Rabu, 12 Jun 2013

SPAD: Portal Pembangkang Bakal Hadapi Tindakan Saman Fitnah @SPADChannel

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mej.Jen. (B) Dato’Paduka Che Hasni Che Ahmad 
Ketua Bahagian Penguatkuasaan  SPAD,
Mej. Jen. (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad
 
Portal pembangkang, HarakahDaily, yang telah menerbitkan berita fitnah mengenai satu insiden yang tak pernah berlaku, bakal hadapi tindakan saman fitnah daripada SPAD. Berita fitnah tersebut, telah diterbitkan semula oleh blog pembangkang, dan kemudiannya; diraikan oleh beberapa blog mesra kerajaan. Bagi pengesahan lanjut, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah dihubungi unutk mendapatkan penjelasan lanjut. Dato Paduka Mej, Jen (B) Che Hasni Che Ahmad, telah menegaskan, insiden yang dilaporkan itu tak pernah berlaku pun. Beliau telah menyelidik teliti dan mengesahkan insiden tersebut adalah rekaan dan fitnah semata-mata.

“Sekiranya ada pegawai kita kena tampar ketika menjalankan tugas, pertama sekali kita akan melaporkannya kepada polis. Sudah tentu orang yang menampar itu dah kena tangkap dengan polis”. tambah beliau.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa Prosedur Piawaian Operasi atau “Standard Operating Procedures (SOP)”, Pegawai Operasi Penguatkuasaan SPAD tidak dibenarkan sama sekali untuk menjalankan operasi secara bersendirian.

“Yang kedua, apabila kita buat pemeriksaan atau operasi, semua pegawai kena pakai uniform atau vest kuning bersinar yang ada tulis perkataan SPAD. Kita tak pernah pakai macam orang awam untuk buat operasi (kecuali operasi penyamaran)”.

Beliau seterusnya memaklumkan, SPAD tak pernah buat operasi secara solo. “Kita mesti ada polis dan agensi agensi lain saperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), JPJ, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang lain.

Berhubung dengan dua fitnah yang disiarkan – tajuk (hari-hari makan rasuah) dan cerita pasal kena penampar tu, Che Hasni berkata “SPAD akan buat laporan polis esok”.

“Kita dah sahkan butiran dengan ‘Head of Zone’ (di Kuantan) bahawa tidak ada kejadian seumpama itu berlaku”.

Beliau seterusnya berkata “Masa operasi di Pahang hari itu, saya berada disana. Jika berlaku, mesti pegawai pegawai sudah melaporkan kepada saya. Sebab kalau mereka tak lapor, saya akan kenakan hukuman pada mereka”.

“Benda ini memang fitnah. Sebab apa? Sebab kita buat operasi dengan tegas, dia orang tak sukalah”.

“Saya akan bincang dulu apa ‘action’ lain kita nak ambil. Yang itu saya kena bincang dengan pihak pengurusan dahulu sebelum membuat apa apa keputusan” kata Che Hasni mengakhiri pertanyaan apa tindakan yang akan di ambil oleh pihak SPAD.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...