Rabu, 26 Jun 2013

Membantah Titah Yang DI Pertuan Agong Adalah Tindakan Political Defiance DAP-PKR,



Apabila Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bertitah dalam Parlimen semalam, di atas kapasiti fungsi dan tugas-tugas rasmi di bawah Perkara 53, Bab 1, Bahagian IV Perlembagaan, titah itu adalah arahan rasmi daripada seorang Ketua Utama Negara. Konvensyen Perlembagaan (amalan-amalan kebiasaan dan kelaziman yang diterimapakai tapi tak bertulis) tidak pernah mengatakan titah YDPA perlu diperbahaskan. Sebaliknya, konvensyen Perlembagaan menyebutkan, Menjunjung Titah YDPA. 

Jawatan YDPA adalah sebagai Ketua Utama Negara. YDPA adalah sebahagian penting dari Persekutuan. Tengok dan kaji Perlembagaan. Lihat bagaimana jawatan YDPA di bawah tajuk kecil 'Persekutuan' diletakkan terlebih dahulu dari semua badan-badan Persekutuan yang lain. Majlis Raja-raja adalah sebahagian penting Persekutuan. Realitinya, Persekutuan Malaysia terdiri dari badan-badan Persekutuan seperti berikut:-
  1. YDPA dan Timb YDPA;
  2. Majlis Raja-raja; 
  3. Badan Eksekutif;
  4. Badan Perundangan Persekutuan;
  5. Negeri-negeri;
  6. Badan Kehakiman;
  7. Badan Perkhidmatan Awam;
  8. Suruhanjaya-suruhanjaya;
  9. Suruhanjaya Pilihanraya. 
Jangan ikut teori A Dicey mengenai persekutuan. Kerana Malaysia mengunakan kombinasi semua model-model yang terbaik di dunia. Kita mempunyai sistem dan model tersendiri dan unik. Sistem kita ialah Raja Berperlembagaan dalam kerangka Persekutuan dalam model Parlimen Westminster. Perlembagaan kita tak sama dengan konsep Perlembagaan Di US dan konvensyen Parlimen kita tak sama macam Parlimen Westminster.

Mempertikaikan titah Ketua Utama Negara dan enggan memberikan kerjasama politikal serta patuh kepada Ketua Utama Negara, adalah tindakan Political Defiance DAP-PKR. DAP PKR perlu ingat, selaku anggota Badan Perundangan Persekutuan, semalam mereka sudah mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen. Antara lain disebutkan bahawa mereka akan mempertahankan Perlembagaan. YDPA adalah sebahagian Perlembagaan. Oleh itu mereka wajib patuh dan taat kepada titah YDPA selaku Ketua Utama Negara yang disebutkan di dalam Perlembagaan. 

Kita perlu waspadalah, setiapkali DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance, itu kerana mereka mahu melemahkan kuasa-kuasa badan-badan Persekutuan lain untuk mereka menjadi lebih berkuasa dan berada di atas Perlembagaan Malaysia. Motif DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance bukan untuk menumbangkan kezaliman dan regim diktaktor, tetapi untuk mereka menjadi sebuah regim diktaktor sepenuhnya. Adalah salah mengatakan jawatan YDPA selaku Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah amalan feudalis. Ianya adalah amalan Persekutuan Raja Berpelembagaan, cara Malaysia. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...