kekalahan kepada PAS bukan bermakna anda tolak Islam. Komposisi 15:15:14 di Selangor sudah cukup kuat menjadi bukti dan sandaran buat anda untuk memberikan kekalahan kepada PAS. Lihat sahaja, kedudukan PAS di Selangor. Waima pengundi di Selangor memberikan kemenangan 15 kerusi kepada PAS, dimanakah kedudukan PAS? PAS ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu sahaja di Selangor. Sedangkan DAP yang ada bilangan kerusi yang sama banyak pun, jauh lebih baik kedudukannya daripada PAS. Tidakkah itu mengecewakan anda?

Bahkan, setiap kemenangan buat PAS, menjadikan maruah Islam dan bangsa Melayu semakin berani di injak dan di pijak oleh DAP-PKR. Justeru itu, keluarlah mengundi beramai-ramai seperti cinabeng buat dulu masa PRU 13. Dan tunjukkanlah keberanian anda menewaskan PAS demi maruah Islam agama Persekutuan dan bangsa Melayu ! 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...