Ini lah mamat yang bernama Pastor 'Boy' Saycon Penasihat kepada Kiram 50sen.
Hairan gak kenapa mamat neyh boleh menjadi Penasihat kepada Kiram 50sen.
The Untold Story of Lahad Datu ada beberpa penceritaan menarik di dalam artikel oleh RPK waima ambe bukan peminat nya. Tapi ada la info-info dan fakta-fakta boleh pakai. Selebihnya merupakan kesimpulan peribadi beliau sendiri.
Bloger berapi MYMASSA mendedahkan dan membongkarkan sms-sms di antara individu pembangkang dengan puak pengganas Kiram 50sen. Baca tau jangan tak baca. Memang besh. Nak plak bila di baca bersama dengan artikel RPK di atas. Memang ianya PECAH BERITA la.
Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA- Council On Philippines Affairs)
Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?
Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?
Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.
Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.
Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.
Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan