Khamis, 30 Mei 2013

TONGKANG CINA PECAH, KENAPA UMNO NAK MONYOK?

Kapische .. klise ... retorik .... apa masalahnya UMNO /BN menang ? Ambe pelik beno dengan gaya dan cara pemikiran, bila menang kata UMNO bermasalaah, bila kalah kata UMNO juga bermasalah. Siapa yang  bermasalah sebenarnya? Manusia hanya diberikan kudrat untuk berusaha, yang menentukannya ialah Allah Ta'ala.Bagi ambe UMNO dan BARISAN NASIONAL menang bergaya. Dalam keadaan yang begitu tidak memihak kepada UMNO / BARISAN NASIONAL, Kedah mampu di tawan semula. Gelombang kesedaran Melayu berjaya dicetuskan. Kini semua mata terbuka luas, mulut melopong ... ooooo kalau Melayu pecah .. Tongkang Cina Pecah , ya ! Akuilah , UMNO dan BARISAN NASIONAL dah menang !

Betul, sasaran untuk menawan semula Selangor telah gagal pada PRU 13. Tapi kita perlu berusaha dan bukan masih bermonyok. Lagipun lihatlah senarai EXCO baru Selangor, kenapa Cina DAP rasis dan PKR masih dominan? Sedangkan PAS dan DAP mempunyai bilangan kerusi setara, 15,15 berbanding PKR hanya 14. Bukankh itu menunjukkan betapa ruginya umat Melayu dan Islam bila menolak UMNO dan BARISAN NASIONAL?

Benar, Tun Daim ada menegur dan mengkrtik mengenai strategi yang silap di Selangor. Benar, Tun Daim ada kata DS Najib perlu pecat penasihat-penasihatnya. Tapi biarlah Tun Daim dan DS Najib yang setelkan perkara itu. Pada pemahaman ambe, Tun Daim puji dalam sindir. Ambe pun tak tahu 'penasihat-penasihat' mana yang dimaksudkan Tun Daim, sebab Tun Daim tak sebut nama. Pendekata, siapa makan cili , terasalah pedasnya sendiri.

Dalam Teori Fizik yang terbaru, Teori Kuantum, dan menurut Stephen Hawkings, kuasa di alam ini bersifat infiniti, tak pernah habis dan tak pernah berhenti, cuma kuasa-kuasa bertukar bentuk dan rupa tapi masih sama. Setiap benda mampu memberikan perubahan kepada sebab-musabab. Samada hasilnya baik atau buruk, itu adalah subjektif pada pandangan seseorang dan relatif kepada ruang dan masa. 

Sebelum 1946, takde seorang Melayu pun terfikir nak merdeka dan tubuhkan UMNO. Sebelum 1957, takde seorang Melayu terfikir yang menubuhkan UMNO, akan meletakkan kuasa di tangan rakyat Raja perintah negeri. Sebelum 1969, takde seorang pun Melayu terfikir berlakunya tragedi 13 Mei. Sebelum 1998, takde seorang Melayu terfikir Anwar Ibrahim seorang peliwat. Sebelum 2004, takde seorang Melayu terfikirkan Tsunami Tongkang Cina pecah. Sebelum 2008, takde seorang pun terfikir Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah jatuh kepada DAP PKR PAS. Sebelum 2013, takde seorang pun terfikir BN masih Menang.

Jadi, siapa pula terfikir apa akan berlaku selepas PRU14, 15, 16, 17, 18, 19 ,20 dan 21?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...