Khamis, 4 April 2013

#PRU13 "NIK AZIZ OTAK TAK BERAPA SIHAT"- UST SAIDI



"Saya bersedia kerana saya adalah saksinya, saya ada bukti.. kalau mereka nak saman, saya terima dan saya cabar Nik Aziz dan Saipul Bahrin tolong saman saya kerana saya sudah bersedia masuk mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)"

Ustaz Saidi adalah bekas orang kuat PAS di Kelantan. Semasa beliau berada dalam PAS, beliau bukan calang-calang orang. Apabila beliau mendedahkan mengenai skandal seks Saipol Bahri (ADUN Selinsing), beliau telah menerima ugutan bunuh. Malah ada percubaan untuk membunuh beliau sebanyak dua kali.Sekali kereta beliau sengaja di langgar. Kali kedua beliau di serang di rumah beliau sendiri. 

Pendedahan berani tersebut telah memeranjatkan ramai pihak sehingga cuba di padam dengan penipuan mengenai kes amah Rais Yatim. Permasalahan utama puak PAS dan simpatisan PAS ialah keengganan mereka menerima hakikat bahawa PAS ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK.

DAN BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM KERANA DALAM ISLAM TIADA PARTI-PARTI. HUJAHNYA MUDAH, KERANA ISLAM ITU LEBIH TINGGI DAN MULIA DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK.

Mereka juga sukar menerima realiti bahawa pemimpin-pemimpin PAS tak maksum dan hanyalah manusia biasa saja. Sama seperti mana-mana manusia lain yang boleh terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. 

Tapi Insya-Allahu Ta'ala, dengan pendedahan demi pendedahan daripada orang-orang kuat PAS seperti Ustaz Saidi, CN Afghan , Prof Madya Mohd Noor Deris dan ramai lagi, lama kelamaan orang akan menerima kebenaran mengenai pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini berselindung dan memperisaikan kejahatan diri mereka di sebalik nama Allah Ta'ala, baginda Rasul s.a.w. dan agama Islam itu sendiri. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...