Sabtu, 16 Mac 2013

OPS DAULAT: PENGGANAS KIRAM 50 SEN ELOK KORANG SERENDER JE LA.

Agbimuddin @ Azzumudie adik kepada Kiram 50sen.

TEORI MENGENAI DI MANA AGBIMUDDIN KAPLA PENGGANAS KIRAM 50SEN.

VERSI RASMI:-
Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.
Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.
“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.
Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.
Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
VERSI RASMI SEJAM YANG LEPAS KURANG LEBIH:-
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tidak ada tanda yang membuktikan ketua militan Sulu, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah melarikan diri ke selatan Filipina.

Katanya sehingga kini polis tidak mendapat sebarang petunjuk menyatakan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata ke atas Lahad Datu telah berada di selatan Filipina.

Laporan lolos itu mungkin hanya satu jangkaan dan kemungkinan besar juga Azzimudie masih berada di Lahad Datu, katanya.

"Tetapi, andai kata dia telah berada di selatan Filipina, ini jelas menunjukkan dia memang seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak-anak buahnya di sini berhadapan dengan pasukan keselamatan," katanya hari ini ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI)terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Akhbar hari ini melaporkan ketua pengganas Sulu itu lolos ke selatan Filipina dan meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

Berhubung operasi pembersihan, Hamza berkata bermula semalam pasukan keselamatan bertumpu di Kampung Tanjung Batu setelah operasi penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo selesai.

"Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun anggota keselamatan tetap akan diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Hamza turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 61 musuh ditembak mati.


VERSI PENGANALISIS LUAR RASMI:-
MEMETIK DARI BLOH MEMBER YANG MEMETIK DARI SATU LAGI BLOG MEMBER KEPADA MEMBER NYA ...
Patut lah bila media Malaysia keluarkan cerita bahawa Agbimuddin terbunuh , Sultan Sulu Kiram cukup yakin bahawa adik beliau masih hidup dan menafikan sekerasnya dakwaan media Malaysia itu . Rupa-rupanya mamat tu ada bersenang lenang di FIlipina. Berikut adalah kupasan yang menarik dari rakan blogger Apa Yang Tersirat .
"TIPU muslihat Rajah Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri. Sebenarnya, sejak penerobohan Kg Tanduo, tiada sesiapa yang memberi maklumat berhubung kehadiran Agbimuddin. Apa yang ada, adalah dakwaan berbagai pihak terutama abangnya Jamalul Kiram III, bahawa penerobohan itu diketuai oleh adiknya. "
 ''Para pengikut Agbimuddin mungkin percaya, bahawa Agbimuddin bersama mereka, atas sebab itu, para pengikutnya, enggan berundur apatah lagi menyerah diri. Rupanya, semua pengikut Agbimuddin tertipu dan 61 orang mati katak. Sebelum ini, AYT pernah menulis, bahawa dakwaan Agbimuddin mengetuai penerobohan Kg Tanduo hanya satu rekaan pihak musuh, yang juga berjaya memerangkap Jamalul Kiram III. Pada awal kejadian, Jamalul Kiram III agak teragak-agak apabila ditanya pengelibatan adiknya dalam penerobohan Lahad Datu, namun kemudian mengakuinya. Kini telah jelas, Agbimuddin yang diburu, sebenarnya tidak berada di lokasi pertempuran, tidakpun berada di Kg Tanduo sejak awal. Masalahnya, disebabkan nama-nama yang terlibat penerobohan Lahad Datu kurang dikenal atau diketahui, maka adalah sukar bagi sesiapa untuk mengesahkannya. "
" AYT yakin, bahagian perisikan kitapun tidak mengenal siapa Agbimuddin. Nama Agbimuddin hanya muncul selepas namanya dikaitkan dengan pencerbohan Lahad Datu. Benarlah sangkaan AYT, bahawa kejadian Lahad Datu, adalah satu perancangan pihak tertentu untuk menghuru harakan negara dengan cara kekerasan. Pengganas yang datang yang dikatakan sebagai Tentera Sulu, sebenarnya tentera upahan pihak tertentu untuk mencapai matalamat mereka. Kita jangan terperangkap mainan musuh. Jurucakap Jamalul Kiram III- Abraham Idjirani berkata bagi mengulas kenyataan LAT bahawa Agbimuddin sudah pulang ke Filipina, bahawa dia telah berhubung dengan adik Jamalul Kiram III itu pada pukul 2 petang Jumaat, dan mengatakan ketua pengganas itu masih di Sabah."
VERSI PR PULA: -
PETIKAN PENDAPAT MEMBER YANG MENGANALISA PENDAPAT PR.

Penyokong2 Pakatan dilihat seperti cuba memperlekehkan anggota keselamatan negara lagi , mereka berkata kenapa Rajah Muda Agbimuddin boleh lolos dan kembali ke Filipina ?? Sedangkan kawalan ketat telah dilakukan ? Masing-masing terus mempersoalkan , salah seorang penyokong totok , iaitu PA kepada Nurul Izzah , si Fahmie Fadzil dalam ruangan tweeter nya terus menerus mempersoalkan bagaimana Agbimuddin boleh lolos ?? 
Soalan aku ialah siapa diantara kita rakyat Malaysia , baik dari UMNO ,tentera , PKR, DAP dan rakyat marhaen tahu rupa Agbimuddin ni ? Dan kita 'confirm' memang dia pernah ada di Lahad Datu ? Kalau dia takde di Lahad Datu macam mana di boleh lolos ?? Sebenarnya ini boleh dikatakan PSYWAR dari pihak Sultan Sulu itu sendiri . Dakwaaan di buat mungkin untuk mengelirukan pihak keselamatan di Malaysia dan juga menaikkan semangat pengganas pengganas Sulu yang lain.
VERSI AMBE PLAK:

Kiram 3suku telah diberikan wang siling 50sen oleh komando Malaysia. 
Duit siling 50sen itu membawa makna tersendiri. Di mana Agbimuddin berada sebenarnya itu biarlah pihak berkuasa yang menanganinya. Mereka lebih tahu apa yang mereka buat berbanding kita yang cuma nak memandai-mandai.

Kepada para pengganas yang sedang di buru oleh perwira-perwira negara ini, sila lah meyerah diri sahaja. Sia-sia je tindakan korang tu. Para dalang dan pemimpin korang duduk senang lenang kat rumah memasing bersama famili mereka. 
Edisi Mintak Nyawa
(Saki baki pengganas kini kelaparan, moral makin rendah)
Saki-baki kumpulan pengganas Sulu yg berjumlah kurang 50 orang itu, yang dikepung di kawasan kecil di Lahad Datu, Sabah dilaporkan berada dalam keadaan moral terlalu rendah dan kebuluran setelah ditinggalkan ketua mereka, Azzumudie Kiram yang melarikan diri ke selatan Filipina.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan pengganas itu juga semakin terdesak apabila masyarakat berketurunan Sulu di Sabah tidak menyokong tindakan mereka menyerang negeri itu.
Katanya, ini bermakna kumpulan pengganas itu juga tidak mendapat bantuan bekalan makanan, maklumat dan sokongan moral daripada masyarakat Sulu di Sabah.
"Saya ingin memaklumkan pihak musuh sekarang ini sudah terlalu terdesak kerana mereka dikepung di kawasan yang kecil dan juga kebuluran kerana tidak mendapat bekalan makanan.
"Perkembangan terakhir ini menyebabkan mereka terlalu terdesak sehingga mahu melakukan beberapa tindakan termasuk mencuri makanan di rumah kosong dan kedai makan. Kita harap masyarakat setempat lebih berhati-hati kerana orang kebuluran akan menjadi lebih agresif," katanya.
Di  bawah ini pula perkembagan terkini mengenai MASEALOH SEKSUAL LUARBIASA YANG MEMBABITKAN AHLI POLITIK DI MALAYSIA YANG KINI MEMAKAI GELARAN 'RAJA GOYANG 1MALAYSIA- RAGIM)

 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...